Jambatan Kuning Mukah
Jambatan Kuning (Jambatan Batang Mukah) - sebuah mercu tanda yang menandakan anda sudah sampai ke Mukah.  Satu masa dulu sebelum adanya Jambatan Kuning, bila nak balik kampung di Igan, kiteorang kena tunggu feri untuk menyeberang Batang Mukah. Bayangkan betapa sesaknya masa tu pada musim perayaan! Kadang-kadang setengah hari atau sehari suntuk menunggu giliran naik feri ni dalam bulan puasa dan ada masanya cuaca panas terik. Tapi dengan siapnya Jambatan Kuning pada 31 Ogos 2005, perjalanan balik ke kampung jadi lebih mudah dan lancar (Sumber: sabre2008.blogspot.com)


Menara Pehin Setia Raja
Menara Pehin Setia Raja yang menonjolkan identiti masyarakat Melanau iaitu terendak Melanau ini menempatkan pelbagai agensi kerajaan dan pentadbiran Mukah seperti Pejabat Residen Mukah. Ini juga ialah salah satu mercu tanda untuk daerah Mukah yang majoriti penduduknya dari kaum Melanau. Kat sini la kiteorang daftar sijil nikah dulu. Tapi sekarang ni Pejabat Agama Islam Mukah dah berpindah ke bangunan lain.


Tradisi Melanau
Mural tradisi Melanau di Pasar Lama Mukah - menonjolkan adat dan tradisi masyarakat Melanau iaitu pakaian tradisi, rumah tradisi dan Pesta Kaul yang cuma diadakan di Mukah Sarawak

Umai Sarawak
Umai - makanan tempatan yang paling popular dan menjadi menu wajib dihidangkan pada waktu makan tengahari / malam. Ada beberapa jenis ikan je yang menjadi pilihan untuk membuat umai dan menghiris isi ikan ni kena ada skill supaya takde tulang halus dalam umai nanti. Bahan utama ialah isi ikan, bawang holland, cili dan limau kasturi. Lepas tu boleh perasakan dengan garam dan gula. Cuma ikan segar je digunakan untuk membuat umai sebab ikan yang dah dibekukan isinya lembik dan tak berapa manis. Umai biasanya dimakan dengan sagu. Tak semua orang Sarawak pandai makan umai, contohnya Suami Terchenta. Rasanya dua kali je dia pernah jamah umai - sekali sebelum majlis kahwin (sebab atuk aku cakap kalau nak kawen dengan orang Melanau kena pandai makan umai jadi dia pun terpaksa la telan! 🤣) dan sekali lagi baru-baru ni bila makcik aku buat umai pastu Suami Terchenta rasa bersalah sebab tak jamah umai yang makcik aku buatkan khas untuk kiteorang hahaha!)

22 comments:

  1. Itu ler pentingnya ada jambatan..jimat masa dan jarak..semoga jambatan itu terus kukuh...mungkin ada jambatan baru pada masa akan datang???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti pulak. Tapi sejak adanya jambatan ni memang menjimatkan masa dengan banyak. Dulu balik kampung boleh sehari suntuk perjalanan (banyak masa dihabiskan tunggu feri) tapi sekarang ni 3 jam dah boleh sampai.

      Delete
  2. Mukah Sarawak dh ada airport kann., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama ada airport tapi baru2 ni dah upgrade airport baru dgn landasan lebih panjang. Airport lama dah tak digunakan. Teringat dulu2 nak balik ke KL naik flight twin otter dari airport lama. Bila dengar bunyi enjin twin otter mendarat baru keluar rumah lenggang-kangkung je takde rushing2 haha. Nak naik kapal terbang kena timbang badan dulu 🤭

      Delete
  3. pertanyaan psl entri wak Tulipmania Singapore sila kilik di sini :

    https://antaradohadanjakarta.blogspot.com/2023/05/travelling-to-singapore-after-pandemic.html

    ReplyDelete
  4. menarik warna jambatannya...teringin nak rasa umai...nampak fresh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ke Sarawak boleh cuba cari umai, sebab di mana2 kat Sarawak ada jual umai. Saya tak pandai buat umai walaupun orang Melanau hehe.

      Delete
  5. Teringin jugak nak mencuba umai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa jalan2 di Sarawak Kak Ujie tak sempat cuba ye? Kena ajak suami jalan2 ke Sarawak lagi nampaknya 😄

      Delete
  6. Tak pernah sampai lagi...nak jugak explore nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ke Mukah kena ada tour guide kot, bawakkan ke tempat2 tinggalan sejarah macam tengok batang jerunai (tiang pengebumian) & rumah panjang Melanau di Kampung Sok Matu. Paling elok datang masa pesta Kaul boleh tengok sendiri permainan tradisi orang Melanau dan adat Melanau yg lain.

      Delete
  7. Tak pernah rasa umai. Pernah tengok rancangan memasak di TV, tengok cara dia buat umai, dari ikan segar.
    Cantik mural tu. Suka juga tengok mural-mural yang dilukis di bangunan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah, suka tengok karya mural. Sekarang ni banyak bangunan lama yang dihidupkan semula dengan hasil seni lukisan mural di dinding.

      Delete
  8. selain Menara Pehin tu ada lg ke bangunan2 tinggi lain (macam Menara Pehin - kec kondo/rumah flat) kat Mukah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hotel Kingwood je bangunan tinggi yang lain.

      Delete
  9. Pertama kali saya makan umai sewaktu kursus di Miri di Mega Hotel. Lama dulu, tahun 1996.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama tu Kak Amie. Nak cari umai yang sedap, boleh jalan2 di Mukah.

      Delete
  10. Umai kalau tak jumpa ikan yang bagus memang tak sedap dan cara pemotongan juga wajib ada skil yang tinggi...saya boleh makan umai walaupun bukan makanan feberet hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebagai orang Melanau, wajib pandai makan umai hehehe

      Delete
  11. tak penah rasanya makan umai ni. oo carneyz melanau ye.. kubah berita mu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye mama. Wah, pandai mama bertanya khabar dalam bahasa Melanau ye.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .