Sambungan dari sini:

Sebaik-baik senja berlabuh, kiteorang bergilir-gilir turun ke sungai untuk ambik wuduk dan solat Maghrib. Sejuk air sungai melegakan sikit rasa panas di siang hari. Sementara tunggu giliran solat, aku pasang ubat nyamuk plug in dekat power station sebab bila senja je, nyamuk pun keluar berpesta. Lepas pasang ubat nyamuk tu baru la aman sikit tak dikacau oleh nyamuk!


Sojuk Riverside
Khemah ni cukup tinggi sebab Suami Terchenta pun boleh solat tanpa tertunduk-tunduk

Lepas solat, Suami Terchenta mula membakar arang untuk aktiviti BBQ.


ayam BBQ
Sayap panggang in progress

Sementara Suami Terchenta membakar ayam, aku pulak masak spaghetti aglio olio. Sebab nak jimatkan ruang dalam kotak, jadi aku cuma bawak spaghetti dan buat 2 jenis pasta berasaskan spaghetti untuk trip camping kali ni (spaghetti bolognese siang tadi dan malam pulak, spaghetti aglio olio). 

Lepas makan malam, anak-anak ada aktiviti sendiri iaitu bakar marshmallow. Dah jadi macam aktiviti wajib camping pulak. Tapi nak bagi anak-anak rasa seronok ikut camping, kiteorang layan je la request dieorang.


Sojuk Riverside
Bakar marshmallow

Sojuk Riverside
Siap bawak biskut - buat s'mores versi dieorang

Akhir sekali, sebelum dapur 'ditutup', aku buat popcorn dalam periuk untuk aktiviti kiteorang yang seterusnya - movie night


popcorn
Buat popcorn untuk movie night

Angry Bird
Syok layan movie Angry Bird kat projektor ni

Selesai menonton movie, kiteorang pun kemas-kemas kat luar khemah dan bawak semua periuk, pinggan dan cawan kotor ke sinki membasuh yang terletak di sebelah ruang mandi. Nasib baik ada bawak pencuci pinggan-mangkuk dari rumah sebab kat sini tak disediakan. Lepas tu aku ikat kemas plastik sampah dan masukkan dalam troli (atas troli ada meja jadi sampah tu tersorok) takut diselongkar oleh monyet malam-malam. Lampu mentol rechargeable kat luar khemah kiteorang pasang supaya monyet tak berani datang dekat.

Alhamdulillah, malam tu cuaca dingin dan syok je tidur. Tingkap kiteorang bukak sepanjang malam supaya tak rasa kedap je dalam khemah (ada jaring jadi tak risau dengan nyamuk). Mula-mula aku tak pakai selimut tapi tengah-tengah malam boleh pulak berebut selimut dengan Suami Terchenta sebab kesejukan! Rasa macam tidur dalam aircond.

Sepanjang malam, cuma bunyi cengkerik je yang kedengaran. Tapi sekali-sekala ada jugak aku terdengar bunyi durian jatuh, sebelum akhirnya dibuai mimpi. 

Bersambung aktiviti esok pagi di entry seterusnya!

26 comments:

  1. wah..seronoknya.... tido bunyi cengkerik2..best tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rasa suasana kat kampung MA. Best sangat.

      Delete
  2. Baru nak cari khemah. Alang-alang beli yg tinggi ye.. saya dah baca semua part taw. Tak sabar nk tunggu esk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiteorang punya khemah ni Payung.com Village M, jauh lebih murah dari brand overseas macam Naturehike dan Blackdog. Tapi puas hati sebab tinggi dan luas kat dalam ni. Asben plan nak preloved khemah ni & beli Village L sebab ada 2 bilik. Kalau berminat nak beli khemah kiteorang, bagitau la ye. Baru pakai 2x jadi condition tiptop 😉

      Delete
  3. Kena bawa icebox la ye, sebab bawa bahan mentah seperti ayam? Sempat layan movie lagi tu. Camne Carneyz buat popcorn? Saya biasa beli yang readymade je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah bawak icebox sebab bawak bahan mentah. Senang je buat popcorn tu Nur. Cairkan mentega, letak minyak sikit lepas tu gaulkan biji jagung. Lepas tu kecikkan sikit api, tu tutup periuk dengan tudungnya dan tunggu popcorn tu meletup2 bawah tudung periuk sampai la dah kurang sikit bunyi meletup tu. Tips saya, jangan letak banyak sangat biji popcorn takut tak cukup ruang nak mengembang.

      Delete
    2. Ooo... gitu. Orait. Tima kasih, Carneyz.

      Delete
  4. wah bestnya ada famili camp begini....anak-anak pasti seronok kerana alami pengalaman yang berbeza semasa cuti sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, sesekali bawak anak-anak merasai pengalaman outdoor memang pengalaman yang takkan dilupakan.

      Delete
  5. belum pernah camping dlm hidup ni. cuma pernah main pondok2 atas pokok masa budak2 dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia lebih kurang macam main pondok2 je Abam Kie hehe.

      Delete
  6. sedapnya marshmallow bakar...kami baru duk study pasal camping tapi khemah pun belum beli hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kene study betul2 sbb takut salah beli rugi pulak. Khemah yang besar dan murah boleh survey dekat Payung.com. Ada jual di Shopee.

      Delete
  7. Miak nektok asal bbq jak mst mok marshmallow bakar ya 😂 menu pun best² jak lok.. complete jak semua brg masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok, acara wajib ya bakar marshmallow. Yalah kenak plan juak trip camping tahun tok sebab dah berbeli barang2 camping sak sik rugi beli 🤭

      Delete
  8. kalau tgk movie wajib ada popcorn. benda lain mcm tak ngam pulak😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai panggung wayang brainwash kita kan, tengok wayang je kena ada popcorn 🤭

      Delete
  9. ada nyamuk x carneyz. seronok tgk org camping tapi mama xberapa berani. suka overthinking huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak nyamuk kat kawasan dusun dan tepi sungai tu. Sebab tu siap2 bawak ubat nyamuk cecair, plug in kat power station. Memang berkesan menghalau nyamuk!

      Delete
  10. Seronok betul anak beranak ni....bestnya dengar bunyi durian gugur..rindunya moment tu..dulu kat kampung masa arwah atuk ada selalu ikut tunggu durian gugur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, arwah atuk SA ada dusun durian ke? Syoknya. Nanti dah kawen SA ajak Dania, Khalaf dgn suami pergi camping seronok oo.

      Delete
  11. Ih seruuuu Kak Carneyz 😍😍👍. Apalagi part yg buat bakar wings, masak popcorn, dan nonton the movie 😄. Dan beruntungnya lagi tak banyak tamu lain yg kemping yaa. Jadi berasa tenang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, terus rasa tempat tu kami yang punya 😂 Itulah acara wajib kami bila pergi camping - BBQ, nonton movie dan anak-anak wajib bakar marshmallow.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .