Sarapan Pagi di Restoran Yarl @ Ampang
Minggu lepas sementara tunggu SPCA dibuka, kiteorang cadang nak singgah sarapan pagi di deretan kedai makan Melayu tapi rupa-rupanya dah takde - kedai-kedai tu dah jadi tempat letak kereta. Memandangkan takde kedai makan Melayu yang lain di situ, jadi kiteorang pun singggah di Restoran Yarl, restoran yang menghidangkan menu asli dari utara Sri Lanka.
|
Restoran Yarl terletak tak jauh dari SPCA |
|
Bahagian dalam kedai |
Belum pernah lagi cuba makanan Sri Lanka, jom tengok apa dalam menu di restoran ni:
|
Makanan Sri Lanka mirip makanan dari bahagian selatan India |
Tak lama lepas kiteorang duduk, terus datang pelayan bawak buku menu dan ambik pesanan. Memang cepat jugak la servis kat sini. Sementara tunggu makanan sampai, aku ralit tengok potret gambar menarik yang tergantung di dinding restoran:
|
Gambar hitam putih seorang lelaki Sri Lanka yang menaiki kereta lembu |
|
Potret-potret wajah orang Sri Lanka |
Tak lama kemudian makanan yang dipesan pun sampai:
|
Anak-anak pesan appam manis (RM5.50) seorang satu |
|
Suami Terchenta memesan yarl thosai yang dihidangkan dengan kari bawang dan tomato, chutney dan sambar (RM6.80) |
|
Aku pilih set idiyappam dihidangkan dengan sambal iddi, sothi dan kari bawang dan tomato (RM9.50) |
|
Suami Terchenta pilih teh tarik (RM3.80) dan aku pulak mencuba Pasum Paal Masala Tea (RM5.60) |
Idiyappam tu rasanya macam putu mayam je. Aku suka kari bawang dan tomato tu, tapi pedas sikit. Sambal iddi tu rasanya dibuat dari kelapa parut. Sothi tu pulak dibuat dari santan kelapa. Pasum Paal Masala Tea pulak rasa kulit kayu manisnya kuat jugak. Kalau korang tak suka minuman berempah, mungkin tak boleh terima rasa teh masala. Tapi aku ok je. Cuma aku lebih prefer teh arab. Anak-anak pulak suka appam manis tu, kat tengah-tengah tu rasanya ialah santan dan gula hangus.
Alhamdulillah kenyang jugak bersarapan di sini walaupun makanannya agak ringkas dan vegetarian. Kalau korang teringin mencuba makanan Sri Lanka, bolehlah singgah di restoran Yarl @ Ampang ni.
Yarl @ Ampang
Alamat: 8, Jalan Kerja Air Lama 1, Ukay Heights, 68000 Ampang, Selangor
Masa Operasi: 8 pagi - 10 malam
Pertama kali tau kewujudan restoran Sri Lanka. Menarik untuk dicuba.
ReplyDeleteCantik unik gambar-gambar hiasan dindingnya.
Memang tertarik dengan gambar2 di dinding sebab memaparkan bangunan, budaya, pesta dan orang-orang di Sri Lanka.
DeleteMenarik menu breakfast dia...lbh kurang mknan India jg...prnah rasa teh masala..mmg kuat rasa rempah..
ReplyDeleteAah kan nohas, makanannya lebih kurang makanan India belah Selatan. Teh masala pun sama jugak rasanya dengan teh masala di kedai makanan India.
Deleterestoran nampak exclusive tapi harga murah-murah je..
ReplyDeleteBetul, kat dalam restoran pun ada aircond. Selesa makan di sini.
DeleteYa, salah satu sebab kiteorang tertarik nak mencuba restoran ni sebab dari luar lagi nampak lawa.
ReplyDeleteDeko foto-foto kat wall dia menarik!
ReplyDeleteDah agak Uncle mesti suka tengok foto-foto kat wall ni hehe
Deletemenarik deco kedai dgn foto2
ReplyDeletemenu pun best
oh pegi spca, ciknur Klinik hawa ampang
Aah ciknur, pegi SPCA adopt kucing baru utk teman Louis
DeleteMenarik!
ReplyDeletePertama kali dengar ada Restoran Sri Lanka.
Nama-nama menunya pun agak berbeza dengan yang kita selalu makan di kedai mamak.
Berbeza sikit tapi ada jugak persamaannya Kak Amie. Macam thosai dan appam tu pun ada jugak di kedai mamak. Idli pun ada jugak di kedai mamak.
Deleteunik plak restoran sri lanka tu...ingatkan mknn menu2 restoran mamak td
ReplyDeleteMungkin serumpun tapi berbeza, macam kita dgn Indonesia. Ada nasi goreng tapi tak sama.
Delete
ReplyDeleteCoba kalau dekat sini. Pasti kusinggahi berang seakali.
buat yang suka jalan-jalan cari makan macam saya, memang peluang yang bagus untuk mencuba masakan dari negara lain.
Deletemenarik ni! sesekali tukar selera dgn masakan sri lanka pula... ada pilihan lain selain resto mamak😁
ReplyDeletesaya teringin nak cuba kari ketam kat sini sebab dengar citer ni menu istimewa dieorang.
Deletesedap tuuu kari ketam... kalau dpt ketam fresh lg fuhhhh👍👍👍
Deleteaduhai, terpaksa la cari weekend ni 🤭
DeleteNampakkk sedap
ReplyDeletesedap jugak, mirip makanan di kedai mamak tapi tak serupa rasanya 😁
DeleteBr pernah juak baca blogger review kedei sri lanka.. bih kurang juak menu mamak tp nama lain nak oo
ReplyDeleteaok, nang serumpun tapi sik sama. giyalah hehe
Deletewah..very nice & deco2 pun cantiks sgt
ReplyDeletemenu pun nampak menyelerakan.. yum yum
kalau suka makanan india boleh la cuba jugak makanan dari sri lanka ni. lebih kurang sama ada thosai dan appam.
DeleteTidak jauh dari eumah makcik saya.
ReplyDeleteOo.. rumah makcik NA dekat Ampang ye
DeleteAkak pun suka deko kat wall tu..aesthetic sangat yang gambar hitam putih tu..
ReplyDeletecantik kan. vibe kat sini nampak eksklusif tapi harga marhaen.
DeleteBaru nak cakap macam putu mayam cuma kuahnya berbeza.. Selau makan dengan manisan.. tiba-tiba teringin pula putu mayam.. kikiki
ReplyDeleteRasa pun macam putu mayam jugak, nama je berbeza.
Delete