Kredit foto: Ali Arapoğlu (pexels.com) |
Ada sorang haji ni. Ustaz tak ingat nama. Dia baru pindah ke kawasan rumah flat di Gombak.
Haji ni ada satu kelebihan. Dia suka bagi salam terutamanya orang surau kat kawasan tu.
Bila jumpa orang, dia cepat-cepat bagi salam.
“Assalamualaikum.”
Pernah satu hari tu dia ke kedai. Dalam perjalanan jumpa Ustaz Rafiuddin. Macam biasa, dia pun bagi salam sambil angkat tangan.
“Assalamualaikum, Ustaz.”
Ustaz Rafiuddin pun jawab,
“Waalaikumsalam. Haji nak pergi mana?”
“Nak ke kedai. Beli roti.”
Selepas bertegur sapa sepatah dua, dia terus berjalan ke kedai.
Nak dijadikan cerita, dia terlupa bawa duit. Terpaksa patah balik ke rumah ambil duit.
Dalam perjalanan ke rumah, dia jumpa Ustaz Rafiuddin lagi. Dia angkat tangan tinggi-tinggi dan bagi salam.
“Assalamualaikum Ustaz.”
“Waalaikumsalam. Dah beli roti ke haji?” Tanya Ustaz Rafiuddin.
“Belum. Saya terlupa bawa duit. Nak balik rumah ambil duit.”
Tak buang masa dia cepat-cepat kembali ke rumah.
Ketika dan perjalanan ke kedai buat kali kedua, dia jumpa Ustaz Rafiuddin lagi. Sama macam tadi, dia tetap bagi salam.
Sama juga dengan perjalanan balik dari kedai, dia bagi salam lagi.
“Assalamualaikum.”
“Assalamualaikum.”
Pagi tu saja, 4 kali dia bagi salam pada Ustaz Rafiuddin.
Bunyi macam kelakar tapi suka bagi salam adalah Sunnah nabi. Kita mendoakan kesejahteraan orang lain.
Oleh kerana hobi haji tu suka bagi salam, orang gelarkan dia “Haji Assalamualaikum.”
MashaAllah.
Walaupun haji tu suka bagi salam, dia ada satu kelemahan. Sejak pindah ke situ, dia tak pernah pergi ke surau. Asyik lalu lalang di depan surau dan bagi salam pada orang surau saja.
Sikap haji tu jadi buah mulut penduduk kawasan tu.
“Asyik bagi salam saja, surau tak pernah singgah pun.”
Tak lama sekitar setahun lebih lepas tu, ada seorang lelaki meninggal.
Bila sebut nama orang tak kenal nama. Tapi bila anak dia cerita ayahnya suka beri salam, barulah orang tahu 'Haji Assalamualaikum' telah meninggal dunia.
Jenazah dibawa ke surau untuk dimandi serta disolatkan.
Bila semua urusan selesai, Haji Rafiuddin pun borak-borak dengan anak arwah. Masa borak-borak tu dia pun tanya dengan nada yang lembut,
“Kenapa ayah kamu tak pernah datang surau sejak pindah ke sini? Dia baik orangnya. Suka bagi salam.”
Dengan nada sebak, si anak jawab.
“Ustaz, sebelum pindah sini ayah saya memang orang surau juga. Dia selalu solat jemaah kat surau. Setiap kali masuk waktu solat, dia akan solat berjemaah di surau.”
“Cuma, ayah saya menghidap kanser usus. Beberapa tahun kebelakangan ni dia terpaksa menggunakan beg stoma setiap masa.
Ayah tak ke surau sebab bimbang beg tu bocor dan najis terkeluar kena karpet surau. Takut susahkan orang lain nak kena cuci karpet surau. Itulah punca dia tak ke surau.”
Tambah si anak lagi,
“Ayah rindu sangat nak ke surau. Sebab tu dia suka lalu lalang depan surau dan bagi salam.
Bila dengar azan dan masuk waktu solat, dia rindu sangat nak ke surau. Ayah selalu keluar jalan-jalan supaya dapat jumpa dan bagi salam pada orang surau.”
Allahuakbar.
Semua orang surau yang dengar cerita tu rasa sedih. Rasa bersalah pula sebab tak pernah tanya dia, “Kenapa haji tak pergi surau?” masa dia hidup. Tak pernah ziarah dia di rumah. Sampai ke tahap bersangka buruk pada arwah.
Apatah lagi orang yang pernah bersangka buruk pada haji ni. Makin bertambah rasa bersalah dan menyesal atas apa yang berlaku.
Masa dengar cerita ustaz rasa sebak. Mungkin sebab ustaz pernah merasai apa yang arwah haji ni rasai. Rindu nak ke masjid dan surau bila diuji dengan masalah kesihatan. Rindu nak solat berjemaah dengan kawan-kawan.
Tapi apakan daya. Setiap takdir Allah, pasti besar hikmahnya.
Ada satu pelajaran besar yang Ustaz dapat dari kisah ini.
“Bila nampak keburukan orang, jangan cepat-cepat bersangka buruk dan berkata tidak baik.”
Dengan orang kita kenal pun kena sangka baik, apatah lagi dengan orang yang langsung kita tak kenal.
Kena hati-hati.
Dari prasangka buruk, akan keluar kata-kata buruk dan tidak baik. Silap-silap boleh jadi fitnah sesama Islam pula. Nauzubillah.
Akhir sekali, Ustaz nak kongsi satu kata Imam Shafie.
“Aku takut untuk berkata buruk akan keburukan orang lain, bimbang keburukan itu akan menimpa diriku sendiri.”
Betul tuan puan.
Kita semua tak lepas dari ujian. Keburukan yang kita lihat pada orang lain itu adalah satu ujian. Sekarang, dia yang diuji. Entah di masa depan, kita pula yang diuji sedemikian. Nauzubillah.
Tuan puan, tak kira apa jua bentuk ujian yang datang, semoga kita kekal di jalan ahsanu amala. Jalan orang yang beramal dengan sebaik-baik amalan.
Moga kita kita selamat dari segala bentuk fitnah dunia. Amin.
Kredit: FB Ustaz Hanafi
Nota kaki: Daripada kita bersangka buruk dengna orang lain, lebih baik kita mendoakan kebaikan buat dieorang. Siapa kita untuk menilai kehidupan orang lain kan? Salam Jumaat semua.
menarik perkongsian ni, kadang-kadang apa sahaja yang ada disekeliling kita ni ujian buat kita sendiri . nama lagi hambaNya kan, susah nak jaga hati dari pra sangka sesama insan ni... moga pengakhiran kita baik-baik semuanya, aamiin..
ReplyDeleteAmeen YRA 🤲🏻. Betul tu Kak AJ, hati ni kena dididik supaya sentiasa bersangka baik dengan semua orang termasuk dengan Allah.
DeleteAda baca perkongsian ni di fb.
ReplyDeleteMemang satu peringatan yang baik, jangan pernah sangka buruk dengan orang lain. Mudah bunyinya, tapi kena berjuang nak didik hati. Moga kita mampu miliki hati yang bersih.
Menarik kan perkongsian ni. Terus hadir rasa insaf dalam hati kita.
Deletethanks for sharing. #insafmode
ReplyDeleteSama-sama kita ambil iktibar dari cerita ni #insafjugak
DeleteTerima kasih, a good reminder to all of us 🌷
ReplyDeleteAlhamdulillah 💖
DeleteTersentap sekejap..Betapa diri ini juga selalu tersalah sangka pada orang lain dan pada takdir...semoga Allah ampun kan
ReplyDeleteInsha Allah, kita sama2 memperbaiki diri kita.
DeleteKesian Haji Assalamualaikum tu disangka buruk... Tuhlaa..kadang memang terdetik pelbagai sangkaan buruk dalam Kepala otak ni... Hm..
ReplyDeleteBersangka baik ialah salah satu cara kita menjaga habluminannas (hubungan sesama manusia).
DeleteGood sharing Carneyz, semoga pahala berpanjangan untuk Carneyz berkongsi cerita yang dapat mengingatkan diri kita semua macam nie..
ReplyDeleteTerima kasih Kak Sue, ameen YRA 💖
DeleteSaya baru baca cerita nih. Langsung merasa terharu dan jadi ingat2 lagi, apa pernah berpikir yang jelek2 begitu ke orang lain . Itulah kenapa kita ga boleh berfikir yg jelek dulu ya kak, takut menjadi fitnah nantinya 😔.
ReplyDeleteSemoga jadi pembelajaran juga buat saya, utk berfikir positif, dan mendoakan yg baik2, even utk orang yg jahat sekalipun.
Ya, biar Allah saja yang menghakimi baik atau buruk seseorang.
DeleteTerima kasih perkongsiannya Carneyz.
ReplyDeleteMarilah kita terus istiqamah sentiasa bersangka baik sesama kita.