Balik dari kenduri anak Sislin bulan lepas, kiteorang dan pasangan sejoli Che Mat & Kak Siti Delima sempat singgah di RnR Jejantas Ayer Keroh Melaka untuk makan tengahari. 

Kiteorang terus tertarik dengan gerai Sup Meletop Kambing Bakar kat sini.


RnR Jejantas Ayer Keroh Melaka
Suami Terchenta buat pesanan

RnR Jejantas Ayer Keroh Melaka
Macam-macam jenis sup di sini

Selain dari hidangan kambing, boleh jugak pilih daging lembu atau ayam. Tapi sebab nama gerainya Sup Meletop Kambing Bakar, mestilah pilih sup kambing kan? Aku awal-awal dah decide nak makan sup gearbox kambing. Terliur membayangkan nikmat menyedut sumsum tulang tu slurrppp....  


RnR Jejantas Ayer Keroh Melaka
Menu yang ada di sini

RnR Jejantas Ayer Keroh Melaka
Hidangan sampingan macam sambal, kacang dan limau boleh ambik sendiri ikut suka

Suami Terchenta pulak pilih sup daging. Sup kambing ni memang dia kureng sikit, tapi kalau makan nasi mandy, dia lebih suka pilih mandy kambing dari mandy ayam. Mungkin rempah mandy tu menenggelamkan bau daging kambing tu kot.


sup gearbox kambing
Set sup gearbox kambing sekali dengan nasi putih

sup daging
Set sup daging pilihan Suami Terchenta

Selepas menikmati sup masing-masing, kiteorang buat kesimpulan yang sama - portion kat sini kecik, tak banyak isi dan supnya cair sikit. Lagi satu aku tak berapa enjoy makan guna pinggan, sudu dan garpu plastik. End up aku makan guna tangan je.

Nasib baik kiteorang tak la lapar sangat, cukuplah buat alas perut untuk meneruskan perjalanan ke KL.

24 comments:

  1. Oh, selalu berhenti sana tak perasan pulak ada kedai ni. Tapi memang menyampah la makan guna sudu garfu plastik, susah nak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya SK, tak dapat nak enjoy makanan. Sekurang2nya bagi la pinggan macam kat kedai makan tu, bukan pinggan nak pergi piknik.

      Delete
  2. Pernah sekali makan sup di gerai ni. Memang takmo dah makan situ lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekadar mencuba boleh la. kali ke-2 dah takmo lagi.

      Delete
  3. Alamak, tak meletup la camtu. Supnya cair sedikit.
    Sama kita. Kalau saya pun, makan guna tangan je.

    ReplyDelete
  4. ishh sedapnyaaa sup tuu . macam terasa kat lidahh . nak kena buat ka cemana nii eh hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat la lagi sedap air tangan sendiri hehe.

      Delete
  5. Uncle selalu je singgah sini... cuma tak pernah 'ter'singgah kedai ni... OK boleh cuba lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok, nnt uncle posing buat thumbs up / thumbs down lepas cuba sup kat sini ye!

      Delete
  6. Betul..tak feel guna sudu garpu plastik

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya dieorg malas nak cuci pinggan, sudu dan garpu kot. Pakai plastik boleh buang je.

      Delete
  7. harap² owner nya baca review tok dpt molah penambahbaikan... tp kmk rasa sidak guna semua plastik sbb main menu sidak tok sup.. biasalah sup tok kn berminyak ya sidak pakei yg pakai-buang jak... mun pakei tapak benar klak x bersih basuh masih berminyak kena complain customer agik... kmk rasalahhh... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenak kedei sup lain boleh jak hidang pakai sudu garpu biasa & guna tapak melamine haha. Tapi yalah, cara hidang makanan pun memainkan peranan dalam customer experience bagi kmk la 😊

      Delete
  8. Emmm...nikmatnya sup meletup..sumsumnya ituloh pasti lembut gurih kalau di srusup😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya, paling feveret saya sumsum tulang dan ekor lembu 😋

      Delete
  9. x pernah try plak, sellau gak singgah R&R ni kalau lalu

    ReplyDelete
  10. makan sup ni kena sudu besar. kalau kena pakai senduk pun saya ok daripada sudu kecik (licin)... byk kali jg singgah rnr ayer keroh ni tp tak penah lg try sup ni sbb selalu singgah beli yg ringan2 je ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe lain kali anies boleh singgah dan bagi review anies pulak 😄

      Delete
  11. Alamakk terliur arr... Abang Sabar paling suka makan sup ni.. kemain tenung depan kedai kalau nak pilih sup apa hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke, Sislin penah makan kat sini? Kiteorg try tapi entahla, tak kena pulak dengan citarasa.

      Delete
  12. makan daging guna sudu/garpu plastik mmg tak best kan...takut patah je...terliur pulak tengok sup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya prefer lagi sup daging di ani sup utara.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .