Seronok aku baca catatan Aidiladha kawan-kawan bloggers hari ni. Ada yang terlibat gotong-royong korban di masjid, ada yang tak jadi korban sebab lembu lari, ada yang beraya di kampung halaman hehe. Tahun ni macam tahun lepas jugak, kiteorang tak balik ke kampung tapi pilih untuk beraya di perantauan.
Alhamdulillah, pagi tadi kiteorang berkesempatan menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negara.
Merakamkan kenangan selesai solat di Masjid Negara |
Ramai betul orang kat masjid pagi tadi, tapi syukur tak susah nak cari parking dan ada ruang kosong lagi dalam masjid.
Suasana dalam masjid selesai solat |
Khayla tak ikut sebab dia uzur jadi cuma aku, Khadeeja dan Suami Terchenta je yang pergi pagi tadi. Seronok melihat kepelbagaian budaya umat Islam dari pelbagai negara di masjid pagi tadi. Lepas tamat khutbah kedua, beberapa orang Arab mengagihkan goodies bag dengan kanak-kanak di masjid. Patutlah dieorang terkenal dengan sifat dermawan!
Tahun lepas solat di Masjid Besi Putrajaya, tahun ni pulak berpeluang solat di Masjid Negara |
Cantik suasana pagi di Masjid Negara |
Lepas balik dari solat Aidiladha, kiteorang singgah beli 2 batang lemang di Taman Dato' Senu. Tahun ni mood memasak rendang tu tak muncul-muncul, jadi aku cuma beli rendang daging dari Madam Kwan's untuk dimakan dengan lemang. Risau rendang tak cukup, aku beli lagi sebekas rendang di gerai lemang yang sama.
Ada 2 buah gerai yang masih menjual lemang di pagi raya |
Tahun ni menu raya kiteorang simple je - laksa Sarawak, lemang dan rendang. Untuk pemanis mulut, aku hidangkan kek belacan yang mak aku bawak masa dia turun KL baru-baru ni dan jugak tart nenas yang dibeli di JB masa kenduri anak Sislin.
Dari atas - kek belacan, tart nenas, lemang dan rendang |
Menyesal aku beli rendang tambahan sebab rendang Madam Kwan's tu pun dah cukup sebenarnya. Semua orang serbu laksa dulu, sudahnya bila nak makan lemang pulak masing-masing dah kenyang! 😅
Laksa Sarawak |
Atas - Masing-masing sibuk menikmati laksa Sarawak, bawah - Louis pun nak masuk dalam gambar raya! |
Petang tu, aku dan my sisters keluar girls' outing. Suami Terchenta pulak bawak anak-anak pergi ke Pavilion Bukit Jalil sebab Khayla bagitau nak beli novel kesukaannya. Itu je la pengisian Hari Raya kiteorang. Walaupun sederhana tapi yang penting seronok dapat luangkan masa kiteorang adik-beradik 💖.
salam aidil adha... wah meriah, alhamdulillah
ReplyDeletealhamdulillah, seronok berkumpul makan-makan adik-beradik pagi raya 🥰
Deletelama betul sy tak singgah masjid negara... kalau tak silap last sy pergi sebelum pkp bw mama tarawih kat situ...
ReplyDeleteada belen lg x laksa sarawak tu? sy nk dtg ni hehehe
saya buat sepeket je pes laksa tu hehe. Memang target taknak ada belen sebab senang nak cuci pinggan-mangkuk bila semua licin 😆
DeleteSedap tu Laksa Sarawak sampai tak berapa laku pulak lemangnya ya.
ReplyDeleteHehe sebab menu rare tu SK, tu yg serbu laksa Sarawak dulu. Lagipun buat satu peket pes je, memang ngam2 untuk 6 orang makan 😅
DeleteSalam Aidil Adha buat Caneyz serta family.
ReplyDeleteTeruja Mrs. A rasa pagi raya pergi solat sekeluarga.
Kalau family Mrs. A lelaki aje yang pergi pompuan duk rumah siapkan apa yang patut huhuu...
Salam Aidiladha Mrs. A. Hari raya je berpeluang solat di masjid. Kalau hari biasa jarang-jarang ada kesempatan ke masjid melainkan singgah solat di masjid waktu bermusafir 😄
Deleterindunya nak ke masjid negara. kali terakhir pi sana thn 1992 yg lampau. dah 31 thn rupa2nya...
ReplyDeleteLama tu Abam Kie. Kalau ke KL singgah la solat di Masjid Negara 😊
DeleteSimple tapi cukup bermakna.. Alhamdulillah spend time bersama kesayangan...Laksa Sarawak! Sedap! Takpa beli lauk lebih, jangan kurang 😂
ReplyDeleteAlhamdulillah, raya memang masa untuk bersama keluarga. Mujur ada adik-beradik di KL sambut sama2.. Laksa Sarawak menu paling senang nak buat tapi renyah sikit part nak carik ayam tu hehe. Akak lebih suka kalau lauk habis terus supaya tak memenuhkan peti sejuk 😂
Deletebest juga masa muda-muda begini raya di perantauan...di Sarawak tak nampak sangat Raya Haji..lembu dan kambing kena sembelih pun saya tak sempat tengok...sibuk bekerja tahun ini
ReplyDeleteKami pun tak pegi tengok lembu disembelih sebab tahun ni suami buat qurban di Mekah.
DeleteSaya suka kek belacan itu. Masalahnya susah jumpa orang hidang kek itu. Makchek saya yang hidang waktu raya Aidolfitri tapi masalahnya tahun ini tiada.
ReplyDeleteHehe tidak laku ya rendang.
Kek belacan Sarawak memang rare kat sini. Rendang tak berapa laku sebab semua nak makan laksa Sarawak hehe
DeleteLaksa Sarawak!
ReplyDeleteSemua pakat serbu ya. Mesti sedap ni.
Alhamdulillah, rahsia kesedapan kuah laksa Sarawak ialah guna air rebusan ayam dan udang, lepas tu kisar kepala udang yang dah direbus dan masukkan sekali ke dalam air rebusan. Sebelum hidang, tapis dulu kuahnya. Ini yang mak saya ajar dari dulu 😊
DeleteBelum berjaya lagi nak solat raya di Masjid Negara.. Ada je kekangannya..
ReplyDeleteRamai warga asing yang solat di Masjid Negara. Apapun satu pengalaman yang menyeronokkan.
DeleteSelamat merayakan hari raya Iduladha untuk Mbak dan keluarga tercinta, walau sudah sangat terlambat, kareana sudah beberapa minggu ini saya tidak sempat update blog.
ReplyDeleteSaya lihat suasana di Masjid Negara demikian cantik dan terlihat sangat nyaman untuk beribadah disana. Kalau di negeri saya masjid ini setara dengan Masjid Istiqlal di Jakarta.
Salam,
Selamat Aidiladha Pak Asa. Ya betul pak, Masjid Negara ini ialah national mosque sama dengan Masjid Istiqlal di Jakarta. Saya teringin nak melawat Masjid Istiqlal, masjid terbesar di Asia Tenggara. Ramai rakyat Indonesia yang solat di Masjid Negara Aidiladha yang lalu.
Delete