Kalau dulu geng kiteorang buat kecoh di majlis perkahwinan anak kedua Sislin, kali ni kiteorang nak terjah pulak majlis perkahwinan anak sulungnya si Nas. Haa... Mula-mula kenal si Nas ni masih belajar di sekolah rendah, sekarang dah jadi isteri orang. Tahniah kakak!

Sebelum bertolak, macam-macam drama pulak berlaku. Mula-mula Suami Terchenta tiba-tiba bagitau bos suruh masuk kerja weekend tu. Kak Retna pulak kereta tiba-tiba rosak, siap dah bagitau Sislin kata tak dapat datang. Sudahnya aku ajak Kak Ret teman aku drive ke JB share bilik hotel sekali sebab dah bayar penuh, rugi pulak kalau tak datang. 

Tup-tup pagi Sabtu Suami Terchenta kata nak ikut pulak (anak-anak bermalam di rumah kakak aku sebab mak aku baru sampai di KL). Besar kecik besar kecik je aku tengok Suami Terchenta! Tapi dia kata tak pe la dah janji dengan Kak Ret duduk bilik hotel sama-sama, so Suami Terchenta kata dia cari hotel lain je. Aku suruh dia tanya Shai (ex-blogger dan geng kiteorang jugak) kot-kot boleh tumpang bilik hotel Shai je, tapi dia taknak pulak. Takut tiba-tiba tengah malam dapat work call tak lah mengganggu orang lain tidur.


Rombongan dari Sentul bertolak ke JB!

Che Mat dan Kak Siti Delima pulak dah bertolak pagi-pagi lagi, jadi kiteorang la yang bertolak lambat sikit. Mula-mula Kak Ret request berhenti kat Starbucks Seri Kembangan. Alang-alang kiteorang pun nak kena isi minyak jugak, jadi singgah la kat sini. Kak Ret siap belanja air Green Tea Frappuccino (untuk aku) dan Java Chips Frappuccino (Suami Terchenta), terima kasih tau!


Selfie dulu sementara tunggu pesanan kiteorang siap

Perjalanan ke JB kali ni ambik masa 5 jam sebab jem di Seremban dan Melaka, lepas tu banyak pulak kereta dan lori yang menghala ke Johor.  By the time singgah makan tengahari di RnR Pagoh,  jam dah menunjukkan pukul 3 petang. Nasib baik badan tak menggigil kelaparan, dah la lupa beli kudap-kudap masa isi minyak tadi huhu...


Pukul 3 petang pun masih ramai yang macam kiteorang ni baru nak cari makanan tengahari

Aku pilih nasi ambeng

Suami Terchenta ambik nasi beriyani ayam

Kak Ret pilih bihun sup kalau tak silap

Lepas makan, kiteorang meneruskan perjalanan sampai ke JB.


Alhamdulillah, akhirnya sampai ke Hotel Thistle JB pukul 5 petang

Since hotel booking atas nama Suami Terchenta, terpaksa mintak tolong dia check in kan bagi pihak. Panjang bebenor barisan check-in, kita ni dah la letih nak cepat-cepat masuk bilik, mandi, solat jamak dan berehat sekejap sebelum pergi ke majlisnya sebelah malam.


Sebab kenapa kiteorang pilih menginap di hotel ni

Lepas check-in dan dapat kunci bilik, terserempak pulak dengan Che Mat dan Kak Siti baru balik dari berjalan-jalan kat kawasan kolam renang hotel. Laa... rupa-rupanya dieorang pun duduk Hotel Thistle malam tu. Beria-ria kata tidur kat Hotel New York. Kak Siti kata kena prank suami sendiri 😂 Sabar je la ye...


Seronoknya, lama tak berkumpul ramai-ramai macam ni.

OK la berhenti kejap sebab nak ambik Khadeeja balik sekolah. Nanti sambung cerita pasal event malam tu. Sislin dah macam retis je aku tengok! Excited sangat, bukan setakat jumpa kawan-kawan lama, tapi dapat bertentang mata dengan blogger-blogger yang tak pernah bersemuka sebelum ni. Nantikan sambungannya!

32 comments:

  1. Jauhnya pergi makan kenduri. Apa pun, seronok dapat jumpa rakan-rakan bloggers, kan. Korang nampak macam dah lama kenal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, kenal dari 2016 kalau tak silap. Dekat2 10 tahun jugak la, dari anaknya Sislin kecik sampai la dah nikah hehe.

      Delete
  2. Aiseh... kita tak kenal awak yg mana satu.. rupa2nya dtg sekali dgn Ret ke? Mmg panjang barisan masa check-in tu, Spore cuti sek sebulan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, sis pun datang jugak ke malam tu? Yang mana satu ye? Alahai, maaf la tak cam muka dan berkenalan.

      Delete
  3. Sebenarnya Sis Lin ada jemput SA gak..SA mmg ada plan nak turun JB 10hb..tp x berjodoh nak pi sebab Mak Pah sakit kan...nak uruskan persiapan nikah SA pun terbantut...sebab tu SA x RSVP kat Sis Lin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la kan, faham2x... Takpe, Insha Allah ada rezeki kita jumpa dgn SA 😉

      Delete
  4. Dapat bayangkan kemeriahan tu :D
    Tak sabar pulak nak tunggu cerita wedding-nya 🤩

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, tengah in progress hihi. Banyak gambar dieorang share dalam group wassap nak kena pilih2 dulu. Insha Allah esok keluar Part 2 pulak hehe.

      Delete
  5. Ingat rombongan ramai naik bas tadi. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rombongan naik Exora je hehe. Ingat nak konvoi sesama tapi sebab asben last minit bgtau nak ikut sekali tu yg bertolak lambat sikit.

      Delete
  6. Seronoknya dapat bersua muka. Sambil menyelam minum air. Hadir majlis kahwin dapat bertemu bloggers lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, lama dah kiteorang tak berkumpul bersama2 ni Kak Amie. Bila jumpa tu, kecoh je masing2.

      Delete
  7. Rindok Ati eh dapat berjumpa geng² blogger. Dapat dibayangkan betapa meriahnya bila berjumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok, ney tauk tahun depan balit raya dapat berjumpa dengan kitak duak Kakmim kah 😄

      Delete
  8. Wow..sure meriah majlisnya..best bila dapat jumpa rakan2 dialam maya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meriah, kecoh sekejap bila berjumpa kawan2 blogger yg lama.

      Delete
  9. Patut kmk rasa mcm blogger Shai jak dlm pic sebelum tok... nang nya padu... nya kawen dgn blogger juak kn dolok? eh betul kah??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok, Shai nok selalu tolong organize event Msjbox dolok hehe.

      Delete
  10. Asik nih Mbak kalau pergi keundangan pernikahan berombongan begini.
    Tambah asik apalagi bila sedah lama tidak ketemu, dijamin heboh selama perjalanan.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya Pak, memang heboh bila ketemu blogger2 / geng2 lama. Peluang yang jarang2 ni.

      Delete
  11. Gigih datang.. Terbaiklahhh! Kita pun first time jumpa..Nampak akak muka penat malamtu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti la datang, bukan selalu dapat gathering dengan geng2 lama hehe. Ye, penat tapi berbaloi seronok jumpa korang semua 😉

      Delete
  12. jauh perjalanan carneyz ke majlis.. briyani johor sedap tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, kali ni dapat jemputan jauh hehe. tu la sedap briyani johor tapi saya takut mengantuk pulak hehe

      Delete
  13. KL bloggers jumpa Johor bloggers...

    ReplyDelete
  14. Baru baca part 1 pun dah terasa kemeriahannya.
    Nilai persahabatan yang indah, sanggup datang dari jauh 💪🏼

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah kenal rapat bertahun2, duduk jauh pun sanggup datang ❤️

      Delete
  15. Happy gilerr jumpa korang, maaf tau kalau terkurang layanan.. nasib laaa korang stay situ, so dapatlah borak lama lepas majlis, jumpa lagi banyak kali dalam lift dan sarapan pagi sesama hahahaha.. love you all...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la tak puas rasa berborak2 kan. Sedar2 dah tengah malam. Nanti datang kl kita lepak2 makan2 lagi hehe

      Delete
  16. agaknya para tetamu sis lin semuanya menginap di hotel yang sama kot? tu yg ramai check in😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. dieorang dah check in awal2. Masa kiteorang beratur tu ramai Singaporean yang baru sampai.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .