Salam Sabtu semua,

Pagi-pagi lagi aku dan Suami Terchenta naik motor menuju ke Kampung Bharu untuk mencari sarapan pagi. Kiteorang singgah di Stable Kitchens sebab aku nak try lontong jawa kat sini.


Kampung Bharu KL
Stable Kitchens terletak bertentangan dengan Nasi Lemak Wanjo


Stable Kitchens
Selain lontong, kat sini pun ada menjual nasi lemak dengan pelbagai lauk dan kuih lopes

Mungkin sebab kiteorang datang pukul 7 pagi jadi tak ramai lagi pelanggan kat sini. Cuma ada 2 pelanggan yang beratur depan kiteorang. Servis pun cepat.


Stable Kitchens
Boleh pilih pelbagai lauk - bergedil kentang, paru goreng atau tempe goreng. Untuk nasi lemak pulak, ada pilihan lauk sambal sotong, sambal kerang, rendang dan telur goreng

Aku pilih lauk bergedil kentang, paru goreng dan tempe goreng. Jumlah keseluruhan RM10. Suami Terchenta pulak ambik nasi lemak dengan sambal kerang (RM6.50).


lontong jawa asli
Lontong jawa

Verdict - lontong sedap cuma kuah cair sikit dan sambal pulak manis. Aku prefer kuah yang pekat sikit dan sambal yang masin. Portion memuaskan dan confirm kenyang lepas makan. Suami Terchenta pun bagi feedback yang sama tentang sambalnya yang agak manis. Kalau korang suka sambal manis, boleh cuba lontong dan nasi lemak kat sini.


Stable Kitchens
Nasi lemak kangkung dan sambal kerang

Lepas makan, kiteorang singgah pulak di The Warong tak jauh dari Masjid Kampung Bharu untuk beli nasi lemak daun pisang dan kuih seri muka untuk anak-anak.


The Warong Kampung Bharu
The Warong Kampung Bharu

The Warong Kampung Bharu
Ada nasi lemak, mee goreng, bihun goreng, kuih bingka pandan bakar dan kuih seri muka

Agak terkejut dengan harga sepeket kuih sekarang (RM4). Semalam pergi ke pasar malam pun, 4 ketul kuih harganya RM4. Aku tak boleh brain seketul agar-agar dijual dengan harga RM1. Seingat aku masa beli kuih di bazaar Ramadhan, tak pernah pulak aku beli sepeket kuih dengan harga macam ni. Tapi sebab dah ambik, maka bayar je la huhu. Harga sepeket kuih tu lebih mahal dari harga sebungkus nasi lemak (RM2.50).

Long weekend ni korang buat apa? Cer komen sikit.

36 comments:

  1. Kalau sambal manis, biasanya yang masak tu, orang kelantan. Hehe..
    Serius la, kuih 4 ketul, 4 ringgit? Peh..
    Dari gambar, tengok lontong jawa tu, mengenyangkan, banyak bahan-bahannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak, puas hati dan berbaloi dengan harganya. Kekenyangan sampai ke petang hehe

      Delete
  2. Ada juga lontong jawa disana ya Mbak.
    Dilihat dari fotonya, mirip dengan lontong jawa disini. Cuma disini tidak disebut lontong jawa, cukup lontong saja.
    Saya penasaran Mbak, apakah pedagangnya orang jawa?

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Selangor Malaysia ada masyarakat Jawa memang dari nenek moyang sudah menetap di Malaysia Pak. Ini pedagangnya orang Malaysia tapi keturunan Jawa.

      Delete
    2. Oh demikian, Mbak.
      Baru paham saya perihal ada masyarakat Jawa di Selangor.
      Saya pribadi tinggal di Pulau Jawa. Tapi saya bukan suku Jawa, saya suku Sunda. Saya tinggal di Jawa Barat, disini dominan suku Sunda. Suku Jawa tinggal di Jawa Tengah dan Jawa Timur. Ada perbedaan yang besar antara suku Sunda dan suku Jawa terutama dalam hal bahasa dan adat istiadatnya.

      Salam,

      Delete
    3. Oo.. terima kasih Pak, menerangkan suku Jawa dan Sunda di Indonesia. Kalau ada kesempatan, datanglah melawat Malaysia boleh merasai perbedaan suku Jawa di Malaysia dan di Indonesia ☺️

      Delete
  3. Replies
    1. Anak2 taknak ikut, apa lagi ambik kesempatan la sis hehe

      Delete
  4. uncle selalu tertarik bila nasik lemak di longgok bersusun2 begitu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap nasi lemaknya Wak. Kalau makan panas2 lagi naik aromanya.

      Delete
  5. sedapnya lontong jawa waduhhhh ngencessss =P
    zaman skrg mostly kuih mmg harga sepaket cenggitu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lontong makcik ni memang femes kat sini :D mahal kan harga kuih sekarang...

      Delete
  6. mahalnyaaaa kuih... tu nak g haji balik hari ke tu... rasanya masih ada lagi yg jual 4 RM2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni kira ok lagi, ada 6 ketul dalam sepeket tu. Hari Jumaat pergi pasar malam, seketul agar2 RM1. Speechless...

      Delete
  7. Lontong my favourite 🤩
    Ui, kemain harga agar agar RM1 seketul.. Memang faktor harga barang naik kah...Wahduhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah nona, terus kensel niat nak beli tu 😅 rasanya kalau buat sendiri tak semahal tu kos membuatnya.

      Delete
  8. Best juga sesekali dating berdua macam nie kan. Nampak sedap lontong tu tapi Kak Sue tak boleh layan kalau sambal manis nie.. tapi ya lah selera masing-masing kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Kak Sue, kuah lontong sedap tapi bila sambal manis rasa kureng sikit menikmati lontong tu. Anak2 dah besar dah malas ikut keluar sarapan jadi mak bapak pun sekali-sekala pergi dating hihi

      Delete
  9. Teringin nangga lontong aiee.. br ari bila kelakar nk molah lontong dgn adik² 😅 tp taste org serawak tok mmg x pemanis kan.. kmk mun sambal ya manis mmg out lah x dpt dh masuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar ya. Kmk suka sambal nok masin. Sambal manis pelik rasa kmk.

      Delete
  10. ini mmg breakfast terpaling sedap ni. mmg melayu harga pn murah juga. lama x ke kg baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan mama. Murah dan sedap2 makanan kat Kg Baru ni

      Delete
  11. Selalu juga beli lontong dan nasi lemak akak ni dari dia meniaga kat tapak Legasi Kg Baru sampai la ke food court depan Setia Sky Residence. Tapi saya suka lopez dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu ada gak teringin nak mencuba lopes dia tapi suami dah bayar malas pulak nak mintak dia tambah lopes lagi. Lain kali Insha Allah boleh cuba.

      Delete
  12. Alamak potong la kalau sambala tu manis kan...nasib SA bukan peminat lontong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, kureng sikit dgn sambal manis ni. Saya minat lontong sbb dulu pernah study & kerja kat JB hampir setiap hari kalau tak nasi ambeng, lontong la breakfast saya hehe

      Delete
  13. zaman inflasi skrg ni harga dh melambung2 naik., tp mmglah pelik harga kuih seketul lebih mahal dr nasi lemak kannn.,huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Wak, terkejut saya tengok harga agar2 seketul RM1 di pasar malam. Sedangkan bahan2 nya cuma agar2, gula dan pewarna. Takkan sebab harga gula naik jadi alasan agar2 boleh dijual dengan harga RM1 seketul?

      Delete
  14. Jadi lapar la tgk food kat sini. Lontong mmg kena pekat sikit br terangkat.

    ReplyDelete
  15. Isssh, iya mahaaal kueh nya kak. Tapi memang dah banyak beda harga2 di sana yaa. Kemarin pun pas beli2 makanan dan kue, terasa dah lebih naik harganya dari terakhir Fanny ke KL.

    Dari foto di atas, lebih tertarik dengan nasi lemak, mungkin Krn lontong dah sering makan di sini 😂.

    Nasi lemak jarang2. Tapi Fanny pun lebih suka sambel yg pedas drpd yg terasa manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di Jakarta bukan ada nasi lemak jugak ke Fanny? Tapi namanya lain kan. Cuma tak tau rasanya sama ke tak dengan di Malaysia.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .