Sambungan dari sini:

Ikutkan hati, rasa malas je nak turun breakfast sebab sayang nak tinggalkan bantal yang empuk dan selimut yang selesa dalam bilik. Tapi ish, sayang la pulak kalau tak turun kan? Jadi kiteorang pun bersiap-siap (baca: berus gigi, cuci muka dan salin pakaian) untuk turun ke restoran Latest Recipe di tingkat 5.

Mujurlah turun awal sebab kalau turun lambat, kena beratur panjang tunggu meja kosong dan kalau nasib tak baik, dapat meja di luar restoran berdekatan dengan tandas dan jauh dari zon buffet. Meja kiteorang agak strategik, dekat dengan mesin kopi dan ada staff yang jaga area tu. Jadi sekali-sekala staff tu akan tanya nak refill minuman ke, bila tengok minuman kiteorang dah habis. Selain kopi dan teh, boleh jugak pesan coklat panas which my kids memang suka sangat-sangat.


Latest Recipe @ Le Meridien KL
Restoran Latest Recipe, Le Meridien KL

Mula-mula sekali wajib pusing keliling restoran meninjau menu buffet yang disediakan. Di hotel Le Meridien KL boleh dikatakan ada banyak menu buffet yang ditawarkan dari dalam dan luar negeri. Khayla yang cerewet bab-bab makan ni pun memang rambang mata nak pilih menu yang mana satu nak ambik dulu.

Jom layan gambar-gambar makanan yang aku sempat ambik (tak semua sebab mana yang ramai orang beratur tu aku tak ambik gambar sebab segan!)


breakfast @ Latest Recipe, Le Meridien KL
Stesen pancake, crepes dan French toast dengan pelbagai pilihan sos dan topping menarik minat golongan kanak-kanak

breakfast @ Latest Recipe, Le Meridien KL
Pilihan menu dari Timur Tengah

breakfast @ Latest Recipe, Le Meridien KL
Pelbagai jenis yogurt, oat, panna cotta dan jus buah-buahan sedia untuk pick-me-up

breakfast @ Latest Recipe, Le Meridien KL
Mulakan sarapan dengan buah-buahan

breakfast @ Latest Recipe, Le Meridien KL
Atas: buah-buahan yang dah dipotong, bawah: pilihan sushi

breakfast @ Latest Recipe, Le Meridien KL
Kiri: Cheese platter, kanan: Menu Jepun

breakfast @ Latest Recipe, Le Meridien KL
Kiri: Pelbagai jenis bijirin (granola, chia seed, all bran, dll.) dan buah-buahan kering, kanan: stesen salad

breakfast @ Latest Recipe, Le Meridien KL
Stesen roti dan pastries

Ni pulak video yang Suami Terchenta ambik:



Bagi aku sarapan pagi di Latest Recipe @ Le Meridien KL ni lebih sedap, pilihan lebih banyak dan lebih puas hati dari sarapan pagi di Restoran Shook! @ JW Marriott KL. Of course, harga pun lebih mahal. Overall, berbaloi turun sarapan pagi dari bergulung dalam selimut je hihi. Even Khayla pun 2-3x ambik roti bom kat sini, katanya sedap sangat. Aku pulak suka jus buah-buahan yang diperah segar dan teh tariknya yang kaw dan tak berapa manis.

Di sini jugak aku nak kongsi etika ketika pergi sarapan buffet tak kira di hotel, restoran atau majlis yang menyediakan santapan style buffet. Kata kuncinya, jangan membazir, jaga kebersihan dan bertimbangrasa dengan orang lain ok?


etika jamuan buffet
Etika semasa jamuan buffet

Cerita pasal kolam renang aku sambung dekat entri lain pulak ye. Sekarang tengah kumpulkan idea nak menulis hehe. Nantikan part 3 pulak!

18 comments:

  1. wah!! puas hati eh byk da mknn... nangga gambar pun dah teruja dek gik mun semua ya dpn mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. aok nang worth the effort turun dibah makan hehe.

      Delete
  2. X pernah lagi merasa breakfast kat latest recipe tp selalu pi lunch buffet or dinner...kalau event biasa x sempat nak tido sbb bilik share utk tukar baju je...hahaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok tak lunch buffet / dinner kat situ SA?

      Delete
    2. Ok la. .tp x banyak pilihan macam tahun2 sblom PKP dulu

      Delete
  3. benci tauuuuu kalau mkn buffet ni. rasa nak makan semuaaaaa hahahaha...

    hehehe sama laa kita. sblm mkn merayau tgk menu. aim dulu mana yang best nanti senang nak terjah hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa awal2 dulu zaman baru start keja dan merasa duduk hotel, jakun la jugak bila pegi sarapan buffet ni. Abis semua benda ambik sikit buat rasa2, suka tak suka tolak tepi 😂 Beberapa tahun lepas tu baru la ada common sense, aim makanan yg tekak saya suka je, kalau sedap boleh ambik lagi hehe.

      Delete
  4. Memang berbaloilah bayar mahal kalau pilihan makanan dia banyak cengginie.. Puas hati tengok..
    Ambil ikut kemampuan dan jangan membazir.. kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Sha, kalau nak lagi boleh refill lagi daripada ambik banyak2 lepas tu membazir.

      Delete
  5. dlu masa berbuka puasa kt sini...menu nya meriah juga...sentuhan Chef Zubir siap bergmbr lg...ni menu bfast pn meriah kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sis, rambang mata dibuatnya hehe. Berbuka puasa kat sini pun macam menarik jugak ye. Next year nak usha la rate buka puasa kat sini hehe

      Delete
  6. Replies
    1. Buffet di Le Meridien memang sedap 👍🏻

      Delete
  7. Panstri roti roti tu bahagian fav iolls tauu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, saya pun sama satu masa dulu 😅 skrg dah ada diabetes jadi lebih suka cari yang tak manis2.

      Delete
  8. nmpk besh dan mewah gak buffet kat sini yer...love this!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. one of the best buffet breakfast setakat ni yg saya dah pergi 👍🏻

      Delete
  9. Banyaknya pilihan kat sini. Suka tengok banyak stesen macam ni. Puas hati.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .