Semenjak ada Kiera kat rumah ni, Khayla makin menjadi-jadi bersin. Bukan setakat tu je, pernah sekali aku tengah memasak, tiba-tiba ada bulu kucing berterbangan masuk dalam kuali 😅.

Tak boleh jadi macam ni, kena jugak pasang sebijik pembersih udara kat rumah!

Lepas proposal diluluskan oleh Suami Terchenta, aku pun bukak Shopee nak cari pembersih udara yang sesuai. Ada beberapa jenama dan model yang aku berkenan tapi bila dah bukak tutup page beberapa kali nak study spec model tu, aku dah pening kepala. 

Jadi aku serahkan kepada ChatGPT je la untuk survey bagi pihak hehe. Kalau belum tau apa tu ChatGPT, boleh baca kat sini.

Aku pun login dekat laman web ChatGPT lepas tu taip arahan untuk ChatGPT buat kerja. Lebih kurang macam ni la arahannya - 'Buat jadual perbandingan pembersih udara dari segi harga (dalam RM), jenis penapis digunakan, harga penapis, Homekit-enabled dan spefikasi - (nama-nama model pembersih udara yang aku dah shortlist).'


ChatGPT

Tak sampai 1 minit ChatGPT buat kerja. Memang memudahkan hidup betul teknologi AI sekarang ni. Tak perlulah aku habiskan masa berjam-jam nak buat jadual perbandingan tu, terus boleh study dari maklumat yang ChatGPT dah kumpulkan.

Sejak tau pasal Shopback, sekarang ni kalau bukak apps Shopee aku akan bukak melalui apps Shopback je. Shopback ni bagi kita dapat cashback bila kita berbelanja di aplikasi yang join Shopback macam Shopee. Cashback yang terkumpul tu kita boleh pilih samaada nak keluarkan dan masukkan ke akaun bank atau guna untuk pembelian akan datang. Orang kata sambil menyelam, minum air gitu...

Kalau korang berminat nak join, boleh guna referral code ni untuk join. Shopback tengah buat referral program which korang akan dapat RM10 bila join guna referral code dan promosi ni akan berakhir 31 Julai ni. Bukan senang nak dapat RM10 cashback terus 😉. OK, selamat membeli-belah Shopee Sales 7.7!


shopback referral program

10 comments:

  1. Bilik akak pasang air purifier jugak, sebab suami selalu bersin. Tapi itulah tak mengkaji, main pergi je Harvey Norman pilih ikut penerangan jurujual dan harga yang mampu bayar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiteorg takde pengalaman pasang air purifier sbb tu tak tau brand apa yg bagus hehe. Kak Ujie beli brand apa? Lepas pasang tu, suami akak dah tak bersin2 lagi ke?

      Delete
  2. MA guna yg coway punya... alhamdulillah so far ok jer and ada org dtg servis setiap 2 bulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asben tak minat yg kena bayar bulan2. Ada jugak suggest kat dia hari tu.

      Delete
  3. umah my mom kat kampung memang berterbangan la bulu kucing sbb my elder sis bela kucing 3 ekor, memang duduk dlm rumah/bilik kucing2 tu... :( so far tak de plan plak nak beli air purifier tu lgpun rumah kampung kan...luas/spacious...rasanya tak berapa effectove kot even guna air purifier pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau takde siapa yang alergik dalam family MZ, tak perlu ada air purifier pun tak pe. Macam kiteorang kena beli sebab Khayla dah makin kerap bersin2 sekarang ni.

      Delete
  4. chat gpt dgn google bard mmg 'kawan' saya hari2 hehehe... sbb kerja sy mmg ada kaitan dgn 2 mendealah ni... kdg dah bosan sgt siap tanya, tgh hari ni nak makan kat mana? hahaha...

    x penah lg guna purifier... boleh tahan juga ya harganya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Google bard tak pernah pulak cuba lagi. Nanti nak cuba la.

      Ye, sbb tu kena buat survey betul2 kalau salah beli rugi... Kena masukkan sekali harga filter air purifier dan berapa kali kena tukar filter untuk tengok total cost.

      Delete
  5. seronok ada AI..selalu guna Google Bard utk buat report, reply emel...jrg beli kt shopee, sampai shopee nak delete account...huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Google Bard memang sangat membantu dalam kerja hakiki kan. Kadang2 bila takde idea nak menulis blog pun saya mintak tolong Google Bard / ChatGPT untuk buat draft entry blog lepas tu baru edit2 bagi personalized hehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .