Minggu lepas Kak Ret bagitau Fanny nak turun ke KL dan ajak berjumpa. Eh, tetiba aku pun nak join sekali! Bukan selalu dapat jumpa rakan-rakan blogger ni.
Jadinya kiteorang setuju berjumpa di Dotty's KLCC. Ada gak terfikir nak ajak jumpa di Little Penang Cafe tapi memandangkan kiteorang berjumpa lepas waktu makan tengahari, sudahnya tukar fikiran minum petang di Dotty's je.
Kesian Fanny dan kawannya Farah, sebab dah lama tak ke KL jadi dieorang tersesat jalan pulak 😅. Nasib baik Kak Ret sampai tak lama lepas aku duduk dalam kafe ni. Adalah teman bersembang.
Akhirnya Fanny dan Farah pun sampai. Finally, ketemu juga sama Fanny! Salam kenal ya. Cantik orangnya, tak nampak macam mak anak dua hehe.
Dari kiri: Farah, Fanny, Kak Ret & aku |
Selama ni saling meninggalkan komen di blog masing-masing, kali ni baru ada kesempatan bertemu muka. Buat pengetahuan korang, Fanny ni kaki travel dan foodie, jadi blognya selalu bercerita tentang negara-negara yang dilawati dan tempat-tempat makan menarik di Jakarta dan tempat-tempat yang dilawati. Farah ni ialah geng travel Fanny.
Walaupun first time berjumpa, tapi kiteorang bersembang macam dah kenal lama. Dari topik jalan-jalan, keluarga sampai la ke topik kerja. Kelakarnya dieorang cerita plan jalan-jalan cari makan di Melaka ni idea kawan dieorang, tapi end up kawan tu tak dapat cuti dan terpaksa ambik flight lambat sikit. Sebab tu dieorang buat keputusan jalan-jalan di KL dulu.
Sempat jugak mengabadikan kenangan pertemuan pertama di depan menara berkembar Petronas.
Blogger Malaysia sama blogger Indonesia |
Kredit foto: Kak Retna |
Akhir sekali sebelum berpisah, kiteorang bertukar-tukar buah tangan. Sebenarnya tak expect pun Fanny akan bagi buah tangan kat aku sebab kira last minute jugak aku bagitau nak ikut jumpa Fanny. So sweet kamu Fanny, terima kasih ya 🥰. Kalau datang ke KL lagi, bagitau je la nanti boleh bawak jalan-jalan cari makan laksa Sarawak 😉.
Alhamdulillah, macam tau2 je aku memang niat nak beli telekung baru 😍 |
wah seronoknya dpt gather2 ngan geng2 blogger.. meriah!
ReplyDeletetu la, bila dapat gather2 dgn MA pulak ni hihi
DeleteWahhh.. bestnya.. ada nangga di ig kakret tp g blog nya lom nya update papa pg td.. padu ktk tek ada juak sekali
ReplyDeleteAok kmk ngegeh juak mok ngekot hehehe.
DeleteOklah ya... menambah kenalan 😂😂
DeleteYalah tek, bila gik ada peluang giya nak hehe
DeleteFanny dah turun Malaysia rupanya. Hehe.
ReplyDeleteAah dah di Malaysia. Sekarang dia jalan2 di Melaka.
DeleteWah! Beruntungnya!
ReplyDeleteTu la, tengok IG dia dah sampai Melaka!
wah uncle pun follow IG Fanny ye 👍🏻
DeleteFuhyooo, mesti meriahh berjumpa ngan dorang ek 😄
ReplyDeleteTeringin gak jumpaaaa
Rasa macam dah lama kenal hehe
DeleteAhhh.. seronok! Saya jumpa blogger JDT pun dah excited sgt hehe.. ambil semangat..
ReplyDeleteBlogger JDT lagi la aktif selalu buat gathering kan. Memang best dapat jumpa rakan2 blogger 😉
DeleteCantik Fanny. Seronoknya, dapat berjumpa. :)
ReplyDeleteTak macam mak anak dua kan? Bila pulak nak jumpa Nur ni? 😉
DeleteWah....keren banget bisa bertemu blogger Malaysia dan Indonesia.
ReplyDeletePersahabatan memang tidak dibatasi oleh negara ya Mbak.
Saya kagum dengan Mbak Carneyz dan Mbak Fanny, sahabat-sahabat blogger saya juga.
Semoga persahabatan kian terjalin.
Salam persahabatan,
Ya Pak, keren banget bisa bertemu Mbak Fanny walaupun sebentar aja. Moga2 ada peluang dan waktu berjumpa dengan Pak Asa sekeluarga jugak 😄
DeleteSemoga saja ya Mbak.
DeleteSalam blogger,
Ya, semoga saja Pak 😄
Deleteakhirnya dah update ye.. kita x sempat lagi hahaha.. tgh cari mood.. byk entry tertunggak ni.. btw dah tukar layout la.. nice!!! Nak tukar juga la tp mls nya nak update coding adsence or etc hahaha
ReplyDeleteAah macam renyah sikit la adjust2 apa2 yang patut kat template tu hehe. Tapi puas hati dengan layout yang baru sekarang. Cepat Kak Ret, kena cari jugak mood tu sebab weekend ni nak kena update cerita baru pulak hehe
DeleteKak ret sama macam Fanny. Draft tulisan nah numpuk, tunggu mood baru bisa selesai itu 😂😂. Tapi nanti supaya cepat, Fanny nak update di IG ajalah.. nunggu mood nulis di blog, ntah kapan datangnya 🤣
Deletefahammm 🤣 saya baru balik dari staycation, tapi kena tunggu mood rajin dulu baru update pasal hotel tempat staycation tu. Harus ada mood pilih2 gambar aja dah sekian lama...
DeleteAlhamdulillah.. bertemu akhirnya... fanny memang peramah, kan?
ReplyDeleteMacam jumpa kawan lama, banyak benda kiteorang bersembang berempat hari tu. Kawannya Farah tu pun lucu gak. Anies sempat bawak dieorang ke mana2 ke?
DeleteSeronoknya dapat jumpa kawan-kawan blogger macam nie kan Carneyz..
ReplyDeleteBetul Kak Sue. Bila berjumpa tu, lagi banyak benda yang dikongsi bersama.
Deletesyoknya pertemuan blogger 2 serumpun.. tentu mesra mcm dh lama kenal kan
ReplyDeleteAlhamdulillah, bila berjumpa rancak je berborak macam2 topik yang keluar :)
DeleteBestnya dapat jumpa Fanny...nanti jumpa SA plak ye...eh..kalau kita jemput awak datang wedding kita awak nak datang x? kita ada plan nak ajak blogger ramai2..hehehe...
ReplyDeleteInsha Allah klu SA jemput kita datang memeriahkan majlis hehe. Jom SA, sempena birthday month ni kita lepak kat Starbucks dgn Kak Ret sekali, boleh claim birthday cake terus hehe.
DeleteSenaaaaang sangat bisa ketemu kak carneyz dan kak ret jugaaak. Kak ret bagi tahu kalo dia nak datang dengan kakak. Itu H-2 kasih tahunya. Langsung lah Fanny cari oleh2 yang bisa cepat sampai 😂.
ReplyDeleteKalo tahu dari awal, Fanny samakan oleh2nya seperti kak ret punya .
Pasta laksa dari kakak, nak Fanny masak Minggu ini lah. Dah beli bahan2nya 😄.
Nanti kalo ke Jakarta, Kaka kasih tahu yaaa, kita jumpa lagi nanti 😘
Eh, saya senang sekali dengan hadiah dari Fanny, sebab sebenarnya memang ada niat nak beli telekung baru 😍 Terima kasih ya Fanny, moga2 pahala solatnya juga mengalir kepada pemberinya, ameen2...
DeleteNanti jangan lupa post laksa yang dah siap masak ye 😄