Trip Cuti Sekolah - Camping di Stellar Goldenhill Cameron Highlands (Part 2)
Baca Bahagian 1 di sini:
Trip Cuti Sekolah - Camping di Stellar Goldenhill Cameron Highlands (Part 1)
Dah nak masuk cuti sekolah penggal pertama baru nak sambung balik cerita aktiviti camping cuti sekolah akhir tahun lepas hihi.
Bila pergi camping, aktiviti utama tak lain tak bukan ialah makan-makan. Feeling dapat masak dekat open air dan atas open fire tu tak boleh nak describe rasa seronok tu haa gituhhh... Lagi-lagi dalam cuaca sejuk memang heaven dapat makan makanan panas-panas.
|
Aktiviti utama camping - BBQ |
|
Jagung beli di Cameron Highlands. Sedap dan manis isinya |
Cuaca malam sejuk bawah 20℃. Time sejuk-sejuk ni cepat lapar dibuatnya. Makan malam kiteorang ialah jagung bakar, ayam dan udang panggang, nachos dan spaghetti aglio olio (takde dalam gambar). Sebelum tidur, kiteorang memanfaatkan bara api yang tersisa dengan bakar ubi keledek dan anak-anak nak bakar marshmallow sambil hirup air coklat panas.
|
Sementara tunggu ayam panggang masak, aku buat nachos untuk alas perut |
|
Bakar marshmallow atas bara api sementara kiteorang pulak bakar ubi keledek untuk supper |
Sengaja kiteorang tak aktifkan Internet masa camping ni supaya anak-anak tak menghadap gajet je. Lepas makan, anak-anak berehat-rehat atas tilam angin sambil membaca buku.
|
Masa ni kurang sikit gangguan dari gajet, masing-masing khusyuk membaca |
Esoknya, kiteorang bersarapan pagi dengan telur dadar dan menghabiskan makanan yang dipanggang malam sebelumnya. Untuk Khayla pulak, aku buatkan roti bersalut telur dengan cheese. Lepas sarapan, tiba-tiba Suami Terchenta dipanggil masuk meeting! Sudahnya separuh hari aktiviti santai-santai dalam khemah je.
|
Suami Terchenta panaskan balik makanan yang dipanggang malam sebelumnya |
|
Sarapan pagi hari kedua |
|
Khayla menikmati sarapan pagi |
Tengahari pulak, Suami Terchenta masak meatball IKEA dan rebus brokoli. Hari kedua ni agak mencabar nak memasak sebab angin agak kuat. Kena buat penghadang depan stove tu kalau tak api asyik padam je.
|
Sos meatball tu pun beli kat IKEA jugak |
|
Makan tengahari yang simple |
Petang hari kedua, ramai yang datang set up khemah sampai penuh tapak khemah keliling khemah kiteorang. Malam tu, kiteorang pergi Centrum Mall sebab Khayla teringin nak makan steamboat di Sinar Hijjaz macam trip kiteorang ke Cameron Highlands sebelum ni.
|
Malam kedua kita gantung kuali, pergi steamboat pulak |
|
Khayla tak sabar-sabar nak makan steamboat |
Balik dari steamboat dinner, masing-masing dah masuk dalam khemah bergulung bawah selimut. Sejuk! Tapi malam tu susah sikit nak tidur sebab ada campers yang masih lagi berborak-borak dan bergelak ketawa sampai larut malam. Aku keluar ke tandas pukul 1 pagi pun tengok dieorang masih lagi rancak bergelak ketawa tanpa mempedulikan campers lain yang dah senyap-sunyi dalam khemah masing-masing. Geram jugak rasanya tapi tahan je la. Huhu.
Hari terakhir. Untuk sarapan, Khayla dan Suami Terchenta buatkan mac & cheese. Aku dan Khadeeja pulak sarapan telur dadar dan scrambled eggs.
|
Mac & cheese kegemaran Khayla |
|
Kita kasi perabihkan terus cheese yang dibawak |
Lepas sarapan, anak-anak cuci peralatan memasak. Suami Terchenta pulak keluarkan angin dari tilam dan simpan tilam dalam beg khas tilam. Aku mengemas-ngemas barang-barang memasak untuk disimpan dalam troli. Lepas tu semua bekerjasama bukak khemah dan mengemas barang-barang khemah. Kiteorang pinjam troli tapak khemah ni untuk angkut semua barang-barang sekaligus sebab kalau harapkan troli kiteorang je, kena 2-3 trip jugak nak angkut barang-barang ke kereta.
Alhamdulillah, dengan tu berakhirlah trip camping sulung tahun ni. Cuti yang akan datang ni Insha Allah tengah usha-usha tapak camping sebab dah invest camping gear yang bermacam-macam tu kenalah rajin pergi camping selalu!
Ini la moment yang SA impikan tapi sayangnya En Tunang tak into the scene la...dia x suka camping2 ni...kena slow2 bawak dia kot...
ReplyDeleteKena bawak dia pergi glamping dulu SA. Glamping tak perlu nak set up khemah, semuanya pihak pengurusan dah sediakan.
Deletemarshmallow macam wajib bila camping kan?
ReplyDeleteAktiviti kegemaran budak-budak masa camping.
Deleteni bukan camping dah ni. ni dah macam masak masak di luar rumah sambil menikmati pemandangan indah dan dikelilingi udara sejukkkkk😁
ReplyDeleteSeronok tau camping kat Cameron Highlands! Rasa nak repeat lagi.
DeleteBestnya, masak² dan camping. Sejuk pula tu, kan. Mungkin lepas ni, bole pilih lokasi yang ada sungai dan air terjun pula.
ReplyDeleteYa, anak2 takde komplen2 panas, nyamuk dsb sbb cuaca sejuk. Insha Allah, cuti ni akan camping di tepi sungai pulak hehe
DeleteYa lah anak kmk teringin nk nunok marshmallow... tunok atas dapur ne lah sama feel & rasanya... enjoy bah camping santai² gitok... mun kmk org tok rami gila empunok... alu kamboh gia jak.. haha
ReplyDeleteSayang di Sarawak sik byk tempat camping macam di Semenanjung tok. Mun sik mesti enjoy nak.
DeleteBest aja tengok orang pi camping, suami Kak Sue suka lah aktiviti macam nie..
ReplyDeleteSuami Kak Sue je ke suka camping? Kak Sue dan anak2 pulak camane? 😉
Delete