- Alhamdulillah, saya telah direzekikan merasai pengalaman menjadi seorang orang kelainan upaya (OKU).
- Menariknya menjadi seorang buta, saya tidak lagi takut gelap.
- Bila kita tak nampak, kita kurang menilai orang.
- Saya bertanya kepada Allah, adakah kerana ujian penglihatan ini adalah untuk saya masuk syurga, kalau ya saya redha.
- Saya lebih suka melihat semua perkara dari perspektif yang lebih menyeronokkan / menggembirakan hati dan boleh membuatkan kita move forward,
- Ujian saya panggil gurauan, kenapa? Saya harap atau assume yang Allah bergurau dengan saya, sebab kita hanya bergurau dengan orang yang kita sayang.
Sumber tangkap layar: IG @mashyta_oneandonly |
Sifat Redha
- Redha menerima peraturan (hukum) Allah SWT yang dibebankan kepada manusia.
- Redha menerima ketentuan Allah SWT tentang nasib yang menimpa diri.
Redha Menerima hukum Allah SWT
Redha menerima hukum-hukum Allah SWT adalah merupakan manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada Allah SWT kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa.
Merasa tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senang menerima syariat yang digariskan oleh Allah SWT dan RasulNya adalah memancar dari mahabbah kerana cinta kepada Allah SWT dan inilah tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepadaNya.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Tetapi tidak! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu (Muhammad SAW) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh-sungguh". (Surah An-Nisaa': Ayat 65)
Dan firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan RasulNya berikan kepada mereka sambil mereka berkata: 'Cukuplah Allah bagi kami, Dia dan RasulNya akan berikan pada kami kurniaNya, Sesungguhnya pada Allah kami menuju". (Surah At-Taubah: Ayat 59)
Pada dasarnya segala perintah-perintah Allah SWT baik yang wajib mahupun yang sunnah, hendaklah dikerjakan dengan senang hati dan redha. Demikian juga dengan larangan-larangan Allah SWT hendaklah dijauhi dengan lapang dada.
Itulah sifat redha dengan hukum-hukum Allah SWT. Redha itu bertentangan dengan sifat dan sikap orang-orang munafik atau kafir yang benci dan sempit dadanya menerima hukum-hukum Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka (yang munafik) berkata kepada orang-orang yang di benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah SWT, 'Kami akan tuntut kamu dalam sebahagian urusan kamu', Tetapi Allah mengetahui rahsia mereka". (Surah Muhammad: Ayat 26)
Andaikata mereka ikut beribadah, bersedekah atau mengerjakan sembahyang maka ibadah itu mereka melakukannya dengan tidak redha dan bersifat pura-pura. Demikianlah gambaran perbandingan antara hati yang penuh redha dan yang tidak redha menerima hukum Allah SWT, yang mana hati yang redha itu adalah buah daripada kemurnian iman dan yang tidak redha itu adalah gejala nifaq.
Redha Dengan Qada'
Redha dengan qada' iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah (malapetaka). Di dalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah SWT, iaitu mereka memuji Allah (bertahmid) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang.
Diberitakan Rasulullah SAW apabila memperolehi kegembiraan Baginda SAW berkata: "Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan".
Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan, Baginda SAW mengucapkan: "Segala puji bagi Allah atas segala perkara" (Alhamdulillah ala kulli hal).
Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah SWT dijelaskan didalam hadis Rasulullah SAW yang lain yang bermaksud:
"Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata: jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendaklah kamu katakan: Allah telah mentakdirkan dan apa yang Dia suka, Dia perbuat!" Kerana sesungguhnya perkataan: andaikata... itu memberi peluang pada syaitan". (Riwayat Muslim)
Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah SWT ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada dua pengertian :
- Pertama: Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah SWT memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi Dirinya kerana bagi Dialah sebaik-baik Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu.
- Kedua: Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah SWT itulah yang paling baik , dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Demi Allah yang jiwaku ditangannya! Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin. Jika dia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya, dan jika dia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya".
Sumber: Facebook Dakwah Sentap
yes...sgt admire dgn puan masyitah ni, dia sgt positif and she is so happy go lucky. such a strong woman...
ReplyDeleteBetul, dia pilih untuk jadi positif dan bersangka baik dengan Allah. Kena belajar untuk jadi macam Puan Masitah ni.
DeleteFirst time nangga video nya dolok nang berjujuhan juak air mata nangis... nang nmpk nya ikhlas & redha nerimak ujiannya... dahlah eksiden balit dr berik talk ngn student kmk org (kolej komuniti)
ReplyDeleteSentiasa sik lekang dari senyuman di mukanya. Memang benarlah semakin beriman seseorang, semakin tinggi ujian Allah dengannya, semuanya untuk menghapuskan dosa-dosanya. Wallahu'alam. Semoga Allah mengangkat darjat Pn Masitah dan kita semua, ameen YRA...
Deletetersangat kagum dgn ketabahan wanita ini yg redha akan qadha n qadar yg telah ditetapkan kpdnya.
ReplyDeleteBetul Abam Kie, tak semua kita akan terima ujian dengan redha. Hanya orang yang beriman menghadapi ujian Allah dengan tenang dan hati terbuka.
Deletesaya x boleh tgk sharing dia nnt saya menangis non stop... she has a biggggg heart...
ReplyDeleteKan, bergenang jugak air mata setiap kali dengar sharing dari Pn Masitah ni. Kagum dengan kebesaran jiwanya.
Deletebetul..akak pun follow IG dia..dengar dia cakap terus kita pun auto positif..
ReplyDeleteSamalah, saya pun follow IG dia sebab nak belajar menjadi positif macam Pn Masitah ni.
Deletebila kita tgk org2 yg tabah dgn ujian ni kita akan lebih insaf dan redha. dr melihat org menunjuk2 kemewahan, kekayaan etc. ohh ada lg yg susah dr diri sendiri, dr situ kita akan lebih rasa bersyukur
ReplyDeleteSetuju sangat2. Pernah terbaca Nabi suruh kita tengok orang yang lebih susah dari kita dan tak memandang orang yang senang dari kita supaya kita lebih bersyukur dengan nikmat Allah.
Deletedia betul-betul kuat tapi dalam masa yang sama dia pun mesti sedih pada awalnya kan. tpi mcm mana dia bangkit tu sgt admire. org nampak mudah tapi sebenarnya org kuat je boleh jadi mcm dia. dia ckup2 kuat. always positif.
ReplyDeleteYa betul tu, dia memang sangat kuat mentally dan emotionally. Sebab tu ramai orang yang kagum dengan dia.
Deleteoverall kagum dgn ketabahan beliau...cuma perkataan 'bergurau' tu actually tak sesuai utk context pencipta dan hamba
ReplyDeleteMungkin itu caranya dia melihat ujiannya untuk dia jadi positif dan berlapang dada 😊
DeleteAllah akan uji sesuai dengan kemampuan hambaNya...hamba yang reda maka darjatnya akan dilipat kali ganda...
ReplyDeleteSemoga kita pun tergolong dalam kalangan hamba-hambaNya yang redha dan diberikan kekuatan seperti Pn Masitah.
DeleteSangat positif orangnya!
ReplyDeleteTu la Uncle, kagum saya dengan orang yang positif ni sebab selalunya saya seorang yang pesimis.
DeleteBukan muda tapi kita semua boleh cuba untuk ke arah yang lebih positif dalam berfikir.. Sha pun tengah mencuba..
ReplyDeleteKagum sangat dengan beliau..
Ramai yang mengagumi Pn Masitah ni. Saya pun sama, termotivasi untuk jadi positif macam dia.
Delete