blog visitor counter

 ... ialah bila nampak jumlah pelawat 2 angka macam ni hehe. Aku lettew... Walaupun masih jauh lagi nak mengejar blogger-blogger tersohor macam Sislin, Sunah Sakura, Mamapipie dan lain-lain yang PV dieorang mencecah berjuta-juta tu, tapi aku masih happy sebab orang singgah dan baca penulisan aku kat blog ni. Terima kasih buat kawan-kawan yang sudi melawat blog 🥰. 

Sebenarnya minggu lepas aku down sikit sebab dapat email dari Google Adsense tentang prestasi merosot Google Adsense bulan lepas. Padahal bulan lepas paling banyak aku tulis kat blog tapi hasilnya kurang. Tak tau kat mana silapnya. Ke sebab aku tukar template? 


google adsense
Mobile PV naik, CTR naik, tapi impressions menurun...


Tapi Alhamdulillah pelan-pelan aku tengok angka makin naik dan naik bulan ni. Memang kena sabar ye bila blogging ni. Akan ada masa naik dan turunnya, yang penting kena istiqamah menulis. Ni pesanan yang aku akan pegang sampai bila-bila.

Aku nak ambik kesempatan ni untuk ucapkan selamat kembali ke dunia blogging buat Sodep, Shai dan Topek! Bila tengok kiteorang berkumpul dengan blogger-blogger lain masa wedding si Nas, terus dieorang semangat balik nak hidupkan balik blog masing-masing. Harap lepas ni makin meriah la kawan-kawan di alam maya ni. Kalau kita buat aktiviti berkumpul dengan rakan-rakan blogger macam suatu ketika dulu lagi best. Barulah semua bersemangat nak menulis dan komen kat blog kawan-kawan yang lain kan?

32 comments:

  1. Tengok rezeki juga Carneyz. Saya pernah perasan, bila saya kurang update, meningkat pula pendapatan adsense saya. Pelik juga tu. Wah, semakin ramai bloggers kembali aktif. Semoga semakin meriah dan meluas jaringan kawan-kawan bloggers semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... pelik betul tu. bulan lepas memang saya paling banyak post entry blog tapi paling sikit income adsense tu. mungkin bulan lepas orang masih sibuk beraya kot, saya cuba husnuzon hehe

      Delete
  2. Tahniah Carneyz.
    Teruskan menulis.
    Akan tambah meriahlah kalau rakan-rakan blogger yang berhibernasi sekian lama kini kembali muncul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 la kita terus menulis kan Kak Amie. Saya pun suka melawat blog Kak Amie.
      Betul, makin meriah bila blogger2 yang dah lama berhibernasi kembali aktif.

      Delete
  3. dulu dah kurang blogging, sekarang baru mula balik blogging, once blogger forever blogger kata orang. blog sy pun baru nak bangun belajar berjalan balik. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Caiyok2 sis! Blog saya pun baru je setahun aktif balik lepas bertahun2 berhibernasi. Kalau saya rajin update blog dari dulu agaknya sekarang dah cecah juta2 PV jugak.

      Delete
  4. Kiki...betul la tu. Akak ni pun setakat lebih 5 org online pun dah happy. Kalau 2 angka, lagi lebih la sengih 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, kita dapat lebih 5 orang pun dah senyum lebar kan. Dapat 2 angka terus sengih2 macam kerang busuk!

      Delete
  5. Betul juga tu maybe sebab tukar template.
    Tapi sekarang dah naik ya tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, naik pelan2. Takpe asalkan nombor tu naik je, walaupun sikit2. Lama2 jadi banyak la kan, ye tak?

      Delete
  6. adsense ni mmg meruntun jiwa abe kie. 4 thn sekali baru buleh cash out. namun begitu sy tetap konsisten buat 3 entri seminggu. selebihnya serah pd takdir n tuah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya belum pernah merasa lagi duit adsense ni. Agak-agak 3 tahun lagi baru dapat cash out!

      Delete
  7. Replies
    1. Semangat nak jadi macam dieorg jugak kan Cik Nor

      Delete
  8. Rasa sebab templet. Ada ketika susah masuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bukak dari hp mmg perasan jugak lambat loading.

      Delete
  9. mama pun suka bila masuk blog tgk yg online ramai. sama kita. takpe carneyz, lama2 nanti naik tu. untung ada GA mama dh xde hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa berbaloi memerah otak menulis blog bila ramai yang masuk baca blog kita kan mama hihi

      Delete
  10. Adsense letakkan pada tangga kedua selepas konten...jika konten manyak bagus dan manyak manfaat kepada pembaca...maka income dari adsense akan meningkat juga...teruskan belajar SEO dan target keyword yang mahal-mahal untuk dimasukkan dalam blog dalam masa yang sama terus menulis base on pengalaman kerana itu yang Google dan pembaca nak ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas nasihat dan pandangan ni. Nak tanya, target keyword yang mahal-mahal tu maksudnya apa ye? 😅

      Delete
  11. tp kadang betul.. bila kita x buat pape kat blog, eh meningkat plak adsence kita tapi bila kita gigih menghapdet, ermm gitu gitu aje... pape pun rezeki memasing..!! keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tengok rezeki jugak. Kalau konten tu kena dengan isu semasa atau topik hot yang dicari ramai barulah ramai klik blog kita dan naikkan income adsense.

      Delete
  12. Keep on update...maybe sebab baru ni Carneyz tukar template sebab tu macam lambat skit naik..SA ni dah bertahun x tukar template..apapun..insyaallah ada rezeki nanti...as long as kita kena cukup puas hati bila kita dah ada pengikut kita sendiri kan...psstt...lagi satu tips kan...follow je mana- mana blogger yang Carneyz belum follow...then singgah satu dua entry tinggalkan jejak...insyaallah membantu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih share tips SA. Aah saya follow makin ramai blogger skrg ni dan hampir setiap hari tinggalkan komen di blog kawan2 😄

      Delete
  13. Replies
    1. Terima kasih Sha. Sama jugak dengan Sha ye.

      Delete
  14. tahniah tahniah tahniah💐💐💐 biasa laa tu... turun naik dlm dunia blogging mmg mcm tu... slowly but surely... 💪💪 yg penting keep on blogging👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezzaaaa! 💪🏻 teruskan berblogging walaupun nombornya turun naik hehe

      Delete
  15. Dan bila.. i'm back. Dah start blog baru sejak Jan'23 tapi sekarang ini baru betul-betul ada banyak masa terluang untuk update

    ReplyDelete
  16. PV nya sudah besar Mbak, dibandingkan dengan blog saya...
    Betul Mbak, ada pasang surut dalam ngeblog. Dan betul sekali, "yang penting tetap menulis"...ini catatan penting. Semoga saya mampu menjalankannya karena sudah beberapa pekan ini saya tidak menulis untuk blog.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuncinya konsisten, kalau mau PV nya konsisten naik harus konsisten menulis. Mungkin Pak Asa boleh tetapkan masa menulis blog 1 jam setiap hari supaya blog Pak Asa sentiasa update. Awal2 memang ada masanya tiada mood jugak nak update blog tapi sekarang ni sentiasa fikir apa lagi konten. menarik dan berguna untuk dikongsi sesuai 😉

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .