Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu tak kira la ibu kandung, ibu angkat, ibu saudara ataupun ibu tiri!

Sejak berjauhan dengan mak, dah tak berpeluang sambut Hari Ibu sama-sama. Kali terakhir mak di sini ialah masa mak datang untuk check-up di Hospital Pantai KL bulan Februari lepas. Masa tu aku sebenarnya dah plan nak hadiahkan baucer hi-tea dekat mak dan adik aku sebab birthday dieorang jatuh pada bulan yang sama.

Tup-tup adik aku tetiba bagitau dia tak dapat ambik cuti sebab ada meeting. Nasib baik baucer tu boleh tukar nama so end up aku pulak yang keluar hi-tea dengan mak masa tu. Apalah adik aku ni, lari sikit bajet aku bulan tu sebab terpaksa cari hadiah lain untuk dia 😝.


Hi-tea di Thirty8 berlatar belakangkan bangunan ikonik Menara Berkembar Petronas

Bila terkenang balik zaman aku bersekolah dulu, aku pernah berazam nak manjakan mak. Nak bawak mak ke tempat-tempat macam ni atau belikan barang kemas sebab masa kecik dulu kiteorang pernah susah sampai mak terpaksa gadai emas untuk cukupkan belanja dapur sampai hujung bulan. Ada masanya mak dulukan kiteorang makan walaupun dia sendiri terpaksa berlapar. 

Setiap kali mak cerita pasal peristiwa tu, mak sedih sangat tak dapat balik gelang tu walaupun aku dah gantikan dengan gelang emas yang lain.

Jadi birthday mak tahun ni, aku hadiahkan pengalaman pergi hi-tea di tempat kayangan (Hotel Grand Hyatt ni paling kayangan la pernah aku jejak setakat ni). Nak staycation kat sini kurang mampu pulak hihi. Masa aku beli set hi-tea ni dari laman web Grand Hyatt KL, harganya RM188 untuk 2 orang dan bertemakan citarasa Malaysia. Not bad kan? Tema hi-tea ni berubah dari semasa ke semasa dan harganya pun berubah jugak ikut tema menu. 


Hi-tea @ Grand Hyatt KL
Birthday girl

Walaupun cuma hi-tea, tapi ada bermacam jenis juadah yang dihidangkan sampai kiteorang tak larat nak habiskan. Jom tengok apa ada dalam set hi-tea ni:


Hi-tea @ Grand Hyatt KL
Menu set hi-tea kami

Mula-mula sekali yang sampai ialah juadah 'savouries'. 


Hi-tea @ Grand Hyatt KL
Dari atas ikut pusing jam - Muar otak-otak bun, Ipoh lotus root, Melaka "Nasi Ayam" dan Bentong Tofu Pok (jangan salah baca pulak!)

Hi-tea @ Grand Hyatt KL
Terung Sabah crème brûlée (dalam botol kecik), Penang curry tortilla roll, free-range egg terrine dengan lada hitam Sarawak, Perak 'bunga kantan' (yang ada hirisan salmon)

Lepas selesai menjamah hidangan 'savouries', barulah dieorang bawak keluar dulang tiga tingkat yang berisi pencuci mulut. Oh ya, minuman macam teh, kopi dan hot/iced chocolate pulak free flow, bila habis je boleh mintak refill.


Hi-tea @ Grand Hyatt KL
Sekinchan kelapa cheesecake & Cameron Highland Brinchang Strawberry Pavlova

Hi-tea @ Grand Hyatt KL
Melaka dodol tart & Johor pandan hazelnut bar

Hi-tea @ Grand Hyatt KL
Sarawak pineapple nougat & Ipoh White Coffee

Hi-tea @ Grand Hyatt KL
Aiskrim berasaskan gula apong dan madu kelulut

Akhir sekali barulah dihidangkan kek lobak merah dan scones. Masa ni kiteorang dah kenyang sangat, sudahnya mintak bungkus bawak balik je mana yang tak boleh dihabiskan. 


Hi-tea @ Grand Hyatt KL
Kek lobak merah

Hi-tea @ Grand Hyatt KL
Brown sugar cinnamon & chicken floss scones

Sebelum balik, wajib ambik gambar kat spot ni berlatarbelakang KLCC sekali lagi.


Hi-tea @ Grand Hyatt KL

Seronok mak dapat menjamu selera sambil menikmati pemandangan ibu kota KL. Kalau boleh setiap sudut restoran ni dia nak bergambar. Bagi aku, hi-tea di Grand Hyatt KL ni memang peluang yang cukup eksklusif untuk meraikan ibu yang tersayang pada Hari Ibu ni. Kalau korang belum ada plan nak sambut Hari Ibu dengan mak korang, apa kata bawak mak korang hi-tea di Restoran Thirty8 Grand Hyatt KL ni. Nak tau lebih lanjut boleh ke laman web Grand Hyatt KL. Sekali-sekala kita bagi can la kat mak feeling ala-ala Datin-datin dalam drama Melayu Megah Holding! 😂 



28 comments:

  1. Kalau bercerita tentang ibu memang sedih kan. Berazam nak datin kan my mom juga! All the food nampak sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terharu sbb kita anak2 membesar tgk pengorbanan ibu dan ayah. Semoga ada rezeki men datinkan jugak mak Aqilarin ameen 🤲🏻...

      Hi-tea citarasa Malaysia mmg kena dgn tekak kiteorg hehe.

      Delete
  2. Semoga puan dirahmati selalu... (termasuk Carneyz!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen YRA 🤲🏻 Terima kasih Uncle atas doanya.

      Delete
  3. Nampak gaya ala² Datin dah maknya tu 😍 Mudah-mudahan ibu sis sentiasa sihat dan happy selalu 🤲
    Menarik menu semuanya named after famous places or their origin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen YRA 🤲🏻 my mom mmg lebih pandai bergaya dari saya sendiri 😂

      Kreatif betul chef kat Grand Hyatt ni mengolah menu diinspirasikan dari juadah tempatan seluruh Malaysia.

      Delete
  4. alhamdulillah..meriah. mcm2 menu ada....

    ReplyDelete
  5. slmt hari rabu
    alhamdulillah dpt. happykan sorg ibu adalah satu kebahgiaan buat anak2

    ReplyDelete
  6. dessert2 tu rasa mcm sayang pulak nak.makan sbb nampak cantik kat mata sy ni😀

    ada rezeki nnt nk jg laa bw mama ke sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawak la mama anies ke sini. Sekali-sekala meraikan dieorang macam mak datin kan 😄

      Delete
  7. untungla mak kamu masih ada., aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Allah masih lagi pinjamkan usia mak untuk kiteorang tumpang berteduh kasih. Tak sanggup bayangkan rindu yg tiada penghujung kalau mak pergi sebelum kami 😢

      Delete
  8. Seronoknya mak Carneyz dapat pengalaman hig tea di tempat best...sama la impian kita...nak bahagiakan mak ayah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan selalu dapat peluang manjakan mak sbb dia duduk jauh nun di Sarawak 😊

      Delete
  9. Comel comel makanan yang dihidang. Memang istimewa, sambut hari ibu kat tempat macam ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, peluang nak manjakan mak kita feeling ala2 mak datin Megah Holding hihi

      Delete
  10. seronoknya...ammi dah tak ada peluang nak celebrate hari ibu dengan mama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga mak Ammi ditempatkan di kalangan orang2 yg soleh. Ameen YRA 🤲🏻

      Delete
  11. happy birthday makcik semoga sentiasa sihat dan dipermudahkan segalam urusan.. seronok makan sambil layan view

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, happy betul mak layan view sambil minum petang hehe

      Delete
  12. Replies
    1. Memang cantik view kota KL dari restoran Thirty8 ni ;)

      Delete
  13. teringin nak belanja mymommi cam ni. tapi dia dah terlalu banyak berpantang. mcm2 dah tak blh makan. tak berbaloi kalau pegi tapi semua tak makan. kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah jugak nak bawak ke tempat macam ni bila kena pantang macam2. Kalau nak bawak pun mungkin untuk makan tengahari then boleh pilih menu yang dia boleh makan ☺️

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .