Sebenarnya dah lama aku tak menginap di hotel selain hotel-hotel bawah jenama Marriott Bonvoy (sebab nak kena kumpul Elite Nights dan kekalkan status Silver Elite setiap tahun), jadi bila wedding Nas dan Ariff ni buat dekat Hotel Thistle JB, ni peluang untuk aku merasa duduk di hotel selain hotel Marriott Bonvoy.

Dari luar bangunan hotel ni memang nampak gah dan unik sebab sedikit melengkung. Hotel Thistle JB terletak di tengah-tengah pusat bandaraya dan sangat mudah diakses dari pelbagai destinasi popular di sekitar bandar JB (lokasi hotel 30 minit je dari Singapura sebab tu ramai orang Singapura yang suka menginap di hotel ni). Hotel ni dilengkapi dengan dewan yang besar, kolam renang dan kemudahan tempat kereta bawah tanah yang luas. Dari segi star rating, aku tengok berbeza-beza - ada yang bagi 4 bintang dan ada yang bagi 5 bintang. Kalau dibandingkan pengalaman aku menetap di hotel-hotel lain, aku boleh katakan hotel ni 4 bintang. Kenapa aku cakap 4 bintang je ye? Nanti aku explain.


Hotel Thistle JB
Bangunan Hotel Thistle Johor Bahru dari luar

First impression aku, pintu masuk utama ke lobi agak grand macam hotel mewah. Tapi bila kiteorang sampai, takde staff yang tolong keluarkan luggage jadi kenalah buat sendiri. Berbeza kalau aku pergi ke hotel Marriott Bonvoy atau hotel 5 bintang yang lain, akan ada staff yang tunggu di luar lobi untuk tolong tetamu keluarkan beg dari kereta dan simpan atas troli beg untuk dihantar ke bilik.


Hotel Thistle JB
Pintu masuk utama ke lobi hotel

Melangkah masuk ke lobi, aku terus nampak kaunter pendaftaran. Cuma yang kelirunya takde signage yang barisan tu untuk daftar masuk / daftar keluar. Ramai jugak yang baru datang dan terus bertanya barisan yang mana untuk daftar masuk. Masa pendaftaran pun agak panjang. Tapi bila aku sampai kat kaunter dan bagi nombor tempahan di Agoda.com, dalam 5 minit je dah dapat kunci bilik. Jadi tak pasti apa yang menyebabkan proses menunggu tu lama sangat. Dari segi layanan, kakitangan di kaunter pendaftaran masa tu agak kurang mesra mungkin sebab terlalu sibuk dengan barisan tetamu menunggu untuk daftar masuk yang agak ramai. Tapi Kak Siti kata masa dieorang daftar masuk, dieorang dapat layanan mesra pulak. Jadi tahap perkhidmatan tak konsisten macam di hotel 5 bintang.


Hotel Thistle JB
Kaunter daftar masuk tetamu

Kiteorang ambik bilik Deluxe Twin Room (rate semalam RM279++). Biliknya luas dan selesa, dilengkapi dengan TV LCD, bathtub dan WiFi percuma. Kemudahan lain macam seterika, ironing board, cerek elektrik dan minuman (kopi, teh dan air botol) pun disediakan. Sayangnya, fungsi steam seterika dalam bilik kiteorang rosak sebab tangki airnya bocor dan air menitis-nitis keluar. Ironing board pulak ada paku di tengah-tengah, terpaksa pakai separuh ironing board je untuk seterika sebab takut baju koyak. Pihak housekeeping kena sentiasa check kemudahan dalam bilik ni dan gantikan dengan yang baru kalau ada kerosakan untuk keselesaan tetamu hotel.


Deluxe Twin Room Thistle JB
Bilik deluxe twin room (katil berkembar)

Dalam bilik air pulak disediakan berus gigi, syampu, conditioner, shower gel, sabun dan tuala untuk 2 orang. Tapi satu je slack - takde alas kaki. Jadi kalau nak keluar dari bathtub, kena berhati-hati sebab lantai licin.


Deluxe Twin Room Thistle JB
Ruang dalam bathtub yang luas

Deluxe Twin Room Thistle JB
Peralatan mandi yang disediakan

Deluxe Twin Room Thistle JB
Peralatan mandi yang disediakan

Keseluruhannya aku puas hati dengan tahap kebersihan dan keselesaan bilik walaupun ada beberapa kelemahan macam yang aku ceritakan tadi. Lagi satu, kiteorang rasa aircond dalam bilik hotel tak cukup sejuk atau lambat sejuk (bukan bilik kiteorang je, bilik Kak Siti/Che Mat dan Amat pun sama). Macam bilik kiteorang aku dah set aircond temperature paling sejuk tapi malam tu aku tidur tak pakai selimut sebab tak rasa sejuk aircond tu. Cuma bila dah awal-awal pagi baru rasa sejuk sikit.

OK jom kita tengok pulak sarapan di Hotel Thistle JB ni. Bagi tetamu yang nak bersarapan di hotel, sarapan bufet disediakan di restoran Glass yang terletak di aras LG dari lobi hotel dan berdepan dengan kolam renang. Masa kiteorang pergi ni (Jun 2023), harga bufet ialah RM38 sekepala. Sangat murah bagi hotel 4 bintang.


hotel buffet Thistle JB
Untuk ke restoran Glass, kena turun tangga dari lobi

Seating area luas dan kalau tingkat bawah dah penuh, tetamu boleh pilih untuk duduk di tingkat atas. Cuma leceh sikit la kena naik tangga sambil bawak makanan. Satu lagi aku rasa slack sikit takde lif nak turun ke bawah, jadi kalau nak bawak orang tua yang berkerusi roda makan kat sini, rasanya susah sikit unless ada akses untuk kerusi roda yang aku tak tau la.


hotel buffet Thistle JB
Restoran ni berdepan dengan kolam renang

Dari segi variety makanan, ada banyak pilihan di hotel ni contohnya nasi goreng, mi goreng, nasi lemak, sosej, kari ayam, egg station, bread station, cereal station, porridge and noodle station, salad station dan roti canai. Dari segi rasa, sebenarnya bagi aku biasa-biasa je la tapi ada jugak menu yang aku suka contohnya bubur nasi berlauk. Pilihan kopi dan teh pun banyak di sini. Untuk harga RM38 sekepala, bagi aku berbaloi la bersarapan kat sini.


hotel buffet Thistle JB
Antara makanan sarapan bufet di Hotel Thistle JB

Bagi aku, penginapan di Hotel Thistle JB ni ialah value for money dengan harga bilik yang aku bayar tu. Yang penting bilik bersih, tilam dan bantal selesa dan kemudahan dalam bilik lengkap dan berfungsi. Kalau nak staycation pun boleh sebab dalam bilik ada bathtub boleh la anak-anak mandi sepuas-puas hati dalam bilik atau di kolam renang. 

Overall, aku bagi rating 8/10.

Tapi kalau nak pengalaman 5 bintang masa staycation, pilihan aku setakat ni masih lagi hotel di bawah jenama Marriott Bonvoy. Korang pulak suka duduk hotel apa?

18 comments:

  1. Tu dia pakar review hotel menulis.. kmk suka baca review ktk ttg hotel.. nang membantu mun org search di google

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, terima kasih berik feedback 🥰 tok nang honest review sbb review sik berbayar hehe.

      Delete
  2. Bilik nampak luas ye...
    Pilihan hotel kitorg depends on the purposes of the visit; kalau sekadar nak bermalam budget hotel pun ok, tapi kalau nak bercuti mmg akan pilih betul2 supaya x spoil mood :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, kalau setakat nak bermalam lain kriterianya, kalau nak staycation, lain pulak. Tapi dua-dua mesti bersih, ada aircond dan ada hot shower. Ni kira basic criteria utk semua purpose hehe

      Delete
  3. pernah menginap sekali kat sini.. sempat la berswimming pool.. cuma x makan sini.. makan kat luar.. cari makanan best kat jb.. thehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, bila turun ke JB rugi tak cari makanan best kat sana. Adoi... hari tu tak sempat pulak nak food hunting di JB. Next trip la.

      Delete
  4. Haaa..kan pakar hotel dah bersuara...SA kalau pi JB suka stay kat GBW...pernah satu hotel dengan Ako Retna tapi x berjumpa...selisih2 je kitorang awal tahun ari tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo lain kali singgah JB boleh la kot try GBW tu.

      Delete
  5. Setakat ini saya lebih banyak duduk homestay sebab menginap beramai-ramai dengan anak-anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau beramai-ramai memang lebih murah ambik homestay atau airbnb.

      Delete
  6. rasanya dulu wak penah datang sini psl dinner ke family day, dulu thistle ni dikenali sbg Grand Hyatt JB kalo x silap lah., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru tau dulunya dikenali sebagai Grand Hyatt JB.

      Delete
  7. seriau sy kalau ironing board ada benda tajam... eee...

    saya rasa kan kebanyakan bilik hotel mmg tak de alas kaki laa... selalu sy guna tuala yg kecik tu jd alas kaki. mmg x selesa kelyar blk air dlm keadaan kaki basah...mungkin sbb dah terbiasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau la, sebab biasa duduk hotel bawah jenama Marriott Bonvoy. Semua lengkap dalam bilik. Pakai towel kecik macam tak kena sebab biasanya orang buat untuk lap muka huhu...

      Delete
  8. Saya juga lebih suka hotel2 under Marriot bonvoy, Accor group, karena biasanya standard mereka sama internationally.

    Cuma terkadang kalo sedang pengin stay di hotel unik, atau yg sepertinya bagus, barulah sesekali pilih menginap di sana

    Kalo lihat dari foto kakak, sepertinya bagus memang thistle hotel ini. Tapi jujur ya setelah baca AC hotel ini tak dingin, langsung tak ingin stay kak 😅. Soalnya saya tak kuat panas benar2, jadi kalo AC ga dingin, dah lah blacklist langsung bisanya 🤣😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, saya pun fikir mesti fanny taknak stay di sini sebab AC nya tak sejuk 😅

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .