Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jalan-jalan di KL.

Tapi macam biasa, plan aku dan mak ni memang selalunya ke laut dulu baru ke darat 😆.

Malam sebelumnya:

Aku: Mak, jom kita ke Sogo esok.
Mak: Jom.
(pagi esoknya)
Aku: Mak nak singgah sarapan di Kampung Baru dulu ke?
Mak: Jom.

Esoknya:


Lot 10
Eh, ko kata nak bawak mak ke Kampung Baru tapi kenapa kita di Bukit Bintang?' 😂

Aku dengan mak memang camtu la, kepala gila-gila sikit. Bila buat plan, separuh jalan boleh pulak tiba-tiba bertukar! Mak pun sporting je ikut kemana-mana.  


Cafe Optimist
'Mak optimis, ikut je mana-mana ko nak bawak...' 🤭

Sebenarnya memang plan nak ke Kampung Baru sarapan di situ dulu sebelum ke Sogo. Kiteorang naik LRT sampai ke Titiwangsa lepas tu ikut jejantas pergi ke Terminal Pekeliling ambik bas GoKL laluan biru (Titiwangsa ke Bukit Bintang). Actually, aku tak biasa naik bas jadi mula-mula tu sesat barat jugak nak cari kat mana mujur bila bukak apps 'Moovit' ada peta kat mana nak tunggu bas.


Moovit
App yang sangat-sangat membantu kalau nak jalan-jalan di KL naik pengangkutan awam

GoKL Bus
Dalam bas

Tup-tup dah sampai Kampung Baru kiteorang boleh pulak terleka sampai tak perasan tempat yang kiteorang nak pergi tu dah terlepas! Tau-tau bas dah masuk jalan besar. Alamak! Hmm... Nasi dah jadi bubur, kita teruskan je la perjalanan ke Bukit Bintang!

Sampai di Bukit Bintang, dengan perut berkeroncong kiteorang pun jalan-jalan cari kedai yang bukak pagi tu. End up masuk ke restoran Damascus sebelah Hotel Wolo. Kebetulan ada tempat duduk kosong jadi kiteorang pun decide makan kat situ.


Middle Eastern food
Kongsi mixed shawarma (RM21.90), aku ambik jus mangga+susu (RM15.90) dan mak ambik avokado+madu (RM17.90). Jus mangga tu sedap!

Bukit Bintang
'Lepas ni kita nak pegi mana?'

Lepas makan, aku ajak mak lepak di Starbucks Bukit Bintang sebab nak bagi mak feel masuk kafe Starbucks yang lawa tu.


Starbucks cake
Dah alang-alang masuk, redeem terus free birthday cake sebelum ganjaran tamat tempoh

Starbucks Bukit Bintang
'Ambikkan gambar mak satu kat tepi tingkap ni.'

Kek coklat tu tak dapat dihabiskan sebab aku dengan mak tak lalu makan (masih kenyang), lagipun kek tu manis yakmat. Aku makan sesudu je terus minum air kosong dekat setengah botol. Manis letinggggg...

Dah puas lepak-lepak di Starbucks, barulah kiteorang meneruskan perjalanan ke Sogo hihi. Kali ni naik MRT pulak, tukar di Tun Razak Xchange dan balik semula ke Titiwangsa untuk ambik LRT ke stesen Bandaraya. Mak singgah solat di stesen MRT sebelum meneruskan perjalanan.


Sogo KL
Amboi, ralit mak belek-belek tudung Bokitta tengok design terbaru...

Kiteorang sebenarnya saja-saja ke Sogo cuci mata. Tapi mak aku ni boleh pulak 'terlekat' dekat ruang Bokitta dalam Sogo tu. Siap ambik gambar hantar kat kawan-kawan di Sarawak. Takpe la, layan je la mak cuci mata kat sini. Nak belanja mak tudung baru, di luar kemampuan pulak hihi.

Pukul 4.30 petang baru kiteorang keluar dari Sogo. Singgah lagi sekali di stesen Titiwangsa ambik MRT ke stesen HKL untuk ambik Khadeeja dari sekolahnya tak jauh dari situ.


Scout's girl
Nenek yang sporting

Hari ni aku tanya, mak ok ke lepas jalan-jalan semalam? Dia kata ok je, cuma penat sikit. Hari ni mak nak berehat je kat rumah kakak aku. Esok makcik aku sampai dari Sarawak, mesti dieorang dah pakat nak jalan-jalan berdua tu hihi. At least mak aku dah tau macamana nak naik bas / MRT / LRT kat sini. Harap-harap dieorang tak sesat la besok!

30 comments:

  1. Sporting betul la mak sis..
    Seronok dapat we-time dgn mak hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah memang seronok sis. Tebus masa dulu2 sibuk bekerja selalu takde masa luangkan bawak mak jalan2.

      Delete
  2. girls' outing..mudahkan naik public transport, tak jem...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, naik bas je jem sikit tapi ok je sebab time kiteorang naik bas tu bukan waktu puncak.

      Delete
  3. Mun dah jalan² gia, ditemani gik emak... Lain nok dirancang, lain nak dipolah. Selalunya macam yala. Nyaman sinun owh. Banyak pengangkutan awam. Senang nak berjalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok yalah biasa kmk duak mcm ya lah, free & easy jak plan berjalan 😂. Nyaman berjalan di KL tok, banyak option pengangkutan awam di sitok.

      Delete
  4. seronoknya....jenjalan ngan mak.. love sgt. MA pun selalu buat ngan Ibu but kena naik kereta je...sbb sbn public transport x byk mcm kat kl.. but still... we had so much fun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan MA! Seronok jalan2 dgn mak, dia pun play tourist kejap2 ambik gambar dalam public transport hehe.

      Delete
  5. Comel jer mak..hehehehehe..larat lagi yea dia jalan turun naik LRT/MRT..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah masih larat. Kalau dia penat kiteorang berenti duduk kat mana2 dulu. Tu yang lepak lama kat Starbucks bagi dia rehat2 santai2 je jalan2.

      Delete
  6. Wah kompiden mak ktk nait public transport sinun tanpa anak2 mun mak kmk x nya berani 😅 raya haji dgn ktk org kh nya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mun nya dah tauk jalan, ok nya boleh nait public transport kedirik. Dolok masa kmk diam KL nya selalu juak nait bas kedirik pas ya jalan sorang2 di Jalan TAR hehe.

      Mak kmk balit hujung minggu tok. Nya mesti mok raya haji sinun, dah 2 tahun raya haji di KL masa pandemik.

      Delete
  7. wah best nya mcm ni, mak sporting habis lah siap onz je naik public transport.

    ReplyDelete
  8. Untungnya Carneyz mak masih sihat jalan2 ke sana-sini. Eh, sy pun agaknya klu naik public transport kat KL bukan sesat barat lagi, utara selatan timur sekali sesat, hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Kalau naik tren ok lagi sbb boleh tengok laluan tren. Nak naik bas ni dah la takde signage yg clear kat mana nak tunggu bas, nasib baik ada apps yg membantu...

      Delete
  9. bagus mak larat berjalan...kalau ammi kadang2 plan macam2 tempat nak pegi tapi bila naik public transport terus je 2 tempat je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak kata bukan selalu hihi... kiteorang pun banyak jugak rest duduk kat bangku mana2. Kena ikut pace mak nampak dia penat kita duduk dulu.

      Delete
  10. Sedapnyaa Damarcus tuuu.. hrtu ke KL lupalah nak try huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain kali turun KL boleh la pegi Damascus. Eh kita belum lagi ronda2 Bukit Bintang kan?

      Delete
  11. kalau dah masuk sogo tu faham2 je laa... kalau lama tu... haa pasti 'tersangkut' punya laa sehelai dua😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik tak tersangkut anies 😂 risau mak nanti kakak bukak ceramah lagi pasal almari yang dah penuh 🤭

      Delete
  12. Seronoknya dapat luangkan masa bersama mak.
    Sporting betul mak Carneyz!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, ambik peluang mak ada kat sini bawak dia jalan2. Mak memang sporting hihi.

      Delete
  13. Alhamdulillah dapat membahagiakan mak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Healing session dengan mak 😊

      Delete
  14. kena ajar guna Moovit.. hehehe. selalunya kalau keluar dgn mak, mesti plan lain jd lain. Hubby dh masak perangai Nina. Haha. jus mangga tu nampak pun pekat patut sedap.

    Tak pernah minat dgn kek starbucks sebab manis tahap potong kaki!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah mmg selalunya buat plan dgn mak mesti kelaut hehe. Dah ajar dia guna moovit Insha Allah dia pun ingat camane nak pergi ke mana2.

      Delete
  15. Saya pun waktu tuh dapat SMS dari strbx utk ambil free cake Krn ulangtahun. Tapi tak nak lah kak, dah tau maniiis sangat biasanya. Ga akan kemakan 🤣🤣.

    Mama Kaka masih kuat utk jalan jauh juga yaa. 👍. Dulu saya paling sering jalan dengan almarhumah mama mertua, tapi beliau tak bisa kalo terlalu lama jalan kaki, Krn dah tak kuat . Padahal mama mertua paling asyik dulu diajak wisata kuliner 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jalan dgn orang tua, mesti peka keadaan dieorg. Kalau dia penat, kita pun cari tempat untuk berhenti istirehat dulu sampai hilang lelah baru jalan2 lagi hehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .