Salam Jumaat semua, pejam celik dah hampir sampai ke hujung minggu... Rasa macam cepatnya masa berlalu. 

Sebenarnya aku nak cerita pasal pengalaman naik MRT dari Stesen Titiwangsa buat pertama kali sejak stesen MRT dibuka tahun ni. Tengahari semalam, aku keluar dengan mak ke Sunway Putra (ya, mak aku datang ke KL dan stay di rumah kakak aku sampai minggu depan). Kiteorang pergi makan kat Nando's sebab mak kata dah lama tak makan kat sana.

Lepas makan, kiteorang jalan-jalan sekejap. Sedar-sedar dah pukul 4 petang. Alang-alang kiteorang balik naik LRT, kiteorang decide nak singgah ambik Khadeeja di sekolahnya (tak jauh dari Tasik Titiwangsa). Stesen MRT paling dekat ialah Stesen Hospital Kuala Lumpur. Sebelum ni aku ingat stesen terdekat ialah Stesen Titiwangsa.

Dari stesen LRT Titiwangsa, kiteorang turun ke bawah dan ikut papan tanda menuju ke stesen MRT.


Pintu masuk ke stesen MRT dari stesen LRT Titiwangsa

Sampai kat sini, terus berjalan menuju ke eskalator bawah tanah ni.


Kena turun 2 aras tangga eskalator

Tingginya tangga ni, ada la rasa gayat sikit

Mak kata dia tak berani tengok ke bawah sebab gayat


Memandangkan kiteorang nak ke Tasik Titiwangsa, kena naik tren di Platform 1 (Putrajaya). Takde la jauh sangat pun, cuma satu stesen je sebenarnya.


Mak nak bergambar dalam tren baru

Bila dah sampai di Stesen HKL, kiteorang kena naik eskalator lagi untuk ke pintu keluar.


Harap-harap maintenance eskalator ni tip-top la sebab kalau rosak, mengah jugak nak panjat tangga naik ke atas!

Balik pulak, kiteorang naik tren di Platform 2 (laluan Kwasa Damansara).


MRT menghala ke Kwasa Damansara

Memang impressed dengan kemudahan MRT ni. Stesen luas dan bersih. Cuma eskalator tu tinggi woo! Kalau terjatuh bergolek-golek sampai ke bawah boleh jadi arwah agaknya. Orang gayat kena naik lif atau elakkan pandang ke bawah takut pitam. 

Aku saja usik Khadeeja, lepas ni dah tau camane nak naik MRT dan LRT balik ke rumah boleh la dia balik rumah sendiri. Dia balas, penat nak menapak ke stesen MRT dan dari stesen LRT nak balik ke rumah dalam 700 meter jugak. Biasalah anak bongsu manja sikit. Lagi satu, confirm la bapaknya tak bagi dia balik naik MRT sendiri. Suami Terchenta bab anak-anak ni dia memang over-protective sebab anak perempuan. Takut kena culik katanya. Nampaknya lambat lagi la dieorang boleh berdikari naik pengangkutan awam sendiri. Umur berapa korang bagi anak korang naik pengangkutan awam sendiri? Cuba komen sikit.

22 comments:

  1. Hat ni yang under ground tu kan, kak ana pun tak pernah try lagi laluan putrajaya mrt ni, bila nak cuba entah la hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Kak Ana, yang underground tu. Ni pun pertama kali saya cuba lepas MRT Titiwangsa ni dibukak, kira lambat jugak la nak test nya hehe...

      Delete
  2. belum pernah jalan2 naik MRT ni. padahal dekat rumah sewa tu ada je stesen dia. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Smlm saja2 je cuba sbb stesen Titiwangsa tu satu stesen je dari PWTC. Best jugak senang nak ambik Khadeeja balik dari sekolah kalau hujan takleh bawak motor hehe

      Delete
  3. Bawah tanah ya stesen MRT Titiwangsa.
    Hehe bagus juga jumpa alternatif untuk ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kalau nak drive cuma takut jem dan susah nak letak kereta sebab depan sekolah Khadeeja tu ada SK. Memang area yang jem petang2.

      Delete
  4. Hello june babies hehhehe... wah, bersih ek... bangga jadi rakyat malaysia... Seronok jugak dapat naik tren ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi June babies jugak hehe. Bersih sebab masih baru lagi. Harap kekal bersih dan maintenance pun terjaga ✌🏻

      Delete
  5. belum try lg MRT Putrajaya line...stesen2 MRT mmg canggih, besar...walopun Dr M complain..too big..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perasan jugak mmg byk ruang kosong dalam stesen MRT ni. Tak tau la mungkin ada rancangan nak bukak ruang berniaga ke.

      Delete
  6. Macam pening juga ye, kalau orang tak biasa, nak turun stesen mana, naik stesen mana. Kalau orang biasa guna, mesti dah tahu nak tuju mana. Cantik gambar mak Carneyz dalam MRT baru.
    Anak saya naik pengangkutan awam sendiri bila dah masuk U. Hehe.. dulu, parents bagi saya naik bas, masa sekolah tingkatan 2. Time kita dulu, mana ada LRT. Tapi dulu lain, kan, sekarang lain. Macam bahaya nak bagi anak-anak perempuan naik public transport.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Saya pun ingat dulu masa tingkatan 1 bila ada aktiviti ko-kurikulum kat sekolah, balik tu saya kena naik bas awam. Tu pun kena turun kat pekan tukar bas nak ke rumah. Sekarang tak berani nak bagi anak naik public transport sendiri sebab takut dgn kes budak-budak hilang / kena r*g*l. Nauzubillah.

      Delete
  7. Gayat rasanya kalau naik eskalator yang tinggi-tinggi. Memang tak boleh toleh bawah kalau sedang naik ke atas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau turun lagi gayat Kak Amie. Baik cari lif je untuk turun ke bawah.

      Delete
  8. lamanya mama tak naik lrt terasa nak pergi kl naik lrt laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom2 mama. Ronda2 KL naik LRT, MRT, monorel semua sekali lah!

      Delete
  9. Argh!! seramnya tengok tangga tinggi camtu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak saya pun gayat jugak, dia kena tengok ke belakang atau tengok kaki je masa turun eskalator yang tinggi ni. Memang tinggi betul eskalator kat sini.

      Delete
  10. nanti tru eskalator stesen bkt bintang... tu laaaagiiii tinggi... katanya paling tinggi di malysia😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. tadi baru naik mrt kt bkt bintang. Tak perasan pulak ada eskalator yg tinggi. Paling tinggi setakat ni di stesen pasar seni. Yang tu seriau jugak nak tengok bawah!

      Delete
  11. Cantik sekali pengelolaan MRT disana, Mbak. Ruangan-ruangan menuju ke stasiun MRT demikian rapi dan bersih. Sangat nyaman. Dan ruang di gerbong MRT demikian bersih dan pastinya nyaman berada dalam gerbong.
    Salut dengan penataannya yang sangat baik.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah Pak Asa, kemudahan masih baru lagi. Harap2 akan bersih dan terjaga sampai bila2.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .