Birthday Staycation di Le Meridien Kuala Lumpur (Part 1)
Sedar tak sedar, dah sampai ke hujung bulan Jun tapi cerita staycation masa birthday aku tempoh hari belum lagi keluar. Bukan apa, banyak sangat gambar nak kena edit so tu yang separuh jalan meng edit jadi malas hehe. Tapi sekarang dah edit semua gambar staycation ni apa lagi here's the review pengalaman staycation di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur.
|
Refleksi Le Meridien KL dari bangunan Hilton KL |
Macam biasa, tempahan dibuat guna apps Marriott Bonvoy supaya dapat ganjaran Elite Night. Based on budget yang diberikan oleh Suami Terchenta, mula-mula aku plan nak book hotel The St. Regis tapi bila aku tengok Le Meridien KL ada buat promosi Family Escape package (bilik suite + bilik Deluxe percuma untuk anak-anak) dan harganya tak jauh beza dengan The St. Regis, aku tukar fikiran dan tempah pakej di Le Meridien KL je.
|
Berbaloi sebab dapat complimentary bilik Deluxe termasuk sarapan pagi |
Hotel Le Meridien KL terletak bersebelahan je dengan KL Sentral dan bersambung dengan Hotel Hilton KL. Ada laluan khas di aras B1 yang menyambungkan hotel dengan KL Sentral dan Nu Sentral. Kalau drive ke Le Meridien KL, boleh parking di basement dan kadarnya pun tetap untuk tetamu yang menginap di hotel (kalau tak silap, RM3 per entry).
|
Laluan dari basement parking (atas), gambar lobi hotel (bawah kiri) dan kaunter daftar masuk (bawah kanan) |
Proses daftar masuk cepat dan kakitangan di kaunter pun melayan dengan mesra dan profesional. Oleh sebab aku ialah ahli Silver Elite, kakitangan hotel terus bagitau yang masa daftar keluar dah dilewatkan sampai pukul 5 petang esoknya (masa daftar keluar biasanya pukul 12 tengahari). Ni la antara keistimewaan sebagai ahli Silver Elite Marriott Bonvoy yang aku suka, bila dah bayar bilik hotel harga premium mestilah nak luangkan lebih banyak masa di bilik hotel.
Bilik aku dan Suami Terchenta dan bilik anak-anak bersambung antara satu sama lain (connecting rooms). Jom tengok bilik anak-anak iaitu bilik Deluxe:
|
Bilik deluxe dengan 2 katil single |
|
Bilik air dengan ruang shower |
Dan ni pulak ialah bilik aku dan Suami Terchenta:
|
Bahagian ruang tamu |
|
Ruang meja kerja yang selesa |
|
View dari ruang tamu menghadap ke bilik tidur |
|
Bilik tidur one-bedroom suite |
|
View dari tepi katil menghadap TV |
|
Kamar mandi yang luas dilengkapi dengan bathtub yang besar |
|
Ruang shower dilengkapi dengan rain shower dan jacuzzi shower |
|
Ruang tandas (kiri), botol air mineral (atas kanan), peralatan mandi (bawah kanan) |
|
Kemudahan lain yang disediakan - stesen minuman panas (kiri), peti sejuk dengan minuman tin dan jus (tengah), almari dan bathrobe (atas kanan) dan seterika dan papan seterika (bawah kanan) |
Sebelum ni, aku pernah menetap di bilik suite hotel Le Meridien Putrajaya, Aloft KL dan Majestic Kuala Lumpur (kebanyakannya aku dapat upgrade percuma sebagai ahli Silver Elite). Boleh dikatakan bilik suite Le Meridien KL ni paling cantik dan nampak paling mewah berbanding bilik-bilik suite di hotel-hotel yang aku duduk sebelum ni (walaupun bilik lebih kecik berbanding suite Le Meridien Putrajaya).
Masa buat tempahan, aku dah inform hotel siap-siap yang tujuan staycation ialah untuk sambut birthday aku. Masuk-masuk bilik je dah nampak belon, biskut, coklat dan kek cawan beserta kad birthday atas meja di ruang tamu.
|
Dapat birthday surprise dari pihak hotel |
|
Siap ada kad birthday lagi |
|
Tak sangka dah tua-tua gini pun masih suka dapat belon 😂 |
Banyak perkara yang aku suka tentang Le Meridien KL ni, antaranya bilik yang selesa, tilam dan bantal yang empuk, reka hiasan yang moden dan mewah, tile marmar di ruang tamu dan bilik air, udara yang bersih dan wangi (ni kat semua hotel Marriott Bonvoy memang aku perasan) dan kelengkapan bilik yang dijaga baik. Tapi ada jugak aspek yang aku rasa Le Meridien kena perbaiki antaranya tiada kemudahan mobile key seperti di Hotel Aloft, masih lagi menyediakan air dalam botol plastik (kebanyakan hotel 5 bintang contohnya Grand Hyatt, Mandarin Oriental KL dan Four Seasons KL dah bertukar kepada air minuman dalam jag air untuk mengurangkan penggunaan botol plastik dan lebih mesra alam sekitar) dan tiada mesin membuat kopi dalam bilik. Harap lepas ni pihak pengurusan hotel boleh pertimbangkan penambahbaikan yang aku senaraikan ni.
Secara keseluruhannya, aku tetap rasa yang Le Meridien KL ialah hotel yang menarik untuk staycation dan kalau ada bajet lebih tu, boleh cuba merasai pengalaman duduk di bilik suite Le Meridien KL terutamanya dengan menempah pakej Family Escape ni. Dengan membayar harga bilik suite, boleh dapat satu lagi bilik Deluxe untuk anak-anak. Jadi parents ada la privacy sikit nak berguling-guling macam dalam filem Hindustan pun boleh hihi.
Next part, aku akan ceritakan pengalaman sarapan pagi di restoran hotel (Latest Recipe) dan fasiliti kolam renang di hotel Le Meridien yang unik. Kenapa aku katakan unik? Haa... nantikan sambungan seterusnya!
Best eh... nang exclusive rupanya... grand bangat... happy belated birthday carney!! mun perlu edit gambar nang alu lambat cerita nak keluar nk ooo.. sampei kadang² terus x keluar.. haha
ReplyDeleteaok, sekali-sekala Jun berik green light staycation di hotel best2 tok apa lagi peluang keemasan buat bininya 🤭
Deletewah..bestnya. happy belated birthday!!!
ReplyDeletebest MA. Rasa macam taknak balik pun ada jugak hihi...
DeleteMemang nampak mewah dan bersih. Ini memang bilik sahaja.
ReplyDeleteAnak2 pun suka lepak bilik kiteorang, tengok tv di ruang tamu tu hehe
DeleteTerpaling best dia bagi check out pukul 5 eh.. tak dapat di mana2 tu. Dapat stay sini memang rasa tanak balik la.
ReplyDeleteIye SK, rasa taknak balik hehehe. Berangan2 nak buat ID kat rumah macam bilik hotel ni.
Deletetu bkn tua mama, hehe, tu remaja purba., ;p
ReplyDeletehahaha 2x5 je tu Wak 😝
DeleteMacam takde ruang nak komplen je tempat ni....
ReplyDeleteTakkan post yg best2 aje uncle hehe.
DeleteBesar biliknyaaa .. senang connecting camtu kann.. Sis member Marriot gak tapi belum pernah stay sendiri, stay sponsor jer hahahaha LOL kannn
ReplyDeletelagi best tu, stay percuma hehe layanan pun mesti kalah VVIP ni 😜
DeleteTerbaiklah 👍👍👍
ReplyDeletealhamdulillah, rezeki suami belanja hihi
Deletedpt byk complimentary tu mmg syok..nk2 ari special birthday plak kn....dlm bilik ada bathtub tu best...pernah menang contest dpt berbuka puasa kt Le Meridien ni tp lama dh thn 2013
ReplyDeleteBetul sis, siapa tak suka kan benda2 complimentary ni hihi. Member Marriott Bonvoy dapat birthday cake bila stay hotel dalam birthday month, tapi kena inform hotel masa booking.
DeleteSeronoknya staycation, bilik hotel nampak luas dan mewah.
ReplyDeleteAlhamdulillah, memang selesa duduk di bilik suite Le Meridien KL.
Delete5-star hotel...bilik cantik, faciities the best..
ReplyDeleteYa, memang best facilities kat sini.
DeleteHappy belated birthday Caraneyz.
ReplyDeleteSeronoknya sambut di tempat ekslusif begini.
Tambah seronok apabila dikelilingi anak-anak sekeluaga.
Alhamdulillah, terima kasih Kak Amie 🥰
Deletekalau guna apps tu, dlm setahun brapa kali kita kena check in hotel supaya boleh dpt reward2 tertentu?
ReplyDeleteni antara hotel yg teringin jg laa sy nak lepak2 golek2 dan berhealing😁 selain hiton dgn st regis tu..
wahhh syok nyaaaa dilayan baik dgn.pihak hotel. kalau sy dah melompat2 lupa daratan dah walaupun dpt belon je😁
anies kena register jadi member Marriott Bonvoy dulu, lepas tu kena dapatkan minimum 10 malam elite setahun utk naik status jadi ahli Silver Elite. Kadang2 MB ada buat promotion bayar harga bilik 1 malam dapat 1+1 malam elite percuma dalam tempoh promotion, jadi kalau stay 5 malam dalam tempoh tu dah boleh dapat 10 malam elite (5 malam elite berbayar + 5 malam elite percuma) 😄
DeleteBesar biliknya. Boleh muat ramai.
ReplyDeleteKatil king tu pun besar boleh muat 4 orang, tapi kalau nak selesa 3 orang je la hehe. Ruang tamu tu kiteorang buat ruang solat, tapi kena alihkan kerusi single tu ke tepi sbb nak bagi muat ruang solat berjemaah
DeleteBest kan? Ni pi hari apa ni..kalau pi hari biasa napenkuta x tau ni..opis kita sebelah Aloft tu aje..perkataan Malakoff dh diturunkan tunggu logo baru kaler blue...hahaha...
ReplyDeleteNi throwback awal bulan arituh SA. Perasan jugak ofis Malakoff kat situ. Ofis kakak saya pun dekat2 situ jugak hehe.
DeleteSuka dengan complimentary yang diberikan.. Banyak.. Bilik pun besar dan cantik.. memang pakej berbaloi..
ReplyDeleteMemang berbaloi Sha, bayar harga satu bilik dapat 2 bilik
DeleteWoww..Boleh tak nak Happy Belated Birthday to youuu 😆 Seronoknyaaaa hotel luas Gini...Selesa nak bercuti..Siap ada bath tub ek..Pool lagi..aaaa..mantap percutian ni..eheheh
ReplyDeleteYe, akak suka sangat2 hotel ni, makanan buffet breakfast sedap2, katil dan bilik selesa, mandi pool syok, dekat dengan KL Sentral & Nu Sentral mall... Best giler staycation kat sini 👍🏻
Deletelove to read this entry!! sbb saya pun sukaaa staycation dan the best part--dpt bday gift tuuuu!! if i may ask, berapa exact rate utk bilik yg u amik ni yer?
ReplyDeleteDalam 1.2k sebab pilih bilik suite. Bilik deluxe utk anak2 complimentary. MZ cari family escape package, memang berbaloi 👍🏻
Delete