Salam Isnin semua! Macamana weekend korang semua? Weekend aku best sebab dapat berkumpul dengan kawan-kawan lama di JB tapi mak aii, penatnyaaa lepas sampai rumah! Respek dengan Kak Ujie boleh tahan travelling lama-lama, aku ni pulak baru KL-JB-KL dah pengsan bila sampai rumah, padahal bukan aku yang drive pun! Faktor penuaan agaknya ye huhu...

Anyway, banyak benda yang aku nak ceritakan tentang aktiviti weekend ni tapi sebab badan masih penat jadi otak pun jammed nak menulis. Bila otak jammed, aku perlukan sesuatu untuk mengalih perhatian dan minda aku. Jadi bila aku jumpa permainan-permainan menarik di laman web Money Games, apa lagi aku pun terus explore dan terus tersangkut bermain permainan kesukaan sampai terus terlupa nak menulis blog! 😂 Lagi-lagi permainan kat sini bebas dari iklan yang mengganggu masa kita tengah bermain, memang syok la main sampai puas hati hihi...

Yang menariknya permainan-permainan online di Money Games ni mengasah minda kita untuk berfikir strategi, kemahiran mencongak (mengira dalam otak) dan ada jugak permainan yang memberi info yang mungkin kita tak tau sebelum ni. Permainan-permainan ni bukan setakat sesuai untuk anak-anak kita mengasah minda (terutama permainan berasaskan kemahiran matematik), malah untuk orang dewasa macam aku ni pun agak mencabar jugak!

Senarai 5 permainan-permainan online Money Games yang menarik minat aku (dari tempat ke-bawah) ialah:


5. Wind and Solar


Wind and Solar
Wind and Solar

Sasaran permainan Wind and Solar ni ialah menjana sebanyak mungkin tenaga elektrik dari sumber angin dan cahaya matahari (solar). Sambil-sambil tu kena elak dari awan mendung sebab nanti tak dapat tangkap cahaya matahari. Bila angin bertukar aras dari atas ke bawah, jenuh la nak tinggikan / rendahkan kincir angin tu sebab nak pastikan kincir tu sentiasa berputar dan menghasilkan tenaga elektrik. Permainan ni sebenarnya tak memerlukan banyak sangat berfikir, jadi sesuai la untuk merehatkan minda (mind break) sambil-sambil berfikir tentang entry blog apa lagi yang nak ditulis 🤣.


4. Twin the Bin


Twin the Bin
Twin the Bin - kena asing dan sisihkan bahan kitar semula ikut kategori

Satu lagi permainan yang tak memerlukan kemahiran berfikir yang tinggi ialah Twin the Bin, cuma kena fikir cara mengasingkan sampah ikut kategori. Kena pantas sambut sampah-sampah yang jatuh dari conveyer belt kat atas tu, tapi kena pastikan kutip sampah ikut kategori yang disuruh je. Contohnya arahan kena kutip bahan kitar semula dari kategori kaca, jadi kena elakkan dari kutip bahan-bahan selain kaca contohnya plastik, surat khabar atau sisa makanan.


3. Sort the Trash


Setiap kali tersilap masukkan kategori sampah berbeza, akan keluar tips kitar semula yang berguna untuk pengetahuan am kita

Permainan ni lebih kurang sama dengan Twin the Bin, cuma yang best nya kita boleh belajar tips-tips kitar semula yang mungkin kita tak pernah terfikir sebelum ni. Jadi secara tak langsung, kita boleh improve cara-cara mengasingkan sampah untuk dikitar semula. Memang mesra alam betul permainan Sort the Trash ni!


2. Supermarket Numbers


Permainan yang mengasah kemahiran mencongak dan kemahiran mengira (tambah, tolak, darab dan bahagi)

Kalau korang suka nombor, permainan Supermarket Numbers ni sangat menarik dan boleh mengasah kemahiran asas matematik korang. Permainan ni ala-ala Tetris tapi instead of susun blok untuk isi ruang kosong, korang kena pilih blok yang bila ditambah/ditolak/didarab/dibahagikan, hasilnya akan sama dengan nombor sasaran. Yang bikin lebih mencabar ialah korang kena complete setiap level dalam masa yang ditetapkan jadi kena pantas berfikir dan mengira! Kadang-kadang stress sikit main permainan ni bila nombor yang jatuh tu terlampau besar / kecik / tak sesuai untuk dapatkan nombor sasaran tapi masa tinggal beberapa saat je lagi hehe.


1. BBQ Roast


BBQ Roast
BBQ Roast ni nampak je senang tapi mencabar jugak!

Permainan paling aku suka dan boleh menyebabkan aku leka berjam-jam pada waktu lapang ialah BBQ Roast. Sasaran permainan ni ialah kena susun setiap jenis sayur / protein ni jadi set of 3 items. Contohnya, kena susun 3 ketul cendawan berturut-turut. Bila berjaya susun set, benda ni akan berubah bentuk jadi jenis yang lain. Ultimately, sayur / protein ni akan berubah jadi meatball. Permainan ni akan tamat bila berjaya menukarkan set sayur / protein menjadi meatball. Nampak senang tapiiiiii bila percayalah, banyak kali aku kena repeat level sebab dah sampai ke hujung lidi tu tapi tak dapat jugak nak susun jadi satu set yang aku nak. Dah la aku ni ada satu pe'el yang orang Sarawak gelar 'itok' (selagi tak dapat apa yang dikehendaki, selagi tu tak boleh move on 😂). Jadi aku end up repeat permainan berulang-ulang kali sampai aku berjaya dapat meatball.

Sebenarnya ada banyaaaakkkk lagi permainan menarik di laman web Money Games ni sampai aku tak ter explore. Sesambil korang bosan / ketandusan idea nak menulis blog, apa kata korang explore permainan-permainan online di Money Games ni. Jangan 'tersangkut' sampai lupa nak update blog sudah!

14 comments:

  1. Wahh... layan game... kmk kekadang layap ajak nangga anak kmk main tp dikpun nk main tok jarang... weekend kmk marathon dgn master kim ajak.. ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok, mun kering gilak idea menulis kenak layan game dolok haha

      Delete
  2. Tq kongsi info tentang permainan online ini.
    Dulu-dulu kalau boring memang suka layan permainan online.
    Sekarang kena cari masa untuk bermain!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, bila2 masa renggang boleh la Kak Amie main, yang penting tugas hakiki dah disiapkan dulu. Permainan online ni tak kemana, tetap je ada kat Internet hehe.

      Delete
  3. Best game di sitok. Kmk kekadang mun bosan ada juak termain. 🤭

    ReplyDelete
  4. Permainan yang bagus ni, leka mengasah minda…takpe kot 😀

    Sebelum ni balik travel memang biasa akak rasa letih lesu. Perlu sehari lepak rehatkan badan. Alhamdulillah sejak amalkan supplement fish oil sejak tahun lepas, nampak macam beri tenaga pulak. Padahal makan untuk tujuan lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ujie ambik supplement fish oil jenama apa? Mana tau boleh try jugak ni 😊

      Delete
  5. henpon uncle ni cap ayam.... ada try main game, terus panas... geram betu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, susah pulak tu. Takpe la uncle teruskan ambik gambar je hehe

      Delete
  6. menariknya, mama mmg suka game yg simple tapi buat kita berfikir macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik permainan di sini mama. Kalau anak lemah asas tambah dan tolak boleh latih dengan bermain games kat sini.

      Delete
  7. kalau sy install ni habis.laa sy x buat keje😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Game ni takyah install anies, sbb online games kan hihi. Tapi betul, jangan bukak website ni hari bekerja. Weekend boleh la, mmg addicted dibuatnya 😜

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .