Trip Cuti Sekolah - Camping di Sojuk Riverside (Part 1)
Apa yang aku boleh ungkapkan tentang pengalaman camping di Sojuk Riverside - best giler! Rasa nak repeat lagi lepas ni hihi.
Dari KL nak ke Sojuk Riverside ambik masa sejam. Kiteorang guna Waze je, confirm tak sesat. Bila dah sampai, dari tepi jalan lagi dah nampak papan tanda yang terpampang ni:
|
Yeayy dah sampai! |
Masuk-masuk je, nampak sebuah kabin. Kiteorang berhenti kat situ untuk daftar masuk dan bayar baki sewa tapak khemah (RM50) dan deposit sampah (RM10). Deposit sampah ni akan dipulangkan kalau kita bawak balik sampah.
Rupa-rupanya Sojuk Riverside ni terletak dalam kawasan dusun durian. Masa kiteorang sampai, ada 2-3 buah keluarga yang datang berkhemah hujung minggu, dan dieorang dah nak balik pun. Buat pengetahuan kawan-kawan, tapak khemah kat sini first come first served basis. Tapi tak kisah sangat sebab tanah kat sini luas. Kiteorang pilih untuk pacak khemah betul-betul di tepi sungai. Kereta pun boleh parking betul-betul belakang khemah jadi tak perlu la berulang-alik jauh-jauh nak angkut barang.
|
First time anak-anak dapat tengok buah durian masih bergayut atas pokok |
|
Ni tapak yang kiteorang pilih, betul-betul menghadap pokok rambutan |
|
Pondok tandas dan ruang mandi tak jauh je dari situ |
|
Selain dari tapak khemah, tempat ni ada menyediakan penginapan di kabin dan teratak pondok |
|
Tandasnya bersih dan aku suka sebab ada tandas duduk |
|
Ada tanda arah kiblat jugak |
Aktiviti pertama tak lain tak bukan mestilah pacak khemah dulu. Anak-beranak bekerjasama pasang khemah, dan tak sampai sejam dah setel. Kali ni dah pandai pasang khemah, tak macam masa kat Cameron Highlands ambik masa dekat 2 jam nak setup hihi.
|
Akhirnya ada gambar rupa dalam khemah! |
Waktu siang ni kiteorang bukak 'tingkap' khemah supaya angin boleh masuk. Tapi dah namanya khemah, tetap la berbahang jugak dalam tu. Nak pasang khemah bawah teduhan pokok, takut buah durian jatuh atas khemah tak ke naya. Lepas pasang khemah, meja makan dan susun-susun peralatan lain, aktiviti seterusnya ialah makan tengahari. Aku dah siap-siap buat sos spaghetti kat rumah, tinggal nak rebus spaghetti dan panaskan sos.
|
Aktiviti memasak tengahari |
|
Suami Terchenta tak sabar-sabar nak makan |
|
Minum milo sejuk sementara tunggu spaghetti masak |
|
Dah siap! Jemput makan... |
Lepas makan, masing-masing lepak kejap luar khemah sebelum salin pakaian untuk aktiviti seterusnya - mandi sungai!
Best tau, air kat sini jernih dan sejuk! Mula-mula masuk tu, menggigil sampai ke tulang kering sejuknya tu. Tapi lama-lama rasa tak nak keluar! Sayang takde pelampung yang besar, kalau tak boleh duduk dalam pelampung pastu enjoy dihanyutkan ke hilir sungai hihi (gambar mandi sungai takde sebab Suami Terchenta lupa bawak kamera GoPro yang boleh masuk air).
Dalam sejam jugak la kiteorang berendam dalam sungai tu, bila dah start cramp kaki sebab sejuk, barulah sorang-sorang naik ke tebing dan pergi ke bilik mandi untuk salin pakaian kering. Lepas tu kena solat gilir-gilir sebab ruang dalam khemah agak terhad. Lepas solat, masing-masing keletihan. Anak-anak sambung main game kat phone, aku dan Suami Terchenta pulak baring-baring kat tilam dan terus terlena (walaupun dalam khemah tu berbahang, tapi sebab dah sejuk lepas mandi sungai jadi kurang sikit rasa berbahang tu).
Next entry aku sambung pulak aktiviti petang tu. Stay tuned!
nk pacak khemah tu mmg perlu kerjasama..kn lambat plak siap pacak kn....sronok tu mkn2 mandi sungai
ReplyDeleteBetul tu sis, lagi2 khemah yang besar memang perlukan semua ahli keluarga bekerjasama pasang dari setiap penjuru khemah 😅 Memang seronok, lupa sekejap hiruk-pikuk di kota.
DeleteKhemah dah macam rumah, siap ada kipas. 👍 Seronoknya, dapat mandi sungai. 😍
ReplyDeleteSekarang ni mcm2 gajet camping ada jual kat Shopee hehe. Kipas ni boleh cabut bilahnya, guna power bank utk hidupkan 👍🏻 Siang tak terasa sangat angin tapi malam2 sejuk je guna kipas
Deletewah..seronok nya..healing sgt suasana tu
ReplyDeleteBetul MA. Malam2 tido dengar bunyi cengkerik je, sesekali dengar jugak bunyi durian jatuh hehe
DeleteBagus luas tanahnya dapatlah ramai berkhemah di situ.
DeleteMemang owner buat jadi tempat perkhemahan. Ada jugak syarikat yang buat aktiviti teambuilding atau family day kat sini.
Deletemasa ni memang tak ramai orang eh?
ReplyDeletepart makan laa yg paling syok.. sambil mkn dpt nikmati keindahan alam
Mungkin sebab kiteorg pegi weekdays jadi tak ramai orang. Aah, syok makan sambil tengok alam sekitar.
DeleteBest eh.. rasa berdango 🤭🤭 gik kecik dolok selalu main dango gitok
ReplyDeleteYalah, tok style berdango bila dah besar 🤭
DeleteBerdango dgn anak2 best.. ya kmk ngeso dgn laki kmk post ktk org camping sinun.. di kch tok br nk start org camping di borneo highland resort ya
DeleteYa kah? Bagus la ada tempat camping di Kuching nun. Tapi harap management make sure campers sinun jaga kebersihan kedak campers kat sitok. Kenak engkah deposit sampah sak orang disiplin sikit embak pulang sampah.
Deletemurahnya harga sewa tapak. ye la khemah tu mmg nampak luas. siap ada kipas tu best
ReplyDeleteHarga sewa tapak kat sini memang berpatutan. Kipas kena ada sebab kalau tak anak2 merengek2 panas.
DeleteSA la tu yang lambat kalau set up pasang khemah..sudahnya biarkan aje..sapa pandai pasang la sendiri..hahahaha...SA BAB MCM NI KURANG KESABARAN SIKIT...jeles laaaa....lama x berkehmah ni
ReplyDeleteMasa kat Cameron Highland tu punya la lama pasang khemah 2 jam hahaha! Sampai bergaduh laki bini sbb expect suami belajar cara pasang sebelum bertolak tapi rupa2nya sampai kat sana baru dia study cara pasang khemah tu 😝
DeleteKemahnya besar juga ya kak. Itu ada kipas angin atasnya ? Lalu kasur disediakan oleh perkemahan atau bawa sendiri?
ReplyDeleteBest juga view-nya langsung menghadap pohon durian 😄❤️. Teringin sangat coba kemping macam nih lah 😄.
Tapi saya dan suami belum pernah pasang tenda sendiri. Rasanya perlu latihan dulu 😅
Ya, khemah besar lebih selesa untuk 4 orang. Khemahnya tinggi, makanya kami pasang kipas usb atasnya supaya tak panas sangat dalam khemah. Kipas tu beli di Shopee, bilahnya boleh ditanggalkan.
DeleteFanny kena cuba camping dengan keluarga, syok tau 👍🏻 anak2 paling gembira pergi camping (tapi suami saya paling gembira sekali hehe)