Sunday, June 18, 2023
Malaysia Airlines Bakal Menamatkan Kontrak Katering Dengan Brahim's Holdings Berhad
Makanan yang disajikan dalam penerbangan MAS KUL-KCH |
Ada desas-desus mengatakan Malaysia Airlines (MAS) bakal menamatkan kontrak katering dengan Brahim's Holdings Berhad menerusi Brahim's Airline Catering Sdn. Bhd. (BAC) yang telah terjalin selama lebih dari 25 tahun, menurut New Straits Times.
Malaysia Aviation Group (MAG), syarikat induk Malaysia Airlines dikhabarkan akan mengendalikan sendiri perkhidmatan katering dalam penerbangan bagi syarikat penerbangan nasional itu menerusi unit dalaman mereka, MAS Awana.
Kemelut antara MAG dan BAC berpunca daripada klausa penamatan kontrak dalam kontrak baru yang sepatutnya ditandatangani kedua-dua syarikat. Ini mengakibatkan BAC menghantar surat kepada MAG memaklumkan bahawa BAC tidak berminat memperbaharui kontrak apabila kontrak sedia ada tamat.
Pengarah Urusan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail memberitahu NST bahawa MAG bercadang melaburkan rizab tunai syarikat untuk memindahkan sebahagian perkhidmatan kepada dalaman (in-house) dan melantik vendor pihak ketiga yang baru. Keputusan ini dibuat kerana MAS merasakan reputasi mereka terjejas akibat prestasi pembekal perkhidmatan mereka yang tidak memuaskan.
Sumber: NST
Nota kaki:
Dah tiba masanya MAS buat sesuatu tentang in-flight meals yang saban tahun makin merosot. Sampai Chef Wan pun pernah kritik nasi lemak MAS tak melambangkan langsung identiti makanan kebangsaan kita yang sepatutnya dibanggakan. Aku setuju dengan komen Chef Wan (baca komen aku di sini), 20 tahun dulu aku suka makanan dalam penerbangan MAS tapi sekarang aku tengok pun tak berselera. Satu je makanan yang aku suka dalam MAS - kacang tanah dalam peket kecik tu hehe.
MAS sepatutnya mencontohi syarikat penerbangan antarabangsa yang lain yang terkenal dengan inovasi dan inisiatif dalam menampilkan pengalaman kulinari terbaik dalam penerbangan mereka. Antaranya ialah Singapore Airlines, Qatar Airways, Emirates, ANA (All Nippon Airways) dan Etihad Airways.
Harapnya lepas ni MAS muncul dengan menu dalam penerbangan yang lebih sedap dan setanding dengan syarikat penerbangan luar negara yang lain. Sebagai syarikat penerbangan negara (national air carrier) yang membawa imej Malaysia di mata dunia, MAS semestinya bertanggungjawab menyajikan makanan Malaysia yang terbaik dalam penerbangan yang mampu menarik minat orang dari luar negara untuk datang ke Malaysia semata-mata menikmati makanan di Malaysia yang terkenal sebagai syurga makanan.
Perlu juga ada pembaharuan supaya kekal relevan dengan keadaan semasa yang sangat kompetitif sekarang ini
ReplyDeleteBetul setuju sangat. Dah lama sebenarnya perlu pembaharuan.
DeleteDah lama tak naik kapalterbang MAS. Kapalterbang lain pun dah lama tak naik. Tapi, setiap kali naik flight, paling tak sabar menikmati hidangan yg disajikan. Semoga ada penyelesaian yang pastinya utk kepuasan penumpang.
ReplyDeleteMasih ingat dulu masa zaman student saya teruja naik flight MAS sebab makanannya sedap2. Sekarang kalau naik flight saya lebih tak sabar nak menikmati hidangan makanan AirAsia walaupun kena beli.
DeletePertama kali naik MAS pada tahun 1992. Makanannya sedap-sedap dan pelbagai.
ReplyDeleteLebih 30 tahun kami naik MAS, memang sentiasa ikuti perkembangannya. Betul kata Chef Wan, yang pernah sebut nasi lemak telanjang! Kami pun pernah rasa, nasi lemak hanya dihidang dengan sambal udang sahaja, tanpa timun, telur dan kacang tanah atau ikan bilis. Sayang kan, itu makanan tradisi kita. MAS patut jaga hidangannya, kerana itu lambang budaya negara dan MAS merupakan duta perkenalkan makanan negara kita kepada penumpang negara lain.
Semoga selepas dapat kontrak baharu, reputasi MAS terutama di bahagian pemakanan bertambah baik.
Ya betul Kak Amie. Saya pun pernah menikmati nasi lemak MAS yang telanjang tu. Sayang kan, dulu2 sedap menu dalam penerbangan MAS. Harap2 lepas ni ada penambahbaikan dari segi kualiti makanan MAS.
DeleteNang jak eh x excited ada jak nk mkn mun makei mas... kmk merati jak muka anak kmk x selera nangga mknn... mun AA sidak paling suka nasik lemak pak nassir... nang nyaman dpd nasik lemak mas yg makei payak kecik ya... mun mas awana nyaman dak pastrinya
ReplyDeleteYalah tek, dah la nait mas ya bukan murah tiketnya tapi bila dapat makanan rasa hmm... nyaman gik makanan dijual dalam flight AA 😅
DeleteSaya pun ada baca, tentang hal ni. Baru tahu, kualiti makanan merosot ye. Saya tak pernah merasa makanan dalam penerbangan. Tapi saya pernah beli perencah Brahim's. Dulu memang berpatutan dan sedap. Sekarang, harga perencah dia memang mahal. Tak beli dah. Banyak lagi pilihan lain, yang harga lebih berpatutan.
ReplyDeleteMakanan dalam flight MAS tak sama langsung dengan makanan instant Brahim's tu hehe.
Deleteharap penerbangan kita hujung tahun ni, menu dah sedap2 la hehehe
ReplyDeleteHehe, nak pegi mana tu? 👀
Deletebalik 'kampung' nun jauh tu hehehe
Deleteoo.. jumpa oppa ye hehe..
DeleteJarang naik MH...tapi masa pi Vietnam beberapa tahun lepas memang perasan yang makanan MH x best...haha
ReplyDeleteDah bertahun-tahun makanan MAS makin merosot. Kalau orang Sarawak kata, 'semadi nadai' (asal ada je).
DeleteSemoga akan adaperubahan dan penambahbaikkan.. Dah masanya MAS tampilkan makanan yang melambangkan identiti Malaysia..
ReplyDeleteSetuju!
Deleteagaknya BAC dah terlalu selesa sbb dah lama bekerjasama dgn MAS. tp bagus jg langkah ni. beri peluang kpd pihak lain pula bekerjasama. seigt sy cuma 3 kali je kot sy naik MAS. so x berapa nk igt mcm mn menu diorg...
ReplyDeleteBAC kata tak dapat bagi kualiti terbaik sbb margin untung tu sikit sangat. Tapi apapun memang patut ada pembaharuan dan persaingan terbuka supaya kualiti sentiasa terjaga
Deletesudah 25 tahun kalau tak ada perubahan eloklah dinaik tarafkan.. chef wan kalau komen memang deep dan betul
ReplyDeleteSebab MAS ni bawak imej Malaysia, jadi makanan yg dihidangkan mestilah yang terbaik.
Delete