Masa kat Bintulu, aku dan Suami Terchenta teman Mak pergi beli sayur dan buah-buahan di Pasar Pagi. Menariknya pasar pagi ni dibuka sebelum Subuh lagi. Lokasinya di tapak pasar malam Bintulu. Aku tanya Mak kenapa tak nak pergi PUB je (Pasar Utama Bintulu). Katanya dia suka ke sini sambil tengok matahari terbit. Baiklah mak. Kita follow je hehe.


Pasar Pagi di Bintulu
Masa kiteorang sampai dah pukul 7 pagi jadi matahari dah naik

Mak cerita kalau hujung minggu pasar ni penuh dengan gerai-gerai menjual pelbagai hasil kebun / hutan. Ada satu gerai ni dia jual pucuk rotan kalau tak silap, dikutip dari hutan. Segelintir penjaja kat sini datang dari jauh (luar Bintulu). Tak boleh bayangkan pukul berapa dieorang bertolak dari kawasan pedalaman nak sampai ke sini sebelum Subuh. Tapi masa kiteorang pergi ni pulak, kebetulan bukan hujung minggu atau mungkin orang belum balik dari beraya lagi jadi pasar macam lengang sikit. Barang-barang yang dijual pun tak banyak sangat.


Pasar Pagi di Bintulu

Sejenis aku ni, pantang tengok sayur yang segar-bugar rasa nak beli je! 


Pasar Pagi di Bintulu
Aduhai, sayur midin favourite...

Pasar Pagi di Bintulu
Bunga kantan kat sini gemuk-gemuk!

Pasar Pagi di Bintulu
Yang ni aku tak pasti buah apa

Pasar Pagi di Bintulu
Seorang penjaja tengah menumbuk daun ubi

Yang uniknya tentang Pasar Pagi ni ialah kat sini konsep drive-thru kalau korang malas nak menapak. Kalau jumpa yang berkenan, berhentikan kereta, turunkan tingkap dan beli ikut tingkap je! Ada jugak aku tengok pemandu yang siap suruh letak barang yang dibeli dalam bonet kereta. Sebab tu la laluan kat sini besar boleh kenderaan lalu sambil tengok barang jajaan yang ada.


Pasar Pagi di Bintulu
Teringin kalau kat KL pun ada konsep pasar tamu pandu lalu je hihi...

Biasanya pasar ni beroperasi sampai la matahari naik dan cuaca bertukar panas, sekitar pukul 9-10 pagi. Lepas tu penjaja akan kemas-kemaskan barang jualan dan pergi berniaga di PUB pulak sebab PUB ialah pasar tamu berbumbung.

Nota kaki: Dulu kalau ada kawan-kawan dari Semenanjung datang ke Bintulu dan nak cari belacan Bintulu, kiteorang akan ajak pergi ke PUB. Terbeliak mata dieorang sebab dalam fikiran dieorang PUB tu ialah kelab malam tempat minum-minum! 😂 

20 comments:

  1. subhanallah...what a view kan. kalau MA pun suka ni sbb bonus dpt tgk view yg sgt indah. MA pun suka open concept mcm ni.. mcm pasar2 tani ... but dah makin kurang kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah skrg ramai prefer shopping kat pasaraya yg ada aircond, lantai tak lecak, boleh bayar pakai kad / QR code walaupun mahal sikit 😅

      Delete
  2. saya ni happy sangat dah kalau dapat ke pasar pagi macam ni,suka tengok hasil2 kampung,kadang tu ada je benda menarik yang belum pernah tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, lebih2 lagi bila pergi dgn mak sbb mak saya banyak tau pasal sayur-sayur kampung & hasil hutan jadi dia akan terangkan sayur ni sedap masak apa, hasil hutan ni pulak apa kegunaannya.

      Delete
  3. Cantik suasana pasar disimbah cahaya matahari pagi.
    Seronok jalan2 pasar begini, dapat tengok macam2.
    Kemain besar ya bunga kantan sana, puas ati bayar RM3. Kita sini RM3 sekuntum kecik 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, tu yang geram rasa nak buat nasi goreng bunga kantan hehe.

      Delete
  4. Menarik pergi pasar pagi macam ni. Boleh jumpa sayur dan buah yang jarang jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya faktor usia kan Nur, minat beralih dari belek2 kain & tudung kepada belek2 sayur dan buah di pasar hehe

      Delete
  5. teringat masa dok di Papar, Sabah dulu. Pasar Tamu bermula sejak tghari Sabtu sampai pagi Ahad. Ada penjual tu mmg tdo di sana. Mcm2 ada hasil tanaman n ternakan yg dijual. Itu lebih 22 thn lps..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo.. ye la kan. Nak sampai situ sebelum pukul 4 pagi, jadi mungkin dieorg dah sampai dari malam sebelumnya & tido dalam kereta ke.

      Delete
  6. Aissssh bunga kecombrang ya saya naaaak 😍😍😍😄. Suka sangat kecombrang, dibikin sambel enaaak 👌.

    Yg buah Kaka tak tahu, itu agak mirip srikaya. Tapi saya tak yakin, cuma srikaya matang seperti itu.

    Uniiik pasarnya !. Bisa sambil Drive thru. Daerah Kalimantan sana yg saya tahu pasar terapung. Ternyata ada jugak pasar drive thru Yaa 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunga kecombrang tu ialah bunga kantan ya Fanny? Buat sambal sedap, dibuat nasi goreng pun sedap jugak. Suami saya suka nasi goreng bunga kantan.

      Ya, saya pun first time pergi pasar tani drivethru hihi.

      Delete
  7. Yang Carneyz tak pasti buah apa itu ialah buah kantan. Bunga kantan yang tak diambil, apabila dibiarkan akan terus menjadi buah. Kena belah untuk dapatkan isinya yang masam dan berbiji. Boleh ditambah hirisan lada, bawang, daun ketumbar jawa dan perasakan dengan gambar serta perahkan sedikit jus limau kasturi. Makan dengan nasi. Buah kantan ini boleh juga dimasak lemak cili padi campur dengan ikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, baru tau jugak ni Kak Amie. Tak pernah nampak pulak buah kantan sebelum ni. Memang rare ye.

      Delete
  8. alhamdulillah sempat ke PUB semasa melawat Bintulu dulu...tapi pasar tamu awal pagi belum sempat pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang melekat singkatan nama PUB tu dekat pasar utama Bintulu hehe

      Delete
  9. pasar mcm ni yg best nya mcm2 brg yg x penah jupa dijual di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, suka jalan-jalan tengok hasil tani dan barang2 kat sini

      Delete
  10. syoknya boleh drive thru xyah turun kereta.. segar2 nampaknya barang yg dijual

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan mama. Kalau ada kat KL konsep macam ni kan best 👍🏻

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .