Semalam aku dikejutkan dengan satu berita yang sangat mendukacitakan. Pemergian seorang pengurus di syarikat lama tempat aku bekerja sebelum ni. Perginya pada pagi Jumaat yang mulia. Arwah ni sangat la baik orangnya, sangat menyantuni orang-orang di sekeliling. Arwah layan semua orang sama rata, baik orang bawahan atau pihak pengurusan. 

Jarang aku jumpa orang dari Semenanjung yang tahan bekerja di Sarawak selama lebih dari 5 tahun. Biasanya lepas 5 tahun je dah mula bersuara mintak pindah balik ke Semenanjung. Arwah pulak dah lebih 10 tahun kat sana. Anak-anak pun membesar di Bintulu. Arwah dan isteri sama-sama bukan orang Sarawak tapi boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat di sana.

Arwah baik dengan cikgu-cikgu di sekolah-sekolah anak-anaknya. Aku terbaca salah seorang cikgu anaknya post kat FB tentang arwah yang selalu hantar ucapan Selamat Hari Guru walaupun cikgu tu dah berpindah sekolah dan tak lagi jadi cikgu di sekolah anaknya. Anak-anak arwah belajar di sekolah tahfiz dah sekolah agama di sana. Arwah rajin bagi sumbangan dekat sekolah tahfiz dan aktif dalam PIGB sekolah.

Di pejabat pulak, arwah seorang pengurus yang sempoi dan ramah dengan semua orang tak kira department. Selalu orang takut nak lepak dekat HR tapi arwah ni bila free, petang-petang je turun ke ofis HR lepak-lepak dengan geng HR. Antara workstation arwah selalu singgah ialah workstation ex-boss aku pastu workstation aku. Kiteorang kamceng mungkin sebab masa tu selalu bertembung masa berlari petang-petang atau weekend. Arwah rajin buat LSD (long slow distance running), kalau terjumpa tengah jalan kiteorang akan lambai-lambai each other.

Kehilangan arwah sangat-sangat membuatkan orang sekeliling terasa sebab dia terlalu baik. Orang-orang bawahan kat ofis tu lagi la post macam-macam tentang kebaikan arwah kat FB. Macamana arwah ambik berat bertanyakan baby staff bawah dia yang tak sihat. Macamana arwah sangat-sangat menghargai sumbangan  anak-anak buah walaupun cuma kecil tapi dia sanggup pergi cari staff untuk puji dan ucapkan terima kasih. 

Arwah sangat merendah diri, tak lekang dengan senyuman dan tak lokek kongsi pengalaman dan beri motivasi dengan orang lain. Arwah jugak selalu jadi imam solat berjemaah. Aku tak tau kenapa kehilangan arwah sangat-sangat buat aku terkesan padahal nak kata kiteorang rapat tak jugak. Sebabnya masa aku bekerja kat sana aku ni kira orang bawahan padahal dia pulak salah seorang dalam team pengurusan. Tapi cara dia baik dengan semua orang tu yang bukan aku je yang terkesan tapi ramai yang rasa macam tu jugak. Berlinang air mata aku mengenangkan kebaikan arwah, apa lagi mengenangkan keluarga yang ditinggalkan. Semoga isteri dan anak-anak redha dengan pemergian arwah dan diberikan kekuatan meneruskan kehidupan tanpa suami / ayah yang dikasihi.


‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
"Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fuanhu".
Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Al Fatihah khususon ila ruuhil..............
‎بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين



 

Nota kaki: Setiap kematian itu menginsafkan aku - bagaimana pengakhiran diri-sendiri kelak? Semoga aku pun pergi dalam keadaan husnul khatimah.

28 comments:

  1. salam takziah untuk keluarga arwah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila orang baik2 pergi, kita bukan ahli keluarga pun turut bersedih jugak. Semoga keluarga arwah redha dengan pemergiannya.

      Delete
  2. Al-fatihah dan salam takziah untuk keluarga arwah...biasa orang baik..Allah akan ambik cepat dan ia bukan satu ukuran yang muktamad sebenar..jarang jumpa orang yang baik akhlak dengan manusia lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, arwah memang betul2 jaga hubungan dengan orang lain. Seorang yang selalu merendah diri dan empati dengan orang lain.

      Delete
  3. Innalillahiwainnaillahurojiun.. kalau orang baik dah tak ada memang orang akan sentiasa ingat kebaikkannya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak Sue, memang teringat2 kebaikan dia sepanjang kenal dengan arwah. Semoga arwah bersama2 dengan orang2 yang soleh di sana.

      Delete
  4. terkesankan bila orang baik pergi tinggalkan kita...semoga bila kita pergi nanti pun orang sebut juga perkatan "arwah baik orangnya". risau bila orang lega dengan ketiadaan kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat terkesan Ammi. Seminggu jugak rasa down walaupun tak la rapat sangat sbb menjaga batas hubungan dgn bukan mahram. Bila orang baik2 pergi, kita bukan ahli keluarga pun turut bersedih jugak.

      Delete
  5. setiap kematian adalah peringatan utk kita2 yg masih hidup...life is fragile and short

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat2 MZ. Seminggu tu saya ambik masa untuk reflex myself, macamana nak emulate akhlak arwah yang sangat2 baik tu. Kita yang masih bernafas ni hargai keluarga dan orang2 sekeliling kita. Semoga kita pergi pun dalam keadaan yang dirindui oleh rakan-rakan dan keluarga.

      Delete
  6. Innalillahiwainna ilaihirojiuuunnn.. Semoga Allah swt menggantikan tempat tinggalnya dgn yg lebih baik dari di dunia ini, Amiiinnn YRA

    ReplyDelete
    Replies
    1. اللهم امين يا ربال الامين 🤲🏻

      Delete
  7. orang yang baik memang sentiasa dikenang.... AlFatihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga pemergian kita pun dikenang dan dirindui oleh orang2 sekeliling kita.

      Delete
  8. Inna lillah wa inna ilayhi roji’un
    Moga Allah mengampuni dan merahmati rohnya.

    Pemergian orang baik…itu yang menyentuh hati walaupun tak kenal rapat kan…
    Muhasabah diri jugak ni, macam mana nak jadi orang dengan hati yang baik supaya yang baik2 je dikenang selepas pemergian kita 🥲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak Ujie. Saya pun ambik masa seminggu pemergian arwah untuk muhasabah diri untuk ikut teladan arwah yang sangat menjaga habluminannas

      Delete
  9. Semoga amal ibadah nya di terima Allah SWT dan keluarga yang di tunggu di beri ketabahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. اللهم امين يا ربال الامين 🤲🏻

      Delete
  10. Ikut berdukacita kak Carneyz. Saya yakin beliau orang sangat baik, apalagi meninggal di hari Jumat .. semoga saja keluarganya kuat dan tabah yaaa. Cita2 kita semua sebagai muslim, hendaknya meninggal dalam keadaan Husnul khatimah. Dan selalu diingat kebaikannya kapanpun

    ReplyDelete
    Replies
    1. اللهم امين يا ربال الامين 🤲🏻
      Bila orang baik2 pergi, kita bukan ahli keluarga pun turut bersedih.

      Delete
  11. Salam takziah buat keluarga arwah... mcm pepatah madah harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama... al-fatihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila orang baik2 pergi, kita bukan ahli keluarga pun turut bersedih. Dgr cerita wife arwah stay on diam di Sarawak sampai hujung tahun kelak sbb nunggu anaknya SPM. Tapi kmk dapat bayangkan perasaan sedihnya kelak bila mok pindah balit ke Semenanjung sbb dah berbelas tahun dia Sarawak, byk kenangan membesarkan anak2 dgn arwah di Sarawak. Anak pun ada yg lahir di Sarawak.

      Delete
  12. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un... Semoga dalam ampunan dan rahmat Allah Swt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. اللهم امين يا ربال الامين 🤲🏻

      Delete
  13. Innalillahiwainnailaihiraajiuun.
    Moga Allah kumpulkan arwah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. اللهم امين يا ربال الامين 🤲🏻

      Delete
  14. turut berdukacita...salam takziah Carneyz..biasa orang yang baik- baik ni allah sayang kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila orang baik2 pergi, kita bukan ahli keluarga pun turut bersedih. Semoga kita pergi nanti pun dirindui dan dikenang2 kebaikan oleh orang2 sekeliling dan orang2 yg mengenali kita.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .