Korang ingat tak aku cerita pasal guna ChatGPT untuk survey pembersih udara yang sesuai untuk dipasang kat rumah? Lepas review model-model pembersih udara yang dijual di Shopee, akhirnya kiteorang pilih untuk pasang pembersih udara jenama Levoit Core 600S. Harga dalam RM1000 lebih jugak tapi mengenangkan kesihatan Khayla yang kerap bersin setiap hari sejak bela kucing kat rumah ni, Suami Terchenta kata pejam mata je la!
Dalam 2 hari lepas order dari Shopee, pembersih udara ni pun selamat sampai ke rumah. Walaupun kotak dia nampak gedabak, tapi sebenarnya ringan je pembersih udara ni.
Levoit Core 600S Smart True HEPA Air Purifier |
Mula-mula unboxing, kena baca manual dulu. Cara nak pasang senang je. Keluarkan plastik pembungkus penapis HEPA dalam pembersih udara ni, pasang balik tanpa plastik pembungkus, sambung plag ke suis dinding lepas tu tekan butang power.
Risalah manual dalam kotak |
Pembersih udara ni boleh dikawal guna aplikasi kat telefon. Muat turun aplikasi, sambungkan ke pembersih udara guna bluetooth lepas tu boleh la pantau kualiti udara dalam rumah / guna aplikasi untuk hidupkan / matikan pembersih udara. Walaupun peranti ni bukan Homekit-enabled, tapi boleh jugak gunakan Apple Watch untuk hidupkan / matikan pembersih udara ni.
Pandangan dari atas |
Pandangan dari depan |
Cara semak kualiti udara, biru menunjukkan tahap udara yang sangat bersih, hijau bersih, kuning kurang bersih dan merah menunjukkan udara tercemar. Biasanya lepas memasak, pembersih udara ni akan bertukar jadi merah sebab nak hilangkan asap dari memasak (walaupun dah guna penyedut udara / kitchen hood).
Lepas 2 minggu lebih guna pembersih udara ni di rumah, so ni review aku tentang pembersih udara ni. So far, aku happy dengan pembersih udara ni. Khayla sebelum ni memang ada alahan dengan debu / bulu kucing, jadi pagi-pagi dia kerap bersin-bersin. Sejak bela 2 ekor kucing di rumah, Khadeeja pun nampaknya ada tanda-tanda alahan jugak, kerap berhingus dan batuk-batuk. Sebab tu la kiteorang memang perlukan pembersih udara untuk bantu anak-anak kiteorang bernafas dengan lebih baik di rumah.
Levoit Core 600S mempunyai penapis H13 True HEPA yang mampu menapis 99.97% zarah bawaan udara (airborne particles) termasuk debu, debunga, bulu haiwan peliharaan dan asap. (Tips bila nak cari pembersih udara: pastikan ianya ada penapis True HEPA H13 atau H14 sebab ianya bertaraf gred hospital). Ianya jugak ada penapis karbon yang menghilangkan bau-bauan kurang enak dan gas. Pembersih udara ni ada 4 kelajuan kipas dan mod waktu malam yang senyap.
Aku selalu guna pembersih udara Core 600S ni dengan mod auto dan setakat ni, nampaknya ia berjaya mengekalkan udara bersih dalam rumah ni. Yang paling penting, Khayla dan Khadeeja dah berhenti bersin-bersin dan batuk-batuk sejak guna pembersih udara. Takde lagi dah nampak bulu Kiera berterbangan!
Pembersih udara ni jugak sangat senang digunakan. Ia ada paparan sentuh yang memudahkan untuk menukar kelajuan kipas, mengaktifkan mod waktu malam dan menetapkan pemasa. Pembersih udara ni jugak dilengkapi dengan sambungan Wi-Fi supaya kita boleh kawal menggunakan telefon pintar.
Kat sini aku rumuskan pros dan cons Levoit Core 600S ni:
Pros:
- Penapis H13 True HEPA menyahkan 99.97% zarah bawaan udara termasuk bulu kucing
- Penapis karbon menghilangkan bau-bauan kurang enak dan gas
- Empat kelajuan kipas dan mod waktu malam yang senyap
- Paparan sentuh yang senang digunakan
- Kawalan jarak jauh guna sambungan Wi-Fi
- Kawasan liputan yang luas (147 meter persegi) - pasang di ruang tamu boleh bersihkan udara di dapur sampai ke bilik tidur
- Berkesan mengurangkan / menghilangkan alahan yang berkaitan dengan udara kurang bersih di rumah
- Waranti 2 tahun
Cons:
- Agak bising bila dipasang pada kelajuan kipas tertinggi
- Tiada cahaya UV atau ionizer
- Harga sedikit premium (tapi berbaloi sebab kawasan liputan yang luas)
- Penapis karbon tak menghilangkan 100% bau-bauan kurang enak, masih kena bukak sliding door ke ruang balkoni tu untuk kurangkan bau makanan kucing (kibbles) dan bau-bauan kucing
Harapnya review ni membantu korang yang mencari pembersih udara. Psst.. korang yang ada kucing kat rumah pakai pembersih udara jenama apa untuk neutralkan bau kucing kat rumah? Boleh komen tak?
Kiera suka lepak tepi pembersih udara ni, agaknya sebab udara segar kot kat situ 😂 |
Nota kaki: Janji anak-anak dah tak bersin-bersin & batuk-batuk kat rumah kira ok la tu kan. Jangan tanya bil api naik ke tak sebab baru pakai sebulan 😜.
Terbaik review. Lengkap semua info.
ReplyDeletePembelian yang berbaloi kan.
Akak punya sesuai untuk saiz bilik comel pun dah beberapa ratus harganya. Memang lebih mahal kalau untuk ruang lebih luas dan dengan ciri-ciri terbaik. Bab bil letrik akak tak perasan sebab tak pasang setiap hari.
Aah benda ni ada timer boleh set bila dan berapa jam nak pasang.
DeleteMA since balik hari tu memang beli jugak 1 utk rumah sbb Iris tu allergic to habuk2 ni... plus udah mcm keperluan jugak la...
ReplyDeleteUdara skrg dah makin kotor. Kalau dulu tak perlu ada pun tak pe tapi skrg ni dgn macam2 penyakit mmg nampaknya dah jadi keperluan.
DeleteTerbaek ni :)
ReplyDeleteTerima kasih :)
DeleteBagus ulasan ada pro dan kontra supaya orang yang cari boleh pertimbangkan segala-galanya.
ReplyDeleteHarap Carneyz dapat guna lama.
Saya belum ada keperluan pakai. Duduk rumah yang memang selalu buka pintu atau tingkap. Jadi udara luar selalu masuk.
Harap tahan lama jugak... Tapi boleh nampak perubahan ketara lepas guna pembersih udara ni, anak2 kurang bersin/batuk dan takde lagi bulu kucing berterbangan dalam rumah 😁
Deletelengkap info 😊kalu ciknur blm ada comfirm nk yg ni. maklum la ada meow kat rumah ni kan
ReplyDeleteCiknur guna pembersih udara jenama apa skrg ni?
Deletemaknanya kalau tgk buat sambal tu, meresaplah ya bau tu sebelum tiba ke ruang tamu? ;-)
ReplyDeletekemain ko kiera yaaa hahaha
Bau tu masih lagi semerbak tapi cepat hilang disedut pembersih udara aagittew.
DeleteKiera pulak over2 lepak tepi tu kan haha
Dekat rumah pun guna ada tiga dgn semua berlainan brand.. as long dia buat kerja mmg sesuai letak dlm rumah especially ada anak kecil
ReplyDeleteBetul tu, kalau anak2 sensitif dgn debu / bulu kucing, memang elok pasang pembersih udara ni.
Deletegood review. MZ pakai air purifier dyson tp tak delah on everyday pun ;) so far ok jer :)
ReplyDeleteDyson pun jenama yg bagus. Jenama Dyson kena tukar filter brp kali setahun?
Delete