Sempena Hari Ibu, Suami Terchenta kata nak belanja makan. Memandangkan dah gaji, aku sebagai isteri yang sentiasa mengambil kesempatan ni pun ajak Suami Terchenta makan di GravyBaby 😜. Sebabnya masa keluar outing dengan kawan-kawan sebelum tu, aku tertarik dengan menu di restoran ni jadi memang dah plan nak ke sini.

Di KL ni ada 3 cawangan GravyBaby - di Jalan Changkat Bukit Bintang, Bangsar dan Bukit Damansara. Selain dari di KL, GravyBaby ada jugak cawangan di Melaka dan Pulau Pinang. Kiteorang pergi ke GravyBaby di Bukit Damansara sebab lebih senang nak parking kat sini.

Portion di sini agak besar jadi kiteorang pesan makanan untuk dikongsi bersama. Untuk starter, Suami Terchenta order buffalo wings. Rasanya sedap dan juicy, sama macam buffalo wings di TGIF.

GravyBaby
Buffalo wings (RM30)

Aku pulak order quesadilla dengan grilled chicken. Boleh tahan jugak rasanya, tapi aku lebih suka versi Taco Bell's.


GravyBaby
Quesadilla (RM36)

Untuk main course, Suami Terchenta pilih ribeye steak untuk dikongsi ramai-ramai. Puas hati makan steak ni sebab besar dan lembut dagingnya. Dicicah pulak dengan sos lada hitam. Yummss!


GravyBaby
Ribeye steak (RM230)

Khayla macam biasa request mac & cheese. Memang tak kedekut cheese betul. Portion besar tapi Khayla berjaya habiskan walaupun separuh jalan dia berhenti rehat dulu 😂.


GravyBaby
Mac & cheese (RM26)

Untuk dessert pulak, Khadeeja pilih white chocolate raspberry layer cake. Aku makan sesudu je lepas tu dah taknak sebab manis sangat! White chocolate memang manis leting bagi aku.


GravyBaby
Pilihan kek pencuci mulut

GravyBaby
White chocolate raspberry layer cake

Akhir sekali, ni pulak minuman yang kiteorang pilih:


GravyBaby
Passionfruit Iced Tea untuk aku, Orea Cookie (without coffee) untuk Khayla, ice blended coffee untuk Suami Terchenta dan Khadeeja pulak pilih summer berries (takde dalam gambar)


Alhamdulillah makanan kat sini menepati citarasa kiteorang. Licin semua makanan yang dipesan. Restoran pun lawa berkonsepkan meja booth macam restoran di US. Harga kat sini boleh tahan kayangan jugak, sesekali boleh la makan kat sini sempena sambut hari istimewa. Kalau selalu, botak kepala dibuatnya!

26 comments:

  1. Rasa seperti nak cari pula cawangannya di Pulau Pinang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tengok dekat sini 👉🏻 https://www.gravybaby.com/our-stores

      Delete
  2. macam familiar laa resto ni... tp sy x igt.. penah msk JJCM kot...

    tgk makanan je dah tau 'jenis' resto... bleh laa kenyit2 mata utk belanja hjg bln nnt hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau familiar tu mesti dah penah masuk hihi. Hujung bulan ni takde sambutan istimewa pulak utk buat alasan ke sini hahaha

      Delete
  3. Wah..ribeye nampak tempting..lagi best kalau orang belanja..hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sis hehehe... kita makan sambil doakan rezeki en suami mencurah-curah dapat belanja makan sini lagi 😂

      Delete
  4. Kalau boleh berkongsi dan kenyang memang berbaloi la membayar. Rib eye tu, cair di mulut nampaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. portionnya besar boleh kongsi 3-4 orang SK. Berbaloi la jugak tapi tak boleh pergi selalu 🤭

      Delete
  5. Salutan dekat ayam tu nampak mengancam sungguh.. Nice betul semua makanannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ke sini lagi memang akan repeat ambik ayam buffalo wings ni. Sedap 👍🏻

      Delete
  6. huishh... sedap sedap belaka gayanya... sikit lagi nak meleleh ences, nasib baik sempat kutahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😂😂 tgk gambar pun dah meleleh, kalau dekat restoran lagi la kecur mengancam aromanya 🤭

      Delete
  7. nampaks sedap semua menunya.. sama ngan MA .. x minat white choc.. kalau dark choc..yezza...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kena dengan selera kiteorg kecuali white choc tu, Khadeeja sorang je yg suka hihi

      Delete
  8. Nampak sedap belaka. Mahal juga harga rib eye steak tu, ye.

    ReplyDelete
  9. Ya ampun!
    Telan air liur ni tengok ribeye steak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, kenalah cari restoran ni bila Kak Amie di KL lagi.

      Delete
  10. sedap nmpknya menu tu...ada rezeki bole try mkn sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, makanan kat sini standard TGIF / Chili's.

      Delete
  11. Next gathering bleh la SA cadangkan kat boss makan kat sini plak..ada cawangan Bangsar kan...so dekat la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha lagi baik tu SA. Bila lagi boleh makan sedap2 company bayarkan 🤭

      Delete
  12. Nampak enaknya!!! Sesekali okaylah kan pergi...Buat reward gituuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, celebrate birthday ke, anniversary ke, makan2 dgn BFF ke boleh la pegi situ. Nak pergi selalu ada dompet tebal 😂

      Delete
  13. kelihatan lezat dan cantik cake nya... salam kenal dari blogger indonesia ☺☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal, terima kasih singgah di blog saya 😊

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .