Hari Arafah atau Hari Wukuf ialah kemuncak ibadah haji di mana berpuasa pada hari Arafah mempunyai fadhilat yang sangat besar. Diriwayatkan oleh Muslim, daripada Abi Qatadah RA, Rasulullah SAW pernah bersabda, "Puasa pada Hari Arafah dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang."
Disebabkan zon waktu yang berbeza, adakalanya tarikh 9 Zulhijjah berbeza antara di Mekah dan di Malaysia. Tapi bagaimana pula dengan umat Islam di Malaysia?
Menurut pendapat umum ulama, umat Islam di Malaysia sebaik-baiknya berpuasa mengikut tarikh 9 Zulhijjah di Malaysia (bersamaan dengan Rabu 28 Jun 2023).
Niat puasa Hari Arafah:
Sumber Asal : https://www.mysumber.com/niat-puasa-arafah.html |
Sumber: Mysumber.com
Nota kaki: Malam ni dah boleh niat puasa Arafah esok harinya. Semoga dosa-dosa kita diampunkan oleh Allah SWT. Ameen Ya Rabbal Alameen...
Pembetulan: Terima kasih anies sebab mengingatkan cuma umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah haji sahaja yang disunatkan berpuasa pada Hari Arafah. Manakala bagi jamaah haji yang hadir di Arafah, Imam As-Syafi'i dalam kitabnya Al-Mukhtasar dan para pengikutnya menyatakan 'hukumnya mustahab (sunat) baginya untuk tidak berpuasa'.
Itulah baru tahu puasa Arafah untuk Arab Saudi hari ini. Apapun doa juga ketika ini.
ReplyDeleteYa, tak sama hari dengan kita. Semoga doa2 kita dimakbulkan oleh Allah SWT.
Deleteada pembetulan tu... mereka yg berwukuf tak boleh berpuasa... tapi sunat utk mereka yg x mengerjakan haji...
ReplyDeleteoo.. baru tau. Terima kasih betulkan anies.
Deletesama sama ;-)
Deletesalam aidil adha 1444H
Salam Aidiladha anies! 🕌 🕋
DeleteSubuh tadi AG solat subuh di masjid (tidak dinyatakan masjid mana satu). Lepas subuh mereka bertakbir..bila tanya kenapa, kata mereka ikut hukum kita ni dah raya hari ni...(abis nanti kena solat sunat ler)...tak perlu sbb ikut pemerintah raya esok...jemmmm....
ReplyDeleteMungkin sebab ikut fatwa ni: https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-haji-korban/2570-irsyad-al-fatwa-siri-ke-20-kaifiat-dan-waktu-takbir-hari-raya-aidiladha . Tapi kebiasaan kita takbir raya ni pagi raya 😅
DeleteSelamat berpuasa pada yang berpuasa sunat hari ini..
ReplyDeleteSelamat berpuasa..
Delete