Lepas menonton movie Indiana Jones, kiteorang turun ke food court di tingkat 4 mencari makanan. Ye la, mana la kenyang kongsi popcorn tu 😆. Kenalah cari makanan yang berat sikit sebab perut dah berkeroncong.
Mula-mula nak makan di Pak Jen Gulai Panas Langkawi tapi tutup pulak. Mungkin masih cuti Raya Haji. Pusing-pusing kat food court tu, akhirnya kiteorang decide nak makan makan di Ah Cheng Laksa. Ni first time kiteorang makan kat sini.
Belek-belek menu ternampak dry pan mee. Terus teringat chilli pan mee yang aku makan di Ipoh. Sebenarnya masa tu first time aku try chilli pan mee. Tak sangka pulak tersuka. Makan dengan poached egg, paling suka part cucuk kuning telur tu sampai meleleh keluar lepas tu gaul-gaulkan dengan sambal cili dan mee tu sekali. Yummeh!
Dry pan mee datang dengan sup. Dalam sup tu ada poached egg, daun cekur manis, fish cake dan fish ball |
Suami Terchenta pulak nak cuba signature dish kedai ni iaitu asam laksa:
Signature asam laksa |
Untuk minuman, aku order air longan. Sedap, tak manis sangat dan menyegarkan.
Air longan |
Review aku, makanan kat sini tak mengecewakan. Tak hairan kenapa signature dish kat sini ialah asam laksa sebab rasa kuahnya yang cukup pekat dan seimbang rasa masam, masin dan manisnya. Worth repeat makan asam laksa kat sini.
Suasana dalam restoran ni selesa dan santai dengan hiasan yang ringkas seolah-olah dalam rumah kayu. Pelanggan jugak boleh ambik sos dan sambal di tepi kaunter bayaran ikut selera masing-masing. Sambal cilinya memang sedap dan kena dengan dry pan mee yang aku makan.
Suasana dalam restoran |
Order dan bayar dulu lepas tu cari tempat duduk. Boleh pilih sos yang kita nak untuk dimakan dengan makanan yang dipesan |
Kesimpulannya, lepas ni kalau tiba-tiba teringin makan asam laksa, dah tau kat mana tempat best - Ah Cheng Laksa.
Ah Cheng Laksa di Sunway Putra mall |
Curry laksa dia pun sedap..pisang goreng teh tarik dia pun sedap..
ReplyDeleteoo... ok next time saya cuba curry laksa jugak 👍🏻
DeleteKalau sudah cocok dengan rasa biasanya kita akan balik lagi ..kangen menu"nya ya
ReplyDeletemenu2 nya menepati citarasa jadi lain kali boleh ulang lagi.
DeleteSebab Asam Laksa bukan makanan fav, jadi tak ada tempat fav, hehe. Tapi, kita pernah makan Pan Mee kat Queensbay Mall, Penang.. punyalah panjang beratur.. memang suka la bab telur gedik dia tu.
ReplyDeletehahaha sama la suka telur gedik dgn sambal cilinya. kalau pegi ipoh lagi nak repeat makan chilli pan mee kat new holly wood 😋
DeleteSemua nampak sedap 😋
ReplyDeletealhamdulillah, semua sedap PH 😄
DeleteYummy nya air longan tu! Tapi uncle batuk!
ReplyDeletenanti dah sihat uncle try air longan sini. sedap!
Deletewah...nampak sedap semua pun..yum yum
ReplyDeletesedap semuanya kena dengan tekak saya 😋
Deleteselalu kalau sy gi mid valley saya lalu je dpn ah cheng laksa ni... nak juga try lps laksa dlm aeon mid valley tu dah x de lagi hahahaha
ReplyDeletedah lama tak makan kat aeon. kat situ pun sedap jugak kan.
Deletebetullll jd x menentu bla shopping asyik terbau laksa je hahahah pandai laa diorg buat marketing secara tak langsung mcm tu... laa ni dah tak ada...sy pun x cari dah kat mana diorg pindah. mungkin ada kot dlm food court kat MV tu...
Deleteso far tak pernah try mkn kat sini...lps baca ur review ni, bolehlah try hehehhe i suka both pan mee dan laksa tuuu
ReplyDeleteselamat mencuba MZ hehe
Deleteharitu try curry pan mee kat gerai sebelah, Station Kopitiam, sedap jg...boleh try lepas ni kt Ah Cheng Laksa..
ReplyDeleteoo... tak try lagi Station Kopitiam. Nak try la lain kali.
Delete