Brownie Kedut
Brownies kedut

Semalam mengajar kelas memasak lagi di sekolah Khadeeja. Resipi bulan ni ialah brownies. Kawan aku kongsikan tips untuk buat brownies berkedut kat permukaannya. Memang cantik tau kejadiannya. Brownies ni lembut dan tak padat sangat, aku suka!

Tips nak bagi brownies ni berkedut ialah kena pastikan gula larut dalam adunan. Jadi pagi tadi, lepas cairkan mentega, kiteorang kacau gula dalam mentega cair tu sampai larut. Lepas tu baru sejukkan sekejap dan campur dengan telur. Kalau campur masa tengah panas-panas nanti jadi telur hancur pulak dalam tu.

Yang senangnya pasal resipi ni ialah semua sukatan bahan-bahan utama (tepung gandum, serbuk koko, chocolate chips, gula perang, gula putih dan mentega) ialah 1 cawan.


Resipi Brownie Kedut

Bahan-bahan:

  • 1 cawan - tepung gandum, serbuk koko, chocolate chips, gula perang, gula putih dan mentega
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 biji telur gred A
  • Secubit garam
Cara-cara:
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 165℃.
  2. Cairkan mentega atas api yang perlahan.
  3. Masukkan gula perang dan gula putih, kacau sampai larut. Matikan api dan ketepikan.
  4. Ayak tepung dan serbuk koko bersama. Masukkan garam.
  5. Masukkan telur dan esen vanila ke dalam adunan mentega dan gula. Pukul sampai sebati.
  6. Masukkan tepung dan serbuk koko ke dalam adunan mentega dan kacau sebati. 
  7. Masukkan chocolate chips ke dalam adunan dan gaul sebati lagi. Adunan akan menjadi pekat.
  8. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dialas dengan baking sheet. Taburkan chocolate chips ke atas adunan sebagai hiasan.
  9. Bakar selama 25-30 minit.
Nota kaki: Kalau taknak manis sangat, boleh kurangkan gula perang dan gula putih sebab chocolate chips tu pun dah manis.

18 comments:

  1. Tq share resepi... kmk suka resepi yg simple mcm tok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak? Senang jak ingat sukatan bahan2 sebab semua pakai 1 cawan. Tapi gula ya kmk org kurangkan sebab takut manis gilak, sik bagus juak utk biak2. Tok pun kmk org pukul pakai whisk tangan dengan spatula jak, sik payah pakai mixer pun hehe.

      Delete
  2. Nampak senang, nak suruh Abang @ Kakak try la. Ummi nya nak jadi supervisor je haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, senang sangat buat brownie ni PH. Sebab tu kiteorang pilih resipi ni untuk ajar budak2 kat sekolah anak no. 2 tu hehe

      Delete
  3. Ringkas je bahan-bahannya ya. Pakai cawan pulak tu, mudah. Tinggal rajin ke tak je nak membuat (cakap kat diri sendiri 😄).

    Terima kasih share. Boleh ikut resepi dan cara ni kalau akak rajin buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, senang kan nak ingat sukatan bahan2nya, semuanya satu cawan je 😊

      Delete
  4. alahai..nie kalau makan panas2 mmg sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letak aiskrim vanila kat atas brownie panas2 yumm!

      Delete
  5. suka sgt brownies..dulu selalu buat but sejak dah cut sugar ni, jarang dah buat .
    makan bila jumpa je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita MA, jarang2 makan brownies sebenarnya tapi sebab mengajar budak2 buat brownies so cikgunya pun ngap sekali hehe

      Delete
  6. alhamdulillah, nyumss nyeee! kamek da lamak sik molah brownies..rindukkk

    ReplyDelete
  7. Suka sgt tengok kedut atas brownies tu.. makan lagilah suka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rupa2nya nak bagi ada kedut tu gula kena larutkan dulu. Ni pun belajar dari salah seorang mak yang volunteer mengajar kelas masakan kat sekolah anak saya jugak hehe

      Delete
  8. Nampak senang je..tapi SA x berjodoh dengan baking atau kuih muih...jodoh SA dengan lauk pauk je...hehehe...nanti buatkan plishhhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo.. kita terbalik la SA. Saya bab baking2 ni boleh la masuk bakul angkat sendiri tapi bab lauk pauk ni limited sikit hehe.

      Delete
  9. jujur ckp sy bab2 buat kek ni memang failed. kalau msk lauk no problem 😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita terbalik hehe. Saya bab buat kek ni ok sikit dari memasak.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .