Sumber imej: Quotesmaze.com |
Salam Isnin semua!
Urggh... Sekejap je hujung minggu berlalu, dah Isnin balik! Lepas rilek-rilek hujung minggu, memang rasa beratttt je nak melangkah ke minggu baru kan? Tapi, kalau nak mulakan minggu baru dengan bersemangat, apa kata cuba 5 tips ni untuk kekal bermotivasi setiap kali Isnin menjelma:
Tips #1: Mulakan hari dengan betul
Dapatkan tidur yang cukup dan bangun awal pagi supaya anda ada banyak masa untuk bersiap-sedia menghadapi hari Isnin tanpa rasa kelam-kabut dan tak cukup nafas! Mulakan pagi anda dengan rutin yang membahagiakan - membaca, mendengar muzik, menikmati secawan kopi, meluangkan masa dengan pasangan dan anak-anak, berkebun atau berjogging. Aktiviti yang menyenangkan emosi akan membantu anda untuk kekal positif dan bermotivasi sepanjang hari.
Tips #2: Tetapkan sasaran untuk minggu itu
Luangkan 30 minit pada hari Ahad untuk merancang sasaran yang hendak dicapai pada minggu berikutnya. Pecahkan sasaran tersebut kepada senarai tindakan-tindakan kecil yang mudah diuruskan. Ini akan menjadikannya lebih mudah dicapai.
Tips #3: Rancang hari anda
Ambil sedikit masa pada pagi Isnin untuk merancang hari anda. Ini akan membantu anda untuk kekal fokus dan tidak tersasar dari matlamat anda atau berasa terbeban. Pastikan anda masukkan masa rehat dalam jadual anda.
Tips #4: Beri ganjaran kepada diri-sendiri untuk setiap pencapaian minggu itu
Bila anda berjaya mencapai matlamat atau sasaran, ambil sedikit masa untuk meraikan pencapaian tersebut. Ini akan membantu anda kekal bermotivasi untuk mencapai matlamat-matlamat yang ditetapkan.
Tips #5: Jangan malu untuk meminta bantuan dari orang sekeliling
Sekiranya anda berasa terbeban dengan tugasan atau tanggungjawab tidak kira di rumah atau di tempat kerja, jangan segan-silu untuk meminta bantuan dari ahli keluarga, kawan sekerja mahupun rakan-rakan di sekeliling. Besar kemungkinan, mereka boleh menawarkan sokongan dan memberikan kata-kata semangat supaya anda boleh kekal di landasan yang betul.
Dengan mengikuti 5 tips ini, anda boleh kekal bermotivasi pada hari Isnin dan sepanjang minggu. Selain 5 tips ini, anda juga boleh mengikuti langkah-langkah di bawah:
- Singkirkan gangguan contohnya telefon pada masa bekerja dan email pada masa rehat supaya anda boleh fokus pada setiap waktu.
- Jangan abaikan waktu rehat, bangun dari tempat anda dan bergerak setiap 20-30 minit untuk mengelakkan mental menjadi lesu.
- Dengar muzik yang rancak untuk kekal positif dan bersemangat
- Bayangkan setiap kejayaan anda dan bagaimana perasaan anda ketika berjaya mencapai matlamat. Ini akan membantu anda kekal fokus dan bermotivasi.
Happy Monday semua!
Mun cukup rest xdalah monday blues selalunya... semangat gik ada nk keja hari isnin... selalunya kmk hari isnin mmg semangat bgn pagi masak bekal.. hahaha
ReplyDeleteBagus la kitak Kakmim. Kekal bersemangat hari Isnin 💪🏻
Deletekannn rasa cam tak puas cuti 2 hari he hee
ReplyDeleteSaya rasa kan, bila weekend pun kita dah plan nak buat apa lepas tu berjaya buat apa yg kita plan tu, hari Isnin rasa tu akan rasa lebih semangat. Haa gituuu....
DeleteSalam Isnin!!! Ya..Tetaplah bersemangat menempuh hari Dan minggu baru!
ReplyDeleteSalam Isnin nona. Yeaaaa itulah semangat yg kita cari! 😁💪🏻
Deletemakseh kak untuk perkongsian..nang perlukan motivasi kinek tok..adeii, banyak kerja tertangguh!
ReplyDeleteChaiyok2! 💪🏻 Jgn lupak take a break sekali-sekala 💖
Deletegood sharing!! tq! betul.kalau isnin pun dah down, nanti the rest week pun..lemah je
ReplyDeleteisnin tu kena semangat....caiyok caiyok!
chaiyok2 MA! 💪🏻🫶🏻
Deletegood tips , dia biasanya awal-awal pagi tu je kemalasan melanda jiwa raga bila dah start hari tu tak sabar nak tunggu Jumaat hehe :)
ReplyDeleteHaha pernah rasa macam ni satu masa dulu 😜
DeleteAlaaaa... tak boleh la guna alasan monday blues?
ReplyDeleteNi tips elak Monday blues la uncle hehe
DeleteSemangat!! Isnin yang ceria...thanks for sharing..
ReplyDeleteSemoga terus kekal semangat sampai hari Jumaat hehe
DeleteAlhamdulillah Isnin Mrs. A yang menceriakan cumanya sasaran nak siapkan minit mesyuarat belum kesampaian huhuhuu...
ReplyDeleteAlamak, tak dapat nak tolong tu. Memang penat nak buat minit meeting. Saya dulu menyampah jugak kena ambik minit, jadi saya propose kat boss utk rekod action item dan status je dalam minit. Attendance saya ambik dari calendar invite (siapa yg accept). Bila buat macam ni, jimat masa saya sbb dalam meeting tu saya dah siapkan terus minit. Habis meeting terus hantar kat semua ahli mesyuarat hehe.
DeleteKalo sekarang untuk saya semua hari itu Sunday 😄. Tapi zaman masih kerja kantoran, khusus hari Senin sebaiknya memang harus good mood dari awal bangun tidur. Karena kalo pagi aja udah bad mood, langsung merembet ke sepanjang hari 🤣🤣. Makanya dari hari Minggu memang hrs dipersiapkan planning untuk Senin, jadi semuanya teratur dan tidak berantakan.
ReplyDeleteBetul tu Fanny, rasa lebih teratur dan tenang kan Isnin bila dah plan semuanya siap2. Eh, skrg fanny belum masuk ofis ke? Masih WFH?
Deleteterbaekkk anyway, my monday was awesome sbb i cuti (antar my zharfan masuk matriks) jejjeje
ReplyDeleteMonday ambik cuti memang awesome hahaha!
Deleteno 4 tu... sy 'beri ganjaran' diri mkn sedap2 hahaha...lupa sekejap masalah yg ada...
ReplyDeleteLepas tu stress bila berat naik kan? 😂
DeleteTerbaik tips...biasanya untuk elak Monday Blues SA akan tido awal malam sebelum tu..dan bangun awal, x nak terkocoh2 kan..insyaallah bila dalam keadaan bersedia mood akan jadi okey...
ReplyDeleteBagus la SA, memang elok tido awal supaya bila bangun tu terus rasa segar dan bersemangat.
Delete