Hai semua... korang tengah kerja ke tu? Kat KL hari ni cuti lagi sempena Hari Wesak yang disambut oleh penganut Buddha. Mana yang masih di kampung mesti seronok dapat sambung cuti lagi sampai hujung minggu ni hihi.

Sebelum balik beraya hari tu, aku sempat jumpa Kak Ret sebab dah lama dia nak pass hadiah Top Commentators bulan Disember 2022. Hahaha! Asyik plan nak jumpa je tapi tak terjumpa-jumpa kan. Padahal dok dekat je kiteorang ni 🤭. 


Hadiah Top Commentators
Nampak eksklusif hadiah Top Commentators ni

Jovi keychain
Cantiknya keychain ni! 😍

Sis suka! Terima kasih Kak Ret atas hadiahnya. Semoga murah rezeki Kak Ret selalu, Ameen Ya Rabbal Alameen....

Sebenarnya ada satu lagi hadiah yang Kak Ret bawak, kiriman dari Sislin kita. Wah! Comel packaging biskut raya ni. Alhamdulillah, semoga murah rezeki Sislin jugak 🤲🏻


Biskut raya
Biskut raya dari Sislin
 

Yang terakhir, yang ni dapat masa kiteorang dah keluar rumah tengah tunggu Grab nak balik kampung hehe. Jadi tak sempat nak bukak, terus masukkan dalam peti surat lepas balik beraya baru sempat tengok. Hadiah pemberian dari Cik Nona kita sempena dipilih sebagai Top Komentator Blog Nona. Terima kasih Nona, semoga murah rezeki Nona jugak! 🤲🏻


Hadiah Top Commentators
Banyak hadiah dia kirim, siap bagi duit raya lagi 💝 

Korang rajin-rajin la bertandang kat blog dieorang ni sebab dieorang rajin buat giveaway dan bagi hadiah yang meriah ni. Sekali lagi, terima kasih kawan-kawan bloggerku atas pemberian hadiah yang cukup lumayan! 🌸

22 comments:

  1. walau lambat tapi tetap akan bagi kat korang yang bertuah hehehe... nak datang raya rumah awak la lepas ni hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah, klu kita buat makan2 kita roger2 kak Ret hehe.

      Delete
  2. kawan2 blogger kita semuanya pemurah kan...moga ukhwah kita berpanjangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, rajin dieorg buat giveaway. Murah rezeki dieorg.

      Delete
  3. Alhamdulillah, rejeki Carneyz, dapat banyak hadiah tu... :)

    ReplyDelete
  4. Wah…banyaknya hadiah raya! Tahniah Carneyz 👏

    ReplyDelete
  5. Cantik tu. Geng-geng bloggers memang pemurah.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, tahniah.. Rezeki tu.. Hehe.. Moga kekal aktif dalam Dunia blogging Dan tolong doakan Nona dilimpahkan Rezeki terus ..Aaamin

    ReplyDelete
  7. Tahniah! kira macam hadiah raya jugak ni hehehee...

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..cantik2 hadiahnya...

    ReplyDelete
  9. waaahhh bestnya dpt hadiah kwn blog! cantik2 hadiahnya :)

    ReplyDelete
  10. Eksklusif warnanya maroon.. syg nk pakei oo kacakkk... t-shirt pun ada... kuih raya pun ada... nang murah rezeki

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah rezeki
    ciknur pun dpt dah dari Retna
    he hee blm buat entry
    dekat2 je kita ni kan nanti blh la kita roger2 lepak sini berkenalan

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah... kiranya ni hadiah2 raya laa ya👍👍

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah lumayan rezeki 🤩

    ReplyDelete
  14. Alhamdullilah rezeki Raya kan..

    ReplyDelete
  15. congrats....alhamdulillah, byk nya dpt hadiah....

    ReplyDelete
  16. Walau lambat tetap ada kan...banyaknya dapat hadiah..so bila nak jadi top komentator blog SA? hehehehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .