Dah lama tak makan burger tepi jalan, jadi malam tadi aku ajak Suami Terchenta pergi beli burger. Yang paling dekat dengan rumah ialah Burger Bad Songkok, tak jauh dari UTC Sentul.

Masa kiteorang sampai, gerai agak lengang tapi lepas buat pesanan, tiba-tiba ramai pulak yang datang beli burger kat situ. Nasib baik sampai awal hehe 😅.

Aku pesan burger daging special taknak bawang sebab aku tak gemar bawang mentah yang ditabur atas burger. Untuk anak-anak pulak, aku pesan hotdog ayam tambah cheese tapi kosong (takde sos, mayonnaise, sayur dan lain-lain). Adik yang ambik order tu 2x tanya betul ke taknak letak apa-apa? Mungkin first time dia dapat pesanan yang betul-betul 'kosong'! 😝


burger sentul
Gerai Burger Bad Songkok

Sambil menunggu, aku perhati je pelanggan-pelanggan lain yang datang buat pesanan. Rata-rata pesan burger biasa atau burger oblong. Takde pulak yang pesan roti john walaupun yang terpampang kat gerai tu specialty nya ialah roti john sebenar. Sempat lagi Suami Terchenta buat lawak, 'Abis tu orang lain jual roti john olok-olok ke?' 😂 

Lepas 20 minit, akhirnya pesanan siap dibungkus. Jumlah kesemuanya RM19 - walaupun hotdog kosong tapi takde diskaun di situ ye.


burger daging special
Burger daging special

Sampai di rumah, aku agak kecewa sikit sebab telurnya digoreng dan diletak atas daging. Selalu aku beli burger special dari gerai lain, daging burger tu bersalut telur. Lepas tu, takde mayonais. Jadi makan dengan kurang perasaan.

Kesimpulannya, lain kali aku cari gerai burger lain je la sebab burger kat sini kurang menepati citarasa aku.

16 comments:

  1. ini adalah risiko jika membeli burger tepi jalan kerana servis belum tentu sesuai dengan taste kita..namun tidak salah mencuba sekurang-kurangnya kita tahu mana stall burger yang terbaik untuk dijadikan tempat regular kastemer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, sekurang2nya dah tau burger tu ikut tekak kita ke tak.

      Delete
  2. Yelah, biasa yang kita makan burger salut telur. Barulah sedap! Takde mayonais pun pelik jugak. Terlupa ke apa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin terlupa agaknya sebab saya tengok ada je botol mayonnaise kat situ.

      Delete
  3. Kitorang selalu layan Daily Burger, depan 7E Sri Gombak... in case ke sana, boleh cuba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringat burger bakar depan rumah kat Sri Gombak dulu, sedap burger tu. Tapi lepas pindah balik ke sini, stall burger tu dah takde.

      Delete
  4. yezza..sesekali memang akan rasa teringin tu..dappp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan MA. Sesekali layan anak tekak nak makan burger tepi jalan. Buat sendiri tak sama rasanya hehe

      Delete
  5. Ha ah, betul juga. Macam burger mcD pulak, telur goreng atas daging. Hehe... kat sini, saya dah jumpa gerai burger yang sedap. Memang selalu beli kat dia je, bila nak makan. Betul, walaupun pesan burger kosong takde sayur, harga tetap sama, takde diskaun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya belum lagi jumpa gerai burger yang sedap. Lain kali rasa nak makan burger lagi baru pergi cari hehe

      Delete
  6. Rasa street burger dengan yg dijual franchise atau resto, memang beda. Kadang lebih sedap, tapi kadang tak sesuai 😂😂. Di sini pun sama kak. Tapi honestly saya belum ketemu burger jalanan yg bener2 enak di JKT. Makanya masih lebih suka beli dari gerai franchise atau restoran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, yang franchaise dah tentu ada quality control jadi rasanya sama je kat mana-mana restoran yang kita pergi. Nanti ketemu ya fanny!

      Delete
  7. ramai pelanggan gerai burger ni....tak best mayo takde...pernah beli roti john dia, byk sangat mayo pula....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa kurang lengkap takde mayo. Betul nohas, lepas kiteorang order burger, tiba2 ramai pulak pelanggan yang datang.

      Delete
  8. maaf cakap laa... sy perhatikan kalau gerai2 burger berfranchise mcm ni, agak 'kureng' sket. diorg mcm dah ikut SOP dr pihak franchisor so no wonder kalau kita x nak apa2 bahan lain, xde diskaun or inisiatif lain yg diberi penjual. even burger pun tak comot mcm burger tepi jln yg lain. maaf laa ni ni pandangan sy selama mkn burger tepi jln...🙏🙏🙏

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti la burger ni franchaise atau tak. Rasanya tak kot anies.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .