1 Mei 2023. Selamat Hari Pekerja buat kawan-kawan yang bekerja!
Hari ni kiteorang sambut Hari Pekerja dengan bersarapan di Mi Sapi / Kolok Haji Salleh.
Walaupun bertolak selepas Subuh, tetap kena beratur hampir sejam. Punyalah famous kafe ni. Tapi yang bagusnya, dieorang mengamalkan sistem yang adil - siapa yang datang dulu tak kira la seorang je atau beramai-ramai, akan dapat tempat duduk dulu. Kadang-kadang sakit hati jugak kan bila kita datang berdua tapi sebab meja yang kosong ialah meja 4 orang jadi orang yang di belakang dulu yang dapat tempat.
Sambil beratur, ada pekerja yang ambik pesanan siap-siap. Siap tanya nak taugeh ke tak? Siap customized menu dieorang ni 😆 Kalau kat tempat lain, pandai-pandai la asingkan sendiri taugeh kalau tak minat. Agaknya sebab tu ramai yang suka ke sini. Sebab tu jugaklah, walaupun dah duduk tetap kena tunggu pesanan sampai.
Sambil beratur, boleh la tengok dulu menu dan buat pesanan bila sampai giliran |
Hoyeh! Pesanan aku pun sampai. Aku pilih mi kolok daging tendon semua lebih, korang tengok la ni. Memang kenyang sampai ke petang ni.
Mi kolok daging tendon semua lebih (RM23) |
Harganya memang premium sikit, tapi dah alang-alang beratur sejam tu baiklah ambik yang special baru puas hati.
Jemput makan... |
Alhamdulillah, berkesempatan mengolok di tempat yang terkenal ni. Lepas makan, kiteorang singgah pulak ke Mita Cake House.
Mita Cake House Jalan Satok |
Ada kawan yang pesan kek mentega kat sini. Kek ni makin terkenal sampai pelancong dari luar Sarawak pun akan borong kek untuk dijadikan buah tangan bila balik ke Semenanjung / Sabah. Aroma kek ni semerbak tau, sampai kiteorang yang makan di kafe Mi Sapi Haji Salleh di seberang jalan boleh hidu.
Kek masih panas-panas lagi |
Harga kek dah naik, tahun-tahun lepas RM15 sekarang dah naik jadi RM17 |
Apa pengisian Hari Pekerja korang pulak?
Sedapnya mi kolok! Last makan, tahun lepas.
ReplyDeleteSaya tak kemana, hari pekerja, rehat di rumah saja. :)
Mi kolok yang terkenal sampai 'Abah' (PM ke-8) pun singgah mengolok di sini lepas PKP hehe.
Deleteassalammualaikum. singgh sini smbil follow. slmt hari raya . org sarawak ka ^_^
ReplyDeletewaalaikumussalam. salam perkenalan 🥰 ya org Sarawak.
DeleteWah, saya pun tak sabar nak mengolok juga. Di LD ada juga restoran mee kolok tapi saya lebih suka makan di KK sebab banyak restoran pilihan.
ReplyDeleteCuti Hari Pekerja ini kami penuhi jemputan majlis rumah terbuka raya.
oo, restoran mee kolok di LD tu org Sarawak yg usahakan ke? mesti ramai yg ambik kesempatan buat majlis rumah terbuka sempena cuti ni kan.
DeleteHaha banyak betul tendon langsung tidak nampak mi.
ReplyDeleteHari ini duduk rumah sahaja.
Itulah, mi nya kat bawah tu haha.
DeleteBilalah dapat rasa Mee kolok ni...asyik dengar cerita keenakannya aje :)
ReplyDeleteSELAMAT HARI RAYA buat sis sekeluarga. Maaf Zahir Batin 🤗
selamat hari raya sis 🤗
Deleteklu kat kl, bagi saya yg ok ialah di dapur sarawak atau dyg sarawak di setapak hehe
Wah... sempat mengolok... kmk org ari ya excited juak nunggu 30/4 sidak br bukak lepas cuti raya tp anak² ngaji x dpt nk trn awal... masih di kch kh kinek?
ReplyDeleteaok, tahun lepas sik sempat ya mesti juak menyempatkan diri taun tok hehe.
Deletekmk org di epot knek tok dah mok pulang ke kl.
selamat hari raya Carneyz sekeluarga,maaf zahir&batin...
ReplyDeletemasih beraya di Sarawak ye sis?
selamat hari raya Afzan, maaf zahir & batin. Alhamdulillah dah selamat balik ke KL semalam.
DeleteMaaf zahir batin kita! Wah! Balas dendam mengolok ni!
ReplyDeleteye Uncle. Tahun lepas tak sempat pergi hehe
Deletealaaaa lupa btul kek mita ni... kalau tau bole pesan heehe
ReplyDeletela ye ke. Dah naik harga kek ni Kak Ret huhu
Deletehappy labour day.. MA baru start cuti raya ni
ReplyDeleteselamat bercuti MA 🤗
DeleteFuh, memang premium sungguh mi tu. Tak nampak mi 😄
ReplyDeleteSesekali datang kan, harus makan puas-puas.
puas makan daging dgn tendon 😄 mi tu pun banyak, terpaksa mintak tolong asben habiskan sikit hehe
Deletemmg dlm bandar kuching ke resto ni? nak try jugalah nnt. moga2 ada rezeki sy
ReplyDeleteaah, klu anies ke sini kena datang selepas subuh terus sbb nak berbaris tu lama!
DeleteSedapnya Mee Kolok..
ReplyDeleteMee kolok kat sini antara yg terkenal di Kuching.
DeleteCarneyz.....SA pun rindu nak makan mee kolok Hj Salleh tu la...kena pi honeymoon ke SArawak ke macam mana nanti ni...hahahahah...apapun...Mee kolok Hj Salleh tu tetap menjadi pujaan hatiku...
ReplyDeleteHaa... ajak En. Suami honeymoon kat Kuching. Boleh breakfast laksa Sarawak di Mom's Laksa jugak 😉
Delete