revenant

Hari ni aku menghadap baju yang menimbun untuk dilipat gara-gara dibiarkan melonggok sepanjang hujung minggu. Yalah hujung minggu aku pun nak berhorey2 jugak walaupun sekarang ni dah pegang title surirumah. Hujung minggu ialah masa berjalan-jalan atau bersantai-santai dengan keluarga betul tak? 

Sambil-sambil lipat baju, aku layan K-drama seram misteri terbaru di Disney+ Hotstar, Revenant.

Sinopsis:

Mengisahkan tentang seorang gadis, Gu San-yeong (Kim Tae Ri) yang dirasuki oleh roh jahat selepas menerima sebuah objek (perhiasan rambut berwarna merah) dari mendiang bapanya yang meninggal dunia akibat menggantung diri. Gu San-yeong pada awalnya tidak percaya dengan kewujudan roh jahat dan hantu namun apabila tragedi menimpa orang-orang di sekelilingnya, dia mula merasakan sesuatu yang aneh. Gu San-yeong kemudiannya bertemu dengan Professor Yom Hae-sang (Oh Jung-se), seorang professor yang mengkaji cerita rakyat (folklore) terutama kepercayaan mistik. Mereka kemudiannya berganding bahu untuk cuba merungkai misteri roh jahat yang merasuk San-yeong yang pernah membunuh ibu Professor Hae-sang sewaktu dia masih di sekolah rendah.


Fuuh... seram jugak cerita ni tapi mujurlah muka hantunya tak kelihatan lagi. Yang nampak cuma bayang-bayang rambut mengerbang macam kena karan hehehe. Sebelum menggantung diri, ayah San-yeong sempat menulis sepucuk surat kepada Professor Yom Hae-sang memintanya menyelamatkan San-yeong dari roh jahat. Mula-mula tu San-yeong tak percaya langsung bila Professor Hae-sang bagitau yang ada roh jahat menempel kat dia. Jadi Professor Hae-sang ni pun bagitau supaya dia tengok diri-sendiri dalam cermin dan berhati-hati dengan pintu. 

Part yang buat aku kecut perut ialah masa San-yeong lalu kat satu tempat yang bercermin dan dia ternampak bayang-bayang rambut mengerbang tu dekat belakang dia. Lepas tu San-yeong tenung diri-sendiri dalam cermin. Tiba-tiba roh jahat tu muncul dalam bentuk San-yeong siap gelak-gelak dan suruh San-yeong teka namanya. San-yeong ternampak bayangan yang dia berada di depan rumah neneknya padahal dia masih lagi berdiri dekat tempat yang sama. San-yeong dapat agak neneknya dalam bahaya. Rupa-rupanya roh jahat tu dapat tau yang nenek San-yeong terbaca jurnal ayah San-yeong yang membongkar identiti roh jahat tu. Dia pergi ke rumah nenek San-yeong, bunuh nenek dan bakar jurnal ayah San-yeong.

Kebetulan masa tu Professor Hae-sang tu pun ada kat rumah nenek San-yeong tapi dia gagal menyelamatkan nenek San-yeong dan jurnal ayah San-yeong tu. Tapi somehow San-yeong dalam bayangannya tu ternampak sebuah peta yang menunjukkan kat mana perhiasan rambut tu dijumpai oleh ayah San-yeong. Jadi dia dan Professor Hae-sang pun mencari lokasi peta dalam jurnal ayah San-yeong tu untuk membongkar rahsia asal-usul roh jahat tu sebelum dia bunuh lebih ramai orang dan menguasai San-yeong sepenuhnya.

Setakat ni baru 2 episod yang dah keluar. Tengok siang hari berani la sikit hehe. Tapi serius memang syok jalan ceritanya. Ada beberapa flashback dalam episod ke-2 yang buatkan penonton tertanya-tanya. Pertama, kejadian sebelum ibu Professor Hae-sang dibunuh oleh roh jahat. Kenapa roh jahat tu bunuh ibu Professor Hae-sang dan apa kaitannya dengan nenek Hae-sang? Kedua, kejadian pada zaman silam tentang perhiasan rambut tu. Seorang dukun perempuan menikam seorang budak perempuan yang memegang perhiasan rambut yang sama. Siapa dan kenapa budak perempuan dibunuh? Misteri sungguh kan. 

Nampaknya kena tunggu episod-episod seterusnya untuk tahu jalan cerita sebenar tentang roh jahat dan perhiasan rambut tu.

22 comments:

  1. seram nya...roh jahat boleh menjelma jd watak heroine..siap suruh teka 'siapa nama'..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, roh jahat tu menempel dekat watak heroin. Best jalan ceritanya, boleh layan la.

      Delete
  2. Ada nangga trailer mcm best nang best duhal baca sinopsis ktk.. pastok layan 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. best. tengok sambil lipat baju sedar2 dah abis segunung baju dilipat sik berasa 😂😂

      Delete
    2. plan nk nangga mlm td x sempat... alu gago dpn laptop

      Delete
    3. sik pa, boleh tgk weekend kelak. weekdays nang gago juak kitak nak kakmim.

      Delete
  3. Lama juga saya tak tonton cerita seram.
    Biasanya saya akan teringat-ingat dan rasa takut jika berseorangan selepas tonton cerita seram hihihiiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak Amie, nasib baik ada Louis dan Kirra temankan kat rumah ni hihi

      Delete
  4. Kita terus screen shot post ni. Senang nanti nak lipat kain dah ada filem menarik utk ditonton. Sedar² siap lipat baju tiga bakul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye SK, punya la layan abis drama ni sedar2 dah abis semua baju dilipat 😂

      Delete
  5. saya tak tengok lg. tp ramai review ckp best. paling kelakar ada yg terkompius kim tae ri ni dgn kim tae hee, bini si rain tu😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama dah dekat2 kan hehe. kim tae ri bawak watak bersahaja je, pandai la dia buat mimik muka dari tgh kena rasuk tiba2 sedar balik.

      Delete
  6. Kena tengok ni. Tapi takut. Aduhaii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok dgn orang lain atau tengok siang hari kalau takut hihi...

      Delete
  7. wahh cerita seram syokk ni layan. tp kena berjemaah ha haa baru bestt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah tgk berjemaah baru byk komentator sambil layan drama hehe. Saya tgk sorang2 sambil lipat baju, berani sikit sbb ada Louis dan Kirra temankan 🤭

      Delete
  8. Uish...macam nak tengok..tapi kalau ada yang terkejut2 mau sakit jantung...hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde yang terkejut2 sangat. Saspen je hehe. Level keseramannya tu boleh tahan lagi.

      Delete
  9. Oooo... korea pun ada cerita seram eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali-sekala layan cerita seram pulak Uncle. Asyik tengok cerita oppa je hehe

      Delete
  10. Sha memang tunggu siri ini keluar tapi tak nak tgk lagi.. Tunggu sampai habis baru syok layan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, menyesal tengok awal2 ni hihi. sekarang dah tak sabar nak tunggu episod seterusnya (minggu depan, lama lagi tu).

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .