18 Julai lepas, genap sebulan Kiera dengan kiteorang. Mula-mula sampai rumah ni, punyalah takut dia nak keluar dari tempat menyorok, sanggup berlapar & dahaga sepanjang hari. Waktu malam lepas kiteorang masuk tidur baru dia keluar cari makanan, minum air dan pergi ke toilet. Tu pun kiteorang tau sebab tengok rakaman CCTV besoknya.

Sejak kiteorang guna taktik mengumpan dengan banyak wet food dan snek kucing, barulah Kiera mula berani keluar dari tempat menyorok. Wet food tu kiteorang hulur dalam paket supaya Kiera makan dari tangan, so takde la asyik lari menyorok bila nampak kiteorang. Lama-kelamaan Kiera nampak kiteorang je terus ingat nak bagi wet food, berlari-lari keluar dari tempat menyorok sambil mengiau-ngiau mintak wet food. Comel sungguh. Cuma nak pegang dan belai tu je la dia masih lagi mengelak-elak dan lari. Kalau mood dia bagus, boleh la kiteorang belai dia. Kalau tak, biarkan je nanti tak pasal-pasal kena cakar.

Sejak minggu lepas dia dah berani lepak dalam rumah. Dia paling suka lepak dekat hall. Gaya duduk tu tak boleh tahan, dah macam arnab pulak! Kalau dulu Louis la tak menyabar-nyabar nak masuk rumah pagi-pagi. Sekarang ni dah terbalik, Kiera pulak yang selalu mengiau-ngiau mintak dibukak pintu supaya dia boleh duduk lepak dekat hall.


SPCA cat
Suami Terchenta kata Kiera nak sejukkan badan sebab tu duduk macam ni

Nampak tak betapa selesanya dia lepak-lepak sekarang ni?



Syukurlah Kiera dah selesa dengan kiteorang. Mula-mula risau jugak Kiera depression lepas kehilangan kakak Kiyomi. Louis pun banyak tolong Kiera menyesuaikan diri kat rumah ni. Kadang-kadang aku senyum sendiri tengok Kierra dan Louis berkejar-kejaran dalam rumah. Semoga Kiera jadi jinak dan boleh dibelai lepas ni.


SPCA cat
Throwback masa awal-awal Kiera kat rumah ni, keja dia menghadap dinding je taknak tengok kiteorang langsung

22 comments:

  1. anak-anak kucing ammi depress masa ammi take over jaga dia dari adik ammi. taknak makan minum. ammi kenalah buat video call dgn adik ammi...bila adik ammi cakap "meh sini tgk muka abi...dengar cakap abi, anak-anak abi kena makan. abi tak boleh jaga"...barulah dia mula makan, minum.

    masa tu sedih juga sbb abinya pun sedih nak menangis terpaksa berpisah dgn anak bulus dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala siannya dieorg.. siannya adik ammi. Kenapa abi dieorg takleh jaga? Kucing ni ambik masa jugak nak sesuaikan diri dgn tempat baru. Lain kalau kucing tu yg pilih nak ikut kita. Macam Louis dulu, dia yg pilih nak ikut kiteorg balik ke rumah so sekejap je dia dah boleh adapt dgn kiteorg.

      Delete
  2. mun kucing kamek dolok baring kedak ya, lalu dapat nama alas kaki oren..hahaha! tapi dah sikda dah nya, da mati kenak langgar time kamek orang raya balit kampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, geram juak tanggar nya gurin giya hahaha! Tunggunya mun dah dapat digomol2 abis nya digomol2 kelak. Sedih eh, mati kenak langgar 😢 ariya kakak Kiera nok nama Kiyomi ya mati pun kmk org dah berjujur air mata padahal baru beberapa hari ambik dari SPCA.

      Delete
  3. sikit masa je lagi tu nanti kiera mesti datang minta belai2..kucing betina biasanya manja dia lebih sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya macam tu la Afzan. Ni dia masih takut2 lagi, klu kita tak tengok, dia ok je. Kalau tengok dia, dia gabra terus lari menyorok.

      Delete
  4. Tengah2 laluan tu dia lepak? Betuah betul!

    ReplyDelete
  5. ala ala..comeinya.. Tommy MA dah besar now & kaki merayau je..susah nak jumpa & belai dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah bujang si Tommy tu mesti fasa tengah cari awek la tu hehe

      Delete
  6. Ooo dah dua ekor laa yaa kucingnya.. rumah ni pun ada dua ekor kucing datang.. Abang bagi makan, ermm elok laa melepekk je sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, ambik lagi kat SPCA temankan Louis. Kesian dia bosan takde geng main hehe.

      Delete
  7. Comelnya.. nanti lama-lama mesti okay dah nak dibelai-belai tu Carneyz..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi masa sebulan 2 lagi utk dia biasa dgn kiteorg.

      Delete
  8. setiap kucing ada karenah yang tersendiri dan ia makhluk yang ada perasaan juga...cuma tidak dapat diluahkan sepertii kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, bersyukur sangat lepas kakak Kiera takde, Kiera tak kemurungan. Louis pun tolong Kiera lebih selesa dengan tuannya.

      Delete
  9. lama juga nak amik masa sesuaikan diri...abis laa louis kak long kawasan bakal bermaharajalela hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, orang kat SPCA tu pun mmg bgtau kes Kiera ni mmg kena byk bersabar & ambik masa utk dia tak takut dengan orang.

      Delete
  10. Owh.. dia duduk gitu untuk sejukkan badan ye.. comel je dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti betul ke tak hahaha! Teori asben saya macam tu la 😁

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .