Baca juga:

Amaran: Post ni banyak gambar!

Ni la akibatnya bila jarang-jarang berjumpa, bila berjumpa je kena la ambik gambar untuk kenang-kenangan. Ye la, tak tau bila dapat berjumpa lagi lepas majlis ni.


Dari kiri: Amat (anak Sislin), Shai, Che Mat, Kak Siti, Kak Ret, aku dan Suami Terchenta

Amat anak bongsu Sislin ni dah dekat sama tinggi dengan Suami Terchenta. Lepas ni kita tunggu jemputan majlis Amat pulak baru kumpul ramai-ramai lagi agaknya. Sebenarnya geng kiteorang ni tak cukup korum sebab Sodep tak dapat datang pulak. Kalau tak lagi havoc.


Ni sorang lagi geng lama dari zaman Msjbox dulu, Kak Diella (Bondarock) dengan suami dan anaknya Iman

Hubungan kiteorang rapat dari dulu lagi. Dari zaman bujang sampai dah berkahwin dan beranak cucu. Haa, nampak tak lamanya persahabatan kiteorang. Banyak kenangan manis dengan Geng KAMIE - dari kejadian khemah bocor kena ribut,  jalan-jalan di KL, Melaka dan Pulau Pinang, buat event berbuka puasa sama-sama dan berkaraoke sampai tengah malam!  


Dengan Sislin sebelum mak pengantin sibuk melayan tetamu yang lain 🤭

Ni pulak lepas habis melantak

Mula-mula tak ingat siapa dia ni, tapi Kak Ret bagitau ni la Kandryx yang rajin join event buka puasa dulu-dulu. Sorry Kandryx, maklumlah dah tua makin hilang ingatan 😂

Bergambar dalam dewan pulak, kali ni without the men

Selain berjumpa blogger-blogger lama, aku berpeluang berjumpa dengan Sunah Sakura, Nona dan JDT Bloggers yang lain (maaf sebab tak kenal yang lain-lain). Selalu BW tinggalkan komen kat blog dieorang, kali ni baru dapat berjumpa depan-depan.


Dengan Nona dan Sunah

Alamak, yang tengah-tengah Sunah dan Nona tu tak cam pulak siapa tapi muka familiar...

Sambung sesi mengopi (dan mengeteh) lepas habis majlis. Banyak gosip nak kena catch up ni 😂 (takdelah, sekadar berborak kosong je sambil konon-konon buat plan aktiviti seterusnya)

Kita tunggu giliran Amat pulak naik pelamin baru dapat berkumpul ramai-ramai macam ni kan!

Setel cerita pasal berjumpa bloggers yang baru kenal dan bloggers yang dah lama kenal, next entry baru cerita pasal majlis kahwin Nas anak Sislin yang gilang-gemilang! Everything was perfect dari mula sampai akhir. Tahniah buat Sislin dan Abang Sabar sekeluarga sebab majlis tu takde cacat-cela (ala setakat sikit-sikit tu biasalah), tapi bagi aku majlis tu wow sangat, lain dari majlis kahwin Melayu yang aku pernah aku hadiri. Nantikan ceritanya ya!

34 comments:

  1. Bestnya sekali harung reunion sekali semua blogger JDT

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah, reunion geng2 Msjbox sekali dgn jumpa sidak blogger JDT 😄

      Delete
  2. Replies
    1. Seronok Cik Nor. Ada yang tak pernah jumpa bertahun2 dapat jumpa balik dalam majlis ni. Alhamdulillah.

      Delete
  3. Semuanya nampak happy dapat berjumpa semula... Terbaiklah 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, happy sangat2 sebab dulu selalu je jumpa sekarang dah jarang2 walaupun duduk di KL, dekat2 je tu. Sislin je yg jauh sikit kat JB.

      Delete
  4. Ternyata sama saja dengan disini, Mbak. Maksud saya kalau sudah lama tidak berjumpa dengan teman, pastilah waktu habis untuk saling berbagi cerita dan...berfoto ramai-ramai.
    Persis sama seperti bila saya berjumpa teman-teman sekolah dulu.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya kan Pak, sebab tak pasti kapan akan berjumpa lagi makanya harus berfoto ramai-ramai buat kenangan.

      Delete
  5. Bukan beshe-beshe ni....

    Seronok dapat berkumpul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beshe la Uncle.. berkumpul dgn geng2 lama memang best hehe

      Delete
  6. Hi..Salam perkenalan Kak.. Nice to meet you.... Yang tengah antara saya ngn cik Sunah tu blogger byfarahh.com .. Farahuda namanya..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan nona hihi... tu la berjumpa jugak akhirnya. oo... mungkin penah BW kat blog dia sbb tu nmpk familiar.

      Delete
  7. wah meriahnya ramai geng blogger ada. selamat pengantin baru buat anakanda sislin

    ReplyDelete
  8. Sleeping pads, whether automobile or camping gear nz, are OK, since your vehicle will do all the heavy lifting. It's important to consider your needs in terms of square footage, monthly rent, and personal style before settling on a certain residence. You, dear dreamer, will find one of these choices to be ideal.

    ReplyDelete
  9. Meriahhhh..jumpa sahabat lama & baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, rezeki berjumpa kawan2 lama dan baru.

      Delete
  10. Memang nampak meriah sungguh!
    Tentunya menjadi kenangan indah yang tak dapat dilupakan.
    Moga ukhuwah sentiasa berpanjangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen2x... bila jarang2 berkumpul terus jadi meriah bila dapat berjumpa. Banyak kenangan manis dengan geng2 ni Kak Amie.

      Delete
  11. Ni dah macam gathering para blogger 😃
    Seronok sesekali dapat berkumpul gini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kan, sebab Sislin jemput ramai rakan media termasuk rakan2 blogger sekali hehe.

      Delete
  12. yang tetengah tu Huda, byfarahh.com hahahah.. JDT Blogger juak nya ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok, ada nona padah hehe. Patutlah mukanya familiar...

      Delete
  13. Seronoknya...x ingat pernah jumpa Nona ke x..hahahaha...maklumlah dah lama SA pencen pi event kat KL...rasanya macam Nona ada datang KL...ke salah orang..hahahaha....apapun..insyallah sampai masa nanti kita berkumpul plak gathering lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, teringin nak jumpa SA jugak. Mesti meriah kalau ada gathering utk blogger2 di KL jugak, macam bloggers JDT dieorang rapat dan selalu dijemput buat review kat hotel2 / event2 di JB.

      Delete
  14. Oh saya sangat cemburu buta kerana tidak menghadiri majlis yang gilang gemilang ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kiteorang sebut2 nama ko Sodep. Kalau ko ada mesti lebih meriah tau. Nanti Amat kawen datang tau (ceh, aku pulak jemput bagi pihak Sislin 😝)

      Delete
    2. Yaa time Amat kawin datang tau Sodep.. nak bt konsep Psar Malam pulakkk..

      Delete
    3. Aah, nak tumpang kiteorang pun boleh klu takde transport. Nak merempit dengan Shai boleh jugak tapi ko kena peluk dia kuat2 sbb dia bawak laju tu, sampai kl lebih awal dari kiteorg hahaha!

      Delete
  15. Alhamdulilh terharu Sis okay.. cuma kontrol nangis takut makeup cair hahahaha..
    Btw thanks korang semua sudi datang meraikan anak Sis.. next kita set date kita gather pulak tepi sungai hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sabar nak gathering lagi sekali ni. Mesti gempak abis hehe

      Delete
  16. majlis reunion tak rasmi ni... blogger johor ramai... nak berkumpul pn sng sbb ramai duduk area JB kan? blogger kak azian khalil ada juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti pulak anies hehe. Biasalah, rajin tegur di alam maya tapi bila jumpa tu kadang2 tak cam muka jugak.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .