Salam Jumaat semua,

Hari ni 10 Muharram bermakna hari ni ialah Hari Asyura. Selamat berpuasa buat yang dah berniat dan mampu berpuasa. Semoga amal ibadah diterima oleh Allah SWT.

Aku tertarik dengan kata-kata yang aku baca di Instagram baru-baru ni:

Kehidupan kita sudah pun diatur. Kita hanya "bermain". Ada masa kita menang, ada masa yang lain perlu menang. Berimanlah pada Qada' dan Qadar, Maha Suci Allah yang takkan sia-siakan hambaNya. 

Sumber: IG @hanimyangjujur

Sebenarnya aku admire orang yang boleh bermadah pujangga dan berfalsafah ni haha. Dan yes, ada kebenaran pada kata-kata ni sebab dalam Al-Quran pun ada menyebut dunia ni ialah permainan dan hiburan yang tak kekal abadi. Semua yang berlaku dalam hidup kita dah diatur sejak azali, sejak sebelum kita lahir ke dunia. Kita cuma perlu bermain permainan ni dengan bijak, supaya kita menang di akhirat.

Buat renungan kita semua pada pagi ni. 


al-an'am ayat 32
Kredit foto: Pinterest

13 comments:

  1. Salam Jumaat Carneyz..
    LZ pun sekarang tak beriya fikir atau bermain dengan emosi jika ditimpa kesusahan, cuma cari jalan penyelesaian dan banyak berdoa kepada-Nya.. Keputusan dah ada sebenarnya, semua dari Allah..

    P/s : Template blog kita samalah, give me five! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah template beli kat Etsy hehe. Tapi perasan tak template ni slow betul loading kat hp?

      Delete
    2. Samalah kita beli kat Etsy juga..
      Ya, perasan slow sebab dia prefer image original, besar sebab tu slow kot..

      Delete
  2. good sharing... MA pun share kan jugak la yer..
    good morning, salam jumaat.. :-)

    ReplyDelete
  3. Salam Jumaat Carneyz...good morning

    ReplyDelete
  4. syukran for sharing...semoga kita menang di sana, di alam yg kekal abadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 🤲🏻

      Delete
  5. apa-apa pun, jika mng kita kembali kpd Dia. jika kalah pun kita mesti jg kembali kepada Dia...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .