Sebenarnya ada berita duka 4 hari lepas. Baru 2 hari datang ke rumah kiteorang, Kiyomi dah takde. Sedih sangat 😢. Tapi aku anggap dah sampai ajalnya, setakat tu je la masa Kiyomi dengan kiteorang.

Jadi sekarang ni tinggal 2 ekor kucing kiteorang - Louis dan Kirra.

Sejak Kiyomi takde, Kirra agak murung. Tapi hari ni dia mula menunjukkan aksi-aksi manja dengan Louis. Mungkin Kirra anggap Louis je la tempat bermanja sekarang dan takde kakaknya... Dengan kiteorang dia masih takut-takut lagi, asal nampak kiteorang berdiri dekat beranda dia akan lari menyorok dekat sudut dinding. Tapi kalau ada Louis, dia berani sikit. Semalam aku cuba belai Kirra, end up kena cakar habis tangan berdarah-darah. Tajam betul kuku si Kirra ni. Takpelah, kena bagi masa lagi untuk Kirra rasa selamat dan biasa dengan kiteorang.


Cat
Kalau kiteorang datang tegur dia, dia palingkan badan dan muka ke dinding buat-buat tak nampak. Comel pun ya, kelakar pun ya jugak.

Masalahnya kenzzz.... anak bujang seekor tu rimas setiap kali Kirra datang bermanja. Sekali tu, dipijaknya kepala si Kirra sebab Kirra asyik gesel-gesel dekat muka Louis. Agaknya kalau Louis boleh bercakap, dia akan bagitau, 'Ko ni kan, aku pijak-pijak karang baru ko tau! Rimas tau?' 😅

Bila dia buli Kirra je kiteorang akan tegur dia dengan suara tinggi sikit, 'Louis! Jangan buli adik!'

Sampai Louis serba-salah. Kalau usik Kirra kena marah. Tak usik, rimas pulak. Tengok la perangai Louis dalam video ni:



Louis (alamak, mommy tengah perhati aku ni): Eh, aku gigit kau ke tadi? Sorry, meh sini aku jilat...' 😂

Peribahasa 'alim-alim kucing' - pura-pura baik. Macam Louis la. Depan mommy dan bapak tak berani nak pijak Kirra, bila palingkan muka digigit dan dipijaknya si adik tu. Kesian Kirra!

24 comments:

  1. Banyak sangat kucing susah juga kerana populasi kucing sangat cepat dan pantas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kebaikan ambik kucing dari rumah perlindungan haiwan sebab biasanya kucing di sana sudah dikasikan / dimandulkan.

      Delete
  2. Louis..louis..takpe..mula2 rimas..nanti datang sayang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 gitu la... kesian dengan Kirra nak bermanja tapi kena smackdown huhu

      Delete
  3. alaaa siannyaaaa kiyomi... dia mmg x de apa2 penyakit kan sblm pindah ke tempat baru?

    amboiiiii louis... kan dah pesan jgn jd abam kawasan...😁😁 biasaaaaa dia tuh😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ditakdirkan macam tu... huhu...

      Louis baik sebenarnya, tapi tula si Kirra tu clingy sangat. Tercabar jugak kesabaran Louis dengan sikap clingy Kirra ni hehe

      Delete
  4. bila dh dikasi selamat lah sikit.. ajal dh sampai redha jelah

    ReplyDelete
  5. aduhai sedihnya...harap abg louis syg la adik kirra sian dia..jangan jd macam amber dah 4tahun masih belum boleh terima daisy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, berat tu... 4 tahun masih tak boleh terima ye? 😅

      Delete
  6. sama mcm locky dgn lily dekat rumah. sekejap baik berjilat-jilat, sekejap gaduh 1 rumah berantakan. bnyk betul drama yg menceriakan hati tgk berdua tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah tunggu si Kirra ni besar boleh gaduh balik dengan Louis. Kirra kecik lagi, tu yang senang2 je Louis pijak kepala dia 🫣

      Delete
  7. Replies
    1. Hehe, Louis nak jadi influencer tu Uncle. TQ sapot dia 😆

      Delete
  8. Hahahahahah louiiiis, itu adek loh, disayang , jangan dipukul 🤣. Gemaaaas sangat liat Louis dan kirra nih. Tapi memang di awal2 kadang suka ribut dulu mereka kak. Nanti lama2 jadi akrab 😄. Apalagi mereka cuma berdua. Semoga sehat selalu Louis dan kirra 😍😍🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin jugak kan, fasa awal2 ni gaduh bercakaran dulu. Tapi Louis kadang2 nampak prihatin jugak sama Kirra. Pernah sekali Kirra terlepas masuk ke rumah sorok di belakang katil saya, Louis temankan Kirra di bilik sepanjang hari.

      Delete
  9. Replies
    1. Hehe nama2 dieorg ni memang dari SPCA lagi dah macam tu. Kiteorang tak tukar pun 😄

      Delete
  10. Olahan anak bulus tok selalu jak menghibur hati kita oo.. kelak baitlah sidak 2 ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 la. tedah juak nanggar si Kirra tok mala bergesel2 mok ajak berkawan tapi Louis tok nang buang batu juak haha

      Delete
  11. alahai..sian Kirra . Loius .. jgn la garang2 sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah abang long kena garang2 sikit hehe

      Delete
  12. Alahai Louis.. depan baik, belakang habis dikerjakan si Kirra ye.. kikiki..
    Comel pula perangai Kirra paling ke dinding tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. comel tapi tu la, bila la agaknya dia nak jinak boleh dipegang huhu...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .