perfect egg time
Panduan rebus telur

 

Hai korang... Hari ni ada yang bersarapan telur pagi tadi ke? Aku ternampak panduan merebus telur ni masa berjalan-jalan di pasaraya Mercato. So aku pun snap gambar dan letak kat sini untuk rujukan kita semua. So apa kata korang try tengok jadi ke tak telur favourite korang bila ikut panduan ni.

Masa kat rumah sewa, aku selalunya rebus telur sebab dapur kat sana pakai induction cooker jadi boleh set masa sebelum cooker tu off sendiri. Tapi bila dah terleka, kadang-kadang terlajak jugak sampai jadi telur rebus classic boiled egg padahal nak makan telur separuh masak sebab telur tu akan terus masak dalam air yang panas.

Sekarang ni, aku 'rebus' telur dalam air fryer je. Telur dari peti sejuk biasanya aku letak 15 minit pada suhu 100℃ lepas tu aku tinggalkan je la dalam tu sementara aku buat kerja lain. Selalunya akan maintain telur separuh masak, mungkin sebab telur tu ambik masa sikit nak masak sebab ambik dari dalam peti sejuk.

14 comments:

  1. Kmk 6-7 min... tp susah juaklah mok dpt perfect yg masih x masak sepenuhnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo.. kitak rebus dalam air fryer juak kah?

      Delete
  2. dulu masa belajar.. 1 kelas jugak la bab telur ni.
    pagi tadi mam sunny side up with baked bean..alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapnya sunny side up dengan baked bean. Saya suka kuning telur masih cair, anak no. 2 pulak suka kuning telur yg dah betul2 masak.

      Delete
  3. Saya tak pernah pula guna air fryer. Kalau guna air mendidih, dan masukkan dalam bekas kuning macam kat kedai mamak tu, kadang tak menjadi juga, tengok telur gred apa.Hari tu, saya guna telur gred AA, nak buat dia jadi tiga suku masak, tapi jadi suku masak sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kata Nur cuba cadangan dalam guideline ni hehe

      Delete
  4. sy follow rules ni ms memula 'viral' dulu. so skrg kalau teringin nak telur separuh masak dah tau dah berapa lama kena rebus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo.. maksudnya menjadi la ikut panduan ni ye. Thanks anies 👍🏻

      Delete
  5. suka yang last tu - hard boiled..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hard boiled paling sihat dan mengenyangkan.

      Delete
  6. Replies
    1. betul, taruk lada putih dengan kicap cair sikit sedapnya hirup dari mangkuk!

      Delete
  7. Kalo Fanny dah pasti masak sampai dia benar2 matang lah kak 🤣🤣. Sampai sekarang tak bisa nak makan telur setengah matang, apalagi mentah. Biar dikata omega, atau pakai telur jepang pun, tak nak 😂.

    Suami yg suka sangat telur dengan kuning masih cair. Mungkin karena masalah kebiasaan yaaa. Dia dari kecil sarapannya itu. Telur setengah matang, roti, susu.

    Nah saya terbiasa dengan nasi. Jadi kalo telur dah encer kuningnya, tak nak lah 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fanny macam anak saya no. 2 tu, dia pun tak suka telur yg kuningnya masih cair. Tapi dia suka telur separuh masak. Saya suka telur kuning cair, atau di sini panggil telur mata goyang. Lagi2 kalau makan dengan nasi goreng 🤤

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .