Hujung minggu lepas, Suami Terchenta ajak jalan-jalan di Lowyat. Dah lama giler tak ke Lowyat. Satu masa dulu, Lowyat ni la 'taman permainan' kiteorang pada hujung minggu sebab kiteorang sama-sama peminat gajet berkaitan komputer. Bila berjodoh dengan orang IT, hobi pun yang berkaitan IT jugak hihi. 

Kalau nak ke Bukit Bintang, lebih baik naik pengangkutan awam lagi-lagi bila keluar hujung minggu. Confirm sesak jalanraya. Macam biasa, naik LRT sampai ke Titiwangsa lepas tu tukar naik MRT ke Bukit Bintang. Sebenarnya lebih senang naik monorel sebab tak payah nak bertukar MRT tapi Suami Terchenta kata nak cuba naik MRT sebab tak pernah lagi naik laluan ke Bukit Bintang tu. 


Plaza Low Yat
Hai Plaza Low Yat! Lama tak masuk ke sini!

Plaza Low Yat
Low Yat masih sama - sesak dengan orang ramai mencari barang-barang elektronik dan IT 

Tujuan Suami Terchenta ajak ke sini sebab nak tukar bateri laptop yang dah uzur dan cari tablet melukis untuk Khayla. Khayla nak beli tablet melukis guna duit raya sendiri jadi kena la survey tablet dengan harga ikut bajet yang dia ada.   


XP-Pen 12 Pro
Khayla berminat dengan tablet melukis jenama XP-Pen (sumber gambar: XP-Pen)

Kedai pertama yang kiteorang masuk ialah Lenovo nak tanyakan bateri laptop Lenovo kepunyaan Suami Terchenta. Sementara pekerja kedai bukak cover bawah laptop nak check model bateri tu, kiteorang ambik kesempatan tengok laptop, tablet dan gajet lain yang ada di kedai ni.


Lenovo Low Yat Plaza
Kedai Lenovo

Lenovo Thinkpad battery
Jenuh jugak pekerja ni cari mata skru yang sesuai untuk bukak cover bawah laptop Lenovo tu

Bila pekerja tu check model bateri laptop dalam sistem inventori kedai, rupa-rupanya bateri tu dah takde stok kat kedai tu. Nampaknya terpaksalah Suami Terchenta pergi ke pusat servis Lenovo di Menara Glomac nun jauh di Kota Damansara. 

Keluar dari kedai tu, kiteorang merayau-rayau dalam Lowyat cari kedai yang jual tablet melukis XP-Pen. Dari satu aras ke aras seterusnya kiteorang keluar masuk kedai. Nasib baik kedai terakhir, ALL IT Hypermarket jumpa jugak tablet yang diidam-idamkan tu. Kalau tak, sia-sia je ke Lowyat, pulang dengan tangan kosong.

Adik nampak kakak beli tablet melukis, tiba-tiba dia pun teringin jugak! 😅 Sudahnya Bapak dia terpaksa jadi bank bagi 'loan' kat Khadeeja untuk beli tablet melukis yang paling murah (bawah RM200). Gembiralah dua-dua pulang dengan gajet baru hehe. Ehem. Macam tu la Suami Terchenta bila anak-anak mintak je terus 'cair' lepas dipujuk! 🤪

Masa nak keluar dari Lowyat, ternampak booth gajet PICO 4 headset VR (virtual reality) yang terbaru. Khadeeja beriya-iya nak berhenti dan cuba headset VR ni. Jadi kiteorang pun berhenti sekejap di booth untuk bagi dieorang berdua cuba bendalah ni. Nak beli memang idok ler, takde dalam bajet pun...


PICO 4 VR Headset
Bersungguh-sungguh Khadeeja dan Suami Terchenta dengar penerangan dari salesman

PICO 4 VR Headset
Khayla tengah cuba headset VR. Lepas tu dia kata pening main game VR tu hehe.

Keluar dari Lowyat, kiteorang bincang nak balik terus atau jalan-jalan ke tempat lain pulak. Akhirnya semua setuju nak pergi ke KLCC pulak. Jadi kiteorang pun naik MRT ke sana.


stesen MRT
Boleh gayat tengok tangga bergerak di stesen MRT yang bertingkat-tingkat ni!

Sampai di KLCC pukul 4 petang. Memandangkan tak sempat solat Zohor lagi, kiteorang singgah surau dulu menunaikan kewajipan. Lepas tu barulah berjalan-jalan di KLCC. As usual, anak-anak mintak belikan biskut chocolate chips di Marks & Spencer.

Lepas puas berjalan-jalan, kiteorang decide balik pun naik MRT jugak sebab kalau naik LRT kena tukar ambik bas dari Masjid Jamek ke stesen Bandaraya memandangkan kerosakan pada struktur laluan LRT stesen Bandaraya masih lagi belum dibaikpulih. Hmm... Dah berbulan-bulan masih lagi belum dibaiki struktur tu.

Tapi nak ke stesen stesen MRT Persiaran KLCC ni jauh jugak la kena menapak dan takde laluan bawah tanah nak ke sana. Kena ikut laluan pejalan kaki dan beberapa kali melintas jalan. Bagi aku, kurang mesra pengguna. Bayangkan kalau berjalan waktu malam seorang diri kena lalu tepi tapak pembinaan dan kawasan yang agak sunyi. Lebih baik naik LRT dan ambik bas shuttle ke stesen Bandaraya.


KLCC
Keluar dari KLCC menuju ke stesen MRT Persiaran KLCC

Seharian berjalan-jalan sampai sakit kaki dan lenguh pinggang dibuatnya. Tapi bila kenangkan seharian dapat luangkan masa bersama-sama dengan keluarga, kurang sikit penatnya.

16 comments:

  1. Rindok double K shopping gajet.. miak kinek tok umur tok dah tauk reti gajet mun kita dolok nemu kalkulator gik dah sakai 😂 x terus ke saloma bridge tek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Kmk dolok dapat mesin taip pun dah excited kemain gik hehe. Dolok zaman sekolah kmk suka menaip cerita pendek. Feeling2 jadi penulis la tek 😂

      Delete
  2. SA pun dah lama x pi Plaza Low Yat
    SA pun ada benda nak cari kat situ..tp x berani nak pi sendiri..nanti la ajak En Tunang kalau dia balik sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau En Tunang tak free, ajak Dania pun ok jugak. SA nak survey laptop baru ke tu?

      Delete
  3. Pernah g time belajo dulu..sekali je.. Ui, untunglah kakak n adik dapat gadget baru.. Happy time with family is the best thing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy le dapat spend duit raya beli 'permainan' baru 😅. Orang lain 'healing' dengan alam semulajadi, kiteorg 'healing' dalam Plaza Low Yat! 😂

      Delete
  4. Kita ni, lagilah lama tak gi Lowyat. Mesti dua beradik tu leka dengan gajet baru kan, untung budak2 skrg.. paling untung ada ayah banker, minta serap terus la loan tu, takyah bayar, ahhahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman kita dulu jangan mimpi nak ada benda2 macam ni kan SK. Harga gajet zaman kita dulu di luar kemampuan nak membeli walaupun dah kumpul duit raya bertahun2.

      Delete
  5. Lama betul tak pegi Low Yat, zaman belajar dulu puas meronda kawasan Low Yat ni.. Eh Rindu betul eak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiteorg dulu pun suka cuci2 mata dalam Low Yat hehe.

      Delete
  6. tempat buang masa sy jg dulu lowyat ni. bla dah x tau nak buat apa msk situ usha usha hp or laptop baru. x beli x pe janji puas dot cuci2 mata 😂 amboiiii dan lagi ya khadeeja..😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la bila anak 2 orang je, kalau sorang beli sorang lagi tu pun mesti teringin jugak. Tapi dah cakap ni bagi pinjam duit je nanti kena potong elaun bayar balik 😜

      Aah dulu2 selalu la masuk Low Yat, cuci2 mata je pun. Suka tengok model laptop / hp terbaru.

      Delete
  7. lowyat pun dh berkurun i tak ke sini....last pegi many2 years ago ie utk repair lappy...lappy tu pun dh tak wujud now (dh outdated)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau barang komputer rosak terus teringat Low Yat. One-stop centre barang2 elektronik dan IT ni.

      Delete
  8. lama jg tak ke Lowyat...belum try lg MRT Putrajaya Line...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah senang, dari lrt sentul berhenti di stesen titiwangsa dan tukar ke mrt.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .