Zaman yang serba canggih dan kreatif sekarang ni, ramai yang nak menampilkan kelainan dalam kad jemputan kahwin dieorang. Yang pasti kad digital sekarang semakin digemari ramai sebab bukan setakat mesra alam, tapi lebih jimat. Betul tak? Kad digital ni bukan je dalam bentuk imej tak bergerak, ada jugak bentuk yang lebih canggih contohnya kad yang interaktif.
Tapi bila terima kad jemputan kahwin terutama orang tua yang mungkin ingat kad tu dari saudara-mara / kawan-kawan, berwaspada bila nak bukak terutama kalau format kadnya tu suruh muat turun aplikasi ke dalam telefon.
Taktik terbaru ni aku dapat tau bila pagi tadi sepupu share screenshot mesej ni dalam Whatsapp group keluarga:
Nampak tak betapa licik scammer ni sebab bila pakcik tu tanya nombor siapa tu, dia suruh install dulu baru tau siapa yang bagi kad? Yalah, kadang-kadang ada orang terhilang nombor kawan atau tukar nombor baru, jadi mungkin pakcik tu ingat kad tu dari kawannya yang dia tak simpan nombor tu dalam hp.
Rupa-rupanya dah ada yang orang yang jadi mangsa taktik penipuan ni sebab mesej yang di forward tu bagitau kawannya pergi klik dan muat turun file .apk tu. Sedar-sedar duit dalam akaun banknya lesap.
Sekarang scammer dah tukar taktik sebab taktik iklan cuci rumah tu dah ramai yang sedar iklan tu scam. Jadi dia tukar hantar kad kahwin pulak. Maklumat nombor telefon sekarang bersepah dijual dalam dark web sekarang sebab tu senang-senang je dia menyamar hantar kad tu siap tulis nama penerima dalam mesej tu, supaya orang yang terima mesej tu percaya kad tu memang datang dari sumber yang boleh dipercayai.
PENGAJARAN kat sini:
- Jangan klik sebarang pautan dalam mesej dari nombor tak dikenali, terutama bila file tu hujungnya ada .apk (ni telefon Android je boleh install))
- Jangan muat turun aplikasi di luar Google Playstore / App Store / Samsung Galaxy Store / Huawei App Gallery atau app store rasmi dalam hp kita.
- Jangan isi maklumat perbankan bila diminta oleh aplikasi yang tak diketahui. Sentiasa semak alamat laman web bank ialah alamat yang betul (depannya ada https:// dan simbol mangga berkunci) untuk mengelak dari memasukkan maklumat bank (nama dan kata laluan) dalam laman web palsu yang menyerupai laman web bank.
- Jangan bagi kebenaran untuk sebarang aplikasi mengakses SMS dalam hp.
Scammer sekarang dah makin bijak, jadi kita kena jadi lebih bijak dari scammer. Kalau kita terleka dan scammer lesapkan duit dalam bank, jangan pulak masa tu kita salahkan pihak bank tak jaga duit kita betul-betul. Ia umpama kita sendiri yang serahkan kunci rumah dekat pencuri lepas tu salahkan pintu tak jaga harta kita betul-betul. Kita pun bertanggungjawab upgrade pengetahuan kita tentang keselamatan digital kita terutama melibatkan perbankan dalam talian.
Apapun, semoga kita semua terlindung dari tipu daya scammer 🤲🏻 .
Benda ni viral hari ni.. ghisau juga!
ReplyDeleteScammer sekarang dah makin licik jadi kena sentiasa berwaspada.
Deleteadik pun baru share pagi tadi..mcm2 scammer sekarang ni kan
ReplyDeleteTak dapat tipu cara iklan cuci rumah, dieorg cuba pulak taktik kad kahwin. Memang teruk scammers skrg
Deletelicik betul scammer sekarang.. memang kena berwaspada
ReplyDeleteAah, kena ingatkan orang tua kita supaya jangan tekan link sebarangan. File .apk tu paling bahaya.
Deletemenyakitkan hati betul la...ada jer cara diorang kan nak cari mangsa..insyaallah SA akan alert..SA dapat jugak dari grup2 lain...dah forward kat diorang gak...
ReplyDeleteKena share byk2 supaya lebih ramai orang tau pasal taktik terbaru ni.
Deletekesian kat pakcik makcik yang jenis mudah terpedaya dengan taktik scam dan hoax nie.. selalu jadi mangsa.
ReplyDeletePakcik makcik kena sentiasa diingatkan taktik scammer ni. Dieorang sasaran scammer yang paling mudah ditipu.
DeleteMakin advance dah sidak scammer dah owh. Bahaya kedak ya eh.
ReplyDeleteBenar ya. Sidak nang sik kira gik dah, org tua pun ditipu sidaknya juak.
DeleteTerima viral ss ni semalam.
ReplyDeleteIya…yang penting, jangan layan kalau memang kita tak kenal dia.
Kalau dia taknak bagitau nama bila ditanya memang besar kemungkinan scammer.
DeleteTerimakasih kongsi.. Makin menjadi-jadi pula scammer sekarang ye..
ReplyDeleteTaktik scam ni sampai masuk dalam surat khabar semalam. Baguslah biar lebih ramai cakna dan berjaga-jaga.
Deletekreatif betul scammer ni, buat kenduri kahwin pulak dahh....kesian mereka yg terkena..
ReplyDeleteKan, yang kesiannya nampak sangat golongan sasaran dieorang golongan warga emas.
Deletemember ada share jg psl ni kat grup WA. sy dr dulu lagi kalau mesej yg tak ada kaitan dgn sy, sy delete siap2 kdg x baca pun...nmpk sombong tp tu lbh kpd langkah berjaga2
ReplyDeleteBetul. Kalau dapat mesej yg ada link memang saya takkan tekan link tu, walaupun dari nombor yg selalu bank gunakan untuk hantar mesej.
DeleteAih, ada juak duhal taktik tok paduhal... br tauk tok... tp kmk heran di sarawak tok masih juak rami org tertipu scammer yg main call ya... dah lah byk gik ya kena scam... xkan lah masih blom ada yg tauk modus operandi scammer tok... itok kmk
ReplyDeleteEntahlah, sama ada sidak malas mok ambik tauk perkembangan semasa atau kenak pukau.
Deletejahat dan licik sungguh scammer zmn sekrg..asalkan boleh tipu dan pau duit org...
ReplyDeletememang jahat, orang susah-payah kerja kumpul duit, dieorg senang2 nak lesapkan.
DeleteDalam bentuk undangan nikah, atau kadang berpura2 jadi kurir yang antar paket. Dia suruh kita buka tautannya, katanya utk lihat itu paket kita tak yang rusak covernya atau apalah alasan dia. Padahal link scammer juga.
ReplyDeleteSaya pernah dpt, pura2 dari kurir tanya paket saya. Tapi saya tak pesan apa2 saat itu. Jadi langsung saya block nomor dia.
Ya samalah. Terus block nombor tu. Malas nak layan scammer. Hahaha!
DeleteMacam2 hal scammer skrg ni.. kena lebih bijak dan berhati2
ReplyDeleteBetul tu, kena lebih bijak dari scammer.
Delete