mental health

Apa Itu Kemurungan?

Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah ser ta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau ber tahun-tahun.


Penyebab Kemurungan

  1. Perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan kimia (Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine) 
  2. Baka keturunan : seseorang yang mempunyai keluarga yang pernah menghidapinya 
  3. Persekitaran : Peristiwa hidup dan kekurangan sokongan keluarga sosial 
  4. Ubat-ubatan : Sesetengah jenis ubat darah tinggi boleh mencetuskan episod kemurungan.Walau bagaimanapun, ia akan beransur hilang apabila ubat tersebut diberhentikan 
  5. Penyakit-penyakit lain : Seseorang penyakit lain seperti gangguan fungsi thyroid hypothyroidsm boleh menyebabkan kemurungan 
  6. Corak pemikiran : terdapat corak tertentu dalam pemikiran yang boleh mencetus kemurungan. Ini termasuklah bagaimana persepsi kita kepada diri sendiri, kehidupan dan dunia keseluruhannya.
  7. Stressor : stressor (punca stres) juga berupaya mencetuskan episod kemurungan sekiranya tidak dikawal. 
  8. Peristiwa lain yang boleh mencetuskan kemurungan termasuklah penyalahgunaan dadah atau ketagihan arak, menghidapi penyakit serius/ tinggal dengan orang yang menghidap penyakit tersebut. 
  9. Kehilangan orang yang disayangi, dan 
  10. Baru melahirkan anak

Tanda-tanda Kemurungan

  1. Kesedihan atau “kekosongan” perasaan yang berpanjangan 
  2. Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan 
  3. Cepat rasa letih dan tidak bertenaga 
  4. Perasaan pesimistik dan mudah putus asa 
  5. Perasaan bersalah 
  6. Rasa diri tidak berguna 
  7. Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur 
  8. Hilang selera makan dan penurunan berat badan 
  9. “Rasa lebih baik mati”,  kadangkala disertai dengan percubaan bunuh diri 
  10. Rasa tidak tenteram dan mudah marah 
  11. Kurang daya tumpuan dan ingatan 
  12. Sukar membuat keputusan 
  13. Simptom fisiologi seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghadaman 
  14. Kurang nafsu seksual 
  15. Pergerakan menjadi terhad/kaku atau menjadi resah gelisah 
  16. Mudah cemas atau fobia

Siapa yang Berisiko

  • Pernah mengalami kemurungan pada masa lepas
  • Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kemurungan
  • Menghidap penyakit kronik (Kanser, Diabetes, Hipertensi, Sakit Buah Pinggang, Strok, Sakit Jantung atau kesakitan berpanjangan) 
  • Hilang anggota tubuh badan secara tiba-tiba 
  • Kematian orang yang disayangi secara tiba-tiba
  • Perceraian
  • Masalah rumahtangga
  • Masalah keluarga
  • Penyalahgunaan dadah dan arak
  • Pengambilan ubat-ubatan tertentu
  • Mangsa penderaan
  • Tekanan di tempat kerja
  • Pernah mengalami penderaan semasa kanak-kanak
  • Kecenderungan mudah risau atau bimbang (anxiety)
  • Perasaan sedih semasa dalam pantang (selepas bersalin)
  • Krisis ekonomi

Kesan Sampingan

  • Mulut kering - minum air yang banyak, kunyah gula-gula getah yang kurang gula, bersihkan gigi setiap hari 
  • Sembelit - makan bijirin, buah prune, buah-buahan dan sayur-sayuran 
  • Masalah pundi kencing 
  • Masalah seksual
  • Penglihatan yang kabur
  • Pening

Cara-cara Mencegah Kemurungan

  1. Ketahui penyakit anda
  2. Patuh kepada ubat-ubatan dan rawatan susulan 
  3. Bertenang dan sentiasa bersikap positif
  4. Rancang kewangan anda
  5. Amalkan gaya hidup sihat
  6. Menyertai aktiviti yang akan membuat kita rasa gembira. Contohnya bersenam, menonton wayang, menyertai aktiviti keagamaan atau sosial
  7. Pecahkan tugasan yang besar kepada yang kecil dan beri keutamaan

Rawatan

Penyakit kemurungan boleh dirawat, lebih 80% daripada pesakit dapat disembuhkan sepenuhnya dengan rawatan yang teratur dan intensif:
  1. Penggunaan ubat ‘Anti-depressant’ 
  2. Terapi elektrokonvulsif (ECT)
  3. Psikoterapi
  4. Kaunseling

Apa yang Perlu Dibuat Jika Mengalami Kemurungan

  1. Berjumpa dengan doktor di Hospital/ Klinik Kesihatan yang terdekat 
  2. Berjumpa dengan kaunselor 
  3. Buat sesuatu yang boleh membuat anda ketawa 
  4. Rehatkan diri dari perkara rutin 
  5. Elakkan membuat keputusan yang besar dan berisiko 
  6. Pecahkan tugasan yang besar kepada yang kecil dan beri keutamaan 
  7. Dekatkan diri kepada Tuhan

Salah Faham Tentang Kemurungan

  • Ianya tidak boleh dirawat 
  • Ianya tidak perlu dirawat dan boleh hilang dengan sendirinya 
  • Ianya sesuatu yang memalukan
  • Ianya petunjuk seorang yang mempunyai karektor yang lemah



Nota kaki: Akhir-akhir ni rasa malas nak update blog. Mungkin sebab aku tengah bendera Jepun, dengan senggugut dan PMS nya lagi, haish. Nanti kalau dah ada mood baru aku update blog ye. 

18 comments:

  1. Kmk pun tgh x brp sihat... mungkin sbb keja direct, x cukup rest, period lagik... takut juak mun ada simptom kemurungan tok... kadang² kita dirik pun x sedar bila dh jd habit kita... biasalah faktor usia juak nk ooo... semoga kita selalu sihat jak lah... take care sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penting kita dgr juak emosi kita mpun. Mun rasa stressed, ambik masa untuk berehat & kuatkan balit mental. Tapi yalah, cakap mmg senang mok polah nya nang susah. Semoga kita selalu sihat utk org2 tersayang.

      Delete
  2. benda ni betul & bukan main2...
    siapa pun x nak sakit kan but sakit ni pun ujian Allah jugak so terpulang pd kita mcm mana nak menghadapinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu MA, ujian Allah kita kena bersabar menghadapinya.

      Delete
  3. nang pernah juak depresi teruk, perlu cari someone untuk kita luahkan segala yang membebankan fikiran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ya, kenak ada support system yg kuat dari org2 tersayang & rakan2 sekeliling. Mun sik dapat luahkan makin sakit kelak jadinya.

      Delete
  4. Ooohhh rupanya pengambilan ubat-ubatan sepert ubat darah tinggi boleh mencetuskan kemurungan. Terima kasih perkongsiannya Carnneyz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah setakat ni ambik ubat darah tinggi takde simptom2 kemurungan tu. Time nak tuutttt je baru la mood tu kacau-bilau huhu...

      Delete
  5. Lengkap banget ulasannya...memang ya sebagai manusia normal pasti pernah mengalami satu atau beberapa hal di atas..makasih infonya sis

    ReplyDelete
  6. bagus penerangan tentnag kemurungan ni...sorry to say...kemurungan ni patut di beri focus utama..kerana bila kemurungan segala tindakan di luar kawalan hingga melibatkan nyawa seseorang kan...moga dijauhkan dari kita dan keluarga kita semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya org yg kemurungan teruk ni sampai tak sedar apa yg dia buat. Sebab tu bila jiwa rasa kosong, rasa dah tak enjoy life kena cepat2 cari jalan untuk pulihkan emosi dan mental tu. Jangan biarkan sampai meleret & end up jadi kemurungan.

      Delete
  7. Siapapun pasti pernah mengalami murung ya kak. Kita memang perlu tahu dulu apa penyebabnya. Krn beberapa penyebab, terkadang butuh bantuan dokter untuk bisa sembuh.

    Saya sendiri kalo murung ringan, biasanya cukup dengan workout, di saat badan keringat banjir, tapi endorfin naik dan biasanya mengubah rasa murung tadi jadi happy lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kalau sudah terlalu berat memang kena jumpa doktor untuk dapatkan rawatan.

      Bagus Fanny menjalani hidup sihat, badan sihat emosi pun jadi stabil lepas workout.

      Delete
  8. Ya saya mengalami itu semua saat ini sudah sejak dua tahun terakhir ... 😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan biarkan berterusan, cepat2 dapatkan rawatan doktor kalau dah berpanjangan ni.

      Delete
  9. Orang yang dah merasa jerr tau macam mana rasanya murung tu.. sakit otak okayyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Sislin. Bila tgh murung tu rasa macam takkan happy lagi sampai bila-bila, rasa taknak makan, nak tido je. Badan, otak, emosi semua penat. Tgh duduk2 tak buat apa2 pun tiba2 rasa nak menangis pun ada jugak.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .