Jumaat malam dah keluar episod baru tapi aku tengok esok paginya. Nasib baik aku tengok siang, kalau tak mesti termimpi-mimpi hantu rambut mengerbang!
Professor Hae-sang bersemuka dengan roh jahat yang merasuk San-yeong |
Episod ke-2 berakhir dengan Professor Hae-sang dan San-yeong sama-sama ke lokasi Jangjin-ri untuk mencari lokasi di mana perhiasan rambut merah tu ditemui. Dieorang akhirnya berjumpa seorang penduduk asal di situ dan pakcik tu bagitau yang lokasi yang dimaksudkan tu ialah lokasi pokok Dukdali. Pokok Dukdali ni berkaitan dengan ritual mengikat 'kesucian' dekat pokok tu, di mana mayat gadis kecil ialah simbolik kepada 'kesucian' tu.
Satu masa dulu, gadis kecil yang meninggal dunia tak dikebumikan di tempat pengebumian ahli keluarga sebaliknya digantung atas pokok. Lama-kelamaan, pokok tu menjadi tempat orang menggantung diri-sendiri.
Mayat gadis kecil digantung atas pokok |
Pakcik tu bagitau adik lelakinya yang dah meninggal dunia dan cucu perempuannya, Lee Tae-young pernah berjumpa dengan ayah San-yeong. Lee Tae-young ialah seorang pelajar universiti dan tinggal di sebuah asrama pelajar. Dieorang cuba contact Lee Tae-young tapi gagal. Pada masa yang sama, penyiasat Hong-sae dan Mun-chun yang menyiasat kes kematian nenek San-yeong sedang menyiasat kes bunuh diri berturut-turut di asrama yang sama. Dieorang dapati yang pelajar-pelajar yang mati ni semuanya ialah kawan-kawan Tae-young.
Di asrama Tae-young, Professor Hae-sang dan San-yeong ternampak bayang-bayang pokok bunuh diri (suicide tree) muncul di bangunan asrama dengan satu tali gantung yang kosong, bermakna akan ada seseorang yang akan mati. Professor Hae-sang bagitau San-yeong yang dieorang kena selamatkan Tae-young sebab dieorang ingat Tae-young ialah mangsa seterusnya.
Diringkaskan cerita, San-yeong akhirnya dapat tau yang Tae-young sebenarnya tengah bersembunyi dari along sebab dia pinjam duit along. Bukan setakat tu, Tae-young sebenarnya menyimpan gambar berhantu dan untuk melindungi datuk dan nenek saudaranya dari diburu oleh along, dia koyakkan gambar berhantu tu dan masukkan dalam akuarium di kedai along tu. Cebisan gambar akhirnya dimakan oleh ikan-ikan dalam akuarium. Rupa-rupanya pelajar-pelajar yang bunuh diri tu semuanya bawak balik ikan dalam akuarium tu dan akhirnya bunuh diri akibat dirasuk oleh roh jahat dalam gambar tu.
Adegan terakhir, San-yeong berdiri di jambatan sambil pegang balang kecil berisi ikan dari akuarium yang sama. Professor Hae-sang mula-mula ingatkan San-yeong nak bunuh diri tapi dia tak sangka yang dia akan bersemuka dengan roh jahat yang bunuh maknya masa dia masih kecil.
Roh jahat dah keluar dan menampakkan diri depan Professor Hae-sang |
alamak...seram .. cita hantu
ReplyDeleteSeram tapi best!
DeleteRoh jahat cantik takpe....
ReplyDeletetetap menyeramkan, uncle 😱
DeleteSaya yang memang penakut ni kalau tengok cerita seram atau cerita hantu memang akan terbawa-bawa dalam mimpi.
ReplyDeletehehe saya pun penakut jugak Kak Amie tapi entah la, cerita hantu suka tgk pulak 😅
Deletekiranya ni dah start mengganaz laa ya?
ReplyDeletebelum... baru menonjolkan diri dekat Professor Hae-sang. Mungkin episod 4 hantu ni lebih berani kot.
DeleteBaru episode 1 ni...blom seram sanagt lagi...
ReplyDeleteSA tengok jugak ke? aah episod 1 tak seram lagi. Tgu episod 4 ni tgk seram ke tak bila hantu keluar.
Delete