1. Berbelanja lebih dari kemampuan
Ni tabiat paling buruk sebab akan mengundang masalah bukan setakat pada diri-sendiri malah orang lain! Lagi-lagi jenis yang dapat gaji je beli benda yang mahal-mahal atau berbelanja sesuka hati tapi bila dah 'kering' tengah-tengah bulan, mulalah kesana-sini mintak pinjam duit dari orang lain untuk survive. Bila dah bagi pinjam, buat-buat lupa nak bayar balik. Bila tak kasi pinjam, dikutuknya kawan tu kedekut. Buruk kan tabiat macam ni?
2. Bergaul dengan orang-orang yang suka memperlekehkan orang lain
Your circle of friends determine your success. Kalau nak berjaya kita kena berkawan dengan orang-orang yang positif dan sentiasa beri galakan pada kita. Hindarkan dari berkawan dengan orang yang bila kita nak buat sesuatu untuk memperbaiki hidup kita, dia suka memperlekehkan niat dan usaha kita. Kawan-kawan begini hanya menjatuhkan kita sebab taknak kita lebih berjaya dari mereka.
3. Sering menganggap diri-sendiri sebagai mangsa keadaan
Orang yang selalu melihat dirinya sebagai mangsa keadaan suka menyalahkan orang lain / takdir atas nasibnya sendiri. Dia sering merasakan kalau dia berusaha pun tak akan ada hasilnya sebab ada je orang lain yang akan menganiaya dirinya. Sebaliknya kena pupuk mentaliti seorang juara yang tak akan mengalah walau apa pun cabaran dan ujian yang hadir.
4. Banyak alasan
5. Terlalu cuba untuk meraih pujian dari orang lain
Orang yang hidup untuk pujian orang lain atau menjadi idola orang ramai akan sanggup buat sesuatu perkara yang bodoh atau di luar batas semata-mata untuk mendapatkan pujian dan perhatian. Contoh terbaik, segelintir golongan influencer selalu buat benda-benda bodoh atau menunjuk-nunjuk kekayaan di media sosial untuk meraih banyak 'likes' dan 'view' dari orang ramai, sampai ada yang sanggup membahayakan nyawa sendiri / bergolok-gadai demi menjaga status dan imej di media sosial.
6. Fokus hanya pada perkara negatif
Senang cerita - be positive! Bila terlalu memikirkan perkara negatif, minda kita takkan nampak peluang di depan mata. Orang yang sentiasa positif hidupnya lebih ceria dan lebih berjaya dari orang yang sentiasa berfikiran negatif.
Sumber: Internet
Nota kaki: Nak berjaya kena pupuk tabiat yang baik dan tinggalkan tabiat yang buruk.
Nombor 6 tu uncle....
ReplyDeletehehehehhe
Sama la kita Uncle. Lepas ni kena cuba berfikiran positif hehe
DeleteSaya dah tua, barulah jumpa kawan macam point no 2 di atas. Trauma juga, sebab seumur hidup tak pernah kena dan jumpa orang macam ni. Sudah lama tinggalkan. Bukan sebab kita benci orang, tapi sebab kita berhak diberi layanan yang baik, bukan untuk jadi bahan ketawa atau diperlekehkan.
ReplyDeleteKita kena cari kawan2 yg sentiasa bagi galakan bila nak buat perkara yang baik. Tinggalkan je kawan2 yang suka menjatuhkan kita sbb dia dengki sebenarnya tu.
DeleteIn syaa Allah.
ReplyDelete6 tabiat buruk itu kita boleh hindarkan.
Insha Allah, kalau nak berjaya kena jadi lebih baik dari sebelum ni.
DeleteNo 1 paling biasa untuk ramai orang termasuk saya hehehe...sekarang mula berubah sedikit demi sedikit
ReplyDeleteSaya dari dulu tak suka berhutang jadi no. 1 tu alhamdulillah masih lagi boleh dielakkan.
DeleteHarus hindarkan 6 tabiat ini..
ReplyDeleteTabiat yang tak membawa manfaat..
Deleteno 4 tu paling 'selalu' dibuat... tak kira usia...
ReplyDeleteBiasanya banyak alasan ni selalu tak menjadi...
Delete