Singgah Makan di Pop Meals @ Sunway Putra Mall
Masa kiteorang pergi camping hujung minggu lepas, boleh pulak cermin mata Suami Terchenta tercicir dalam sungai. Puas la kiteorang cari tapi tak jumpa. Sadaqallahul 'azim je la. Sudahnya balik dari camping kena singgah ke Sunway Putra Mall sebab nak ke kedai yang biasa kiteorang buat cermin mata. Dalam setengah jam jugak nak pilih bingkai, check power mata dan bayar. Cermin matanya akan sampai besoknya, kata tauke kedai.
Dah setel tempah cermin mata, tiba-tiba rasa lapar sebab tak makan tengahari lagi. So singgah makan di kedai Pop Meals ni. Dah lama lalu-lalang depan kedai ni tapi tak pernah singgah.
|
Pop Meals @ Sunway Putra terletak di tingkat LG |
|
Belek-belek menu dulu sebelum masuk |
Menu kat sini nampak menarik jadi kiteorang pun masuk ke kedai dan buat pesanan di kiosk pesanan makanan kat kaunter.
|
Lepas bayar, boleh tengok status pesanan kat skrin ni |
|
Pick up station untuk food rider dan takeaway |
|
Ruang makan kedai ni kecik je - cuma ada 3 buah meja dalam kedai dan 2 buah meja di luar |
Akhirnya pesanan kiteorang pun sampai. Aku pesan nasi geprek dan Suami Terchenta pulak pesan buttermilk chicken. Walaupun kiteorang dine-in, tapi makanan tetap sampai dalam kotak dan diberi sudu/garpu plastik. Terkial-kial jugak aku nak potong ayam goreng guna sudu plastik, dah la ayam tu keras sikit. Mungkin ni cara dieorang nak jimatkan kos / kurangkan pekerja sebab guna bahan pakai buang je dalam kedai. Tak perlu nak cuci perkakas lepas makan.
|
Nasi geprek (tak ingat harga) |
|
Salted egg buttermilk chicken (RM16.99) |
Suami Terchenta komen makanannya boleh tahan sedap. Bagi aku nasi geprek pulak biasa-biasa je, rasa cili padi dalam sambal gepreknya tu agak overpowering jugak.
Untuk anak-anak pulak, kiteorang bungkus bawak balik Super Creamy Mac & Cheese (RM17.99) dengan Spaghetti Chicken Bolognese (RM16.99). Dieorang bagitau sedap mac & cheese dan spaghetti tu dan sebab anak-anak aku ni jenis picky eaters, so aku buat kesimpulan memang sedap la kot 2 menu ni. Boleh la repeat beli makanan kat sini tapi lebih baik takeaway dan makan di rumah je.
Aduh.. tak sukanya makan macam ni. Lain la kalau tapau. Haiii .. kesiannya spek jatuh, tak ada rezeki. Susah nak jumpa sebab mesti tenggelam kan.
ReplyDeleteAah tapau lebih baik sbb selesa lagi makan kat rumah. Spek tu entah2 dah hanyut sebab air deras jugak tu. Nasib baik buat spek baru boleh claim dari company asben.
DeleteDapat pula bahagian bertulang ye, risau takut patah je sudu/garfu plastic tu huhu ...
ReplyDeleteye, mana isi bawah-bawah tulang tu terpaksa lupakan aje la niat nak abiskan sebab takut sudu/garpu patah pulak.
DeleteSha pernah nak beli tapi lepas tu tak jadi.. Nanti nak cubalah..
ReplyDeleteOK, nanti Sha review pulak ye.
DeleteTak pernah lagi makan kat Pop Meals. Saya pun buka website depa kejap rupa2nya banyak juga branch depa ni. Cuma hanya kat area KL dan Selangor sahaja. Penang satu pun tak ada lagi.
ReplyDeleteAah, baru bukak di area Lembah Klang dan beberapa kawasan Selangor je. Kalau turun ke KL saudara Faizal boleh la cuba.
Deletemakan ayam dengan plastic spoon & fork mmg menduga betul
ReplyDeleteNasib baik tak terpelanting sudu garpu tu hehe
Deletei dh few times mkn kat pop meals ni..ok jer not bad lah rasa dia esp certain food. dan on weekend ada promo RM7 for selected meals jugak termasuk drink, kira ok sgt2 rege tu tp just few selected menu jer
ReplyDeleteOo ye ke... Tapi kiteorang tak perasan pulak promo RM7 tu klu tak kiteorg ambik yg promo tu.
DeleteKak Sue dengan anak bongsu pun baru buat spek baru jugak. Dua-dua patah bingkai. Susah nak makan ayam kalau sudu plastik kan.. paham sangat..
ReplyDeleteErk, camane boleh patah tu Kak Sue? Aah, frust betul bila makan ayam goreng guna sudu plastik.
DeletePop Meals ni ada berdekatan juga cuma blum try je....oh ada menu nais juga ingt mcm western je
ReplyDeleteWestern ada, nasi pun ada jugak.
Deletelaaa aritu pergi sini knape laaa tak jumpa kedai ni...ke mata sy pandang kedai lain je hahaha tp menu dia menarik!
ReplyDeleteMesti mata tengok kedai lain waktu tu hehe.
DeleteNaaah, saya paliiing sebel kalo makan lauk ayam begitu, tapi sendok garpu ya plastik 🤣. Mending makan pakai tangan lah, drpd sendok. Yg ada malah patah utk mengiris daging ayam 😂. Atau paling benar takeaway memang kak
ReplyDeleteMula-mula terfikir jugak nak guna tangan tapi takde sinki basuh tangan di situ huhu... kesimpulannya lebih baik takeaway je 😅
Delete