Dah lama tak singgah makan di Old Town White Coffee. Semalam lepas teman adik sign SPA di pejabat lawyer sebelah SOGO, dia ajak makan di Old Town kat bawah pejabat lawyer ni. Katanya teringin nak makan mi kari.


Old Town White Coffee
First time pergi outlet Old Town kat sebelah SOGO ni

Old Town White Coffee
Masa kiteorang pergi ni dah pukul 1 lebih, mungkin crowd kurang sebab orang tak balik dari solat jumaat lagi

Kat sini order kena scan kod QR. Lepas pilih makanan yang kita nak, boleh terus buat online payment atau pilih bayar di kaunter.

Aku pilih kari ayam (RM8.80) dan nasi (RM2.50). Adik pulak pilih mi kari (RM17+). Lupa pulak mak pilih apa sebab time ni aku dah lapar giler haha. Sementara tunggu kari ayam sampai, aku pesan roti bakar. Betul la orang cakap roti bakar kat sini dah kureng tak macam dulu. Minuman pulak aku dan adik pilih air soya sejuk (RM7) dan mak pilih kopi latte. Mahal betul harga air soya kat sini.


roti bakar
Nipis je roti bakar sekarang, mentega kat dalam tu pun dah tak setebal macam dulu

kari ayam Old Town White Coffee
Nasi dan kari ayam

Mi kari Old Town White Coffee
Mi kari

Bagi aku not bad la makanan kat sini. Cuma kari tu aku rasa macam kurang santan. Ke kari kapitan memang takde santan? Entah la. Baru tau Old Town ada jual jugak pes masakan sendiri kot-kot teringin nak buat sendiri mi kari kat rumah. 

18 comments:

  1. Nampak premium dan luas OTWC ni... yang lain sempit2 je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab outlet ni bawah bangunan pejabat kot, sbb tu dia buat luas sikit

      Delete
  2. dulu hampir saban mggu sy ke OWTC ni. sbb sblh je dgn opis lama. plg suka roti butter dgn kopi. harga pun murah lg. lps pkp ada laa kot sekali dua sy sggh.

    betul roti dia dah x mcm dulu. harga pn dah mahal😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Macam tak berapa berbaloi nak order roti bakar kat OTWC sbb nipis harga pulak mahal.

      Delete
  3. Nampak cantik dekorasinya...
    About food x leh komen, tak pernah masuk OTWC ni 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, deko yang klasik macam masuk kopitiam di Melaka / Penang.

      Delete
  4. Tak pernah pula cuba roti bakar bila makan di oldtown.
    Tapi mee kari dia, sedap, bagi saya, kuah pekat.
    Besar dan luas nampak cawangan oldtown yang Carneyz pergi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur sama dgn adik saya, suka mi kari kat sini.

      Delete
  5. biasalah bila tukar tukang masak atau pengurusan, rasa makanan akan lari rasa sedikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. OTWC ni bertukar pengurusan ke Abam Kie? Sebab selalu jugak baca pengalaman di outlet lain pun sama jugak komplen pasal roti bakar yang semakin nipis dan kurang intinya.

      Delete
  6. Haah..betul la..nampak luas outlet ni...tak tau la kebanyakkan cafe guna roti yang nipis..dan nipis juga mentega serta kayanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jimat kos agaknya. Kalau roti makin nipis tapi harga sama kita faham jugak, jangan roti, kaya & mentega nipis tapi harga makin naik. Itu yang tak faham.

      Delete
  7. Lamak x mkn sitok... kmk suka hor fun mee nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum tok kmk suka roti bakar sitok tapi kinek tok dah x berapa gik. Nok lain2 ya sik berapa minat gilak hehe

      Delete
  8. lama tak makan kat oldtown. mama suka asam laksa dan roti bakat serta kopi

    ReplyDelete
    Replies
    1. asam laksa dia boleh tahan pekat kuahnya dan sedap jugak. Roti bakar tu feveret saya kalau ke sini tapi tu la makin nipis dah sekarang, inti pun makin kurang.

      Delete
  9. aku tidak ingat pasti, dulu waktu ke Penang,sepertinya pernah masuk ke cafe old town white coffee, yang aku ingat ada kata-kata old townnya hahaha
    Menu nasi kari ayamnya terlihat enak, jadi ingin juga ini, entah kenapa kalau menu makan di Malaysia menurutku ada bedanya dengan di Indonesia. Bumbu rempahnya lebih terasa sepertinya kalau di Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada kata-kata old town tu tak ada yang lain, mestinya old town white coffee hehe.

      Kari ayamnya boleh tahan enak, cuma bagi saya sepertinya kurang lemak mungkin sebab dimasak cara kapitan. Saya belum pernah merasai makanan di Indonesia itu sendiri, tapi makanan Indonesia di Malaysia ada. Jadi tak bisa membuat perbandingan rasa. Tunggu saya ada rezeki pergi ke Indonesia baru boleh menulis perbandingan rasa 🤭

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .