Selamat Hari Guru buat semua rakan-rakan yang bergelar Cikgu dan tenaga pengajar terutamanya Kak Amie, Abe Kie dan Kakmim 🌸

Zaman pandemik mengajar parents macam aku betapa profesion guru ni memerlukan tahap kesabaran dan ketekunan yang tinggi untuk mendidik anak bangsa, terutamanya generasi sekarang ni yang sangat cepat hilang fokus, hiper fokus dengan gajet dan kurang minat membaca huhu... Betapa leganya parents macam aku bila anak-anak mula kembali ke sekolah sebab tak perlu lagi bertempik macam gajah bila mengajar anak-anak di rumah! 😂 At least aku ler tu hehe. 🫣

Bukan senang nak jadi seorang guru, apa lagi bertahan dalam profesion guru ye. Jadi salute kepada rakan-rakan yang memilih atau terpilih menggalas tugas dan tanggungjawab ni.

Sebenarnya aku pun dah terjebak jadi cikgu iaitu cikgu memasak di sekolah anak aku hehe. Memandangkan sekolah ni sekolah swasta untuk pelajar muslimah, salah satu subjek kemahiran hidup yang ditawarkan ialah kelas memasak. Parents yang menawarkan khidmat tenaga pengajar subjek kemahiran hidup ni akan diberikan diskaun yuran bulanan jadi sebab tu la aku menawarkan diri jadi cikgu memasak. 

Kelas memasak diadakan 3 kali setiap bulan dan resipi yang dipilih ialah resipi yang ringkas yang sesuai dengan tahap kemahiran pelajar sekolah rendah. Idok ler aku nak mengajar masak asam pedas atau ikan siakap tiga rasa hahaha! Silibus untuk dieorang ni cuma untuk mengajar kemahiran contohnya cara menggunakan pisau yang betul, teknik memasak yang ringkas atau cara menguli doh.

Semalam aku dan dua orang lagi parent (co-teachers) mengajar anak-anak membuat chocolate dates. Kiteorang pilih resipi ni untuk bagi idea kat students apa yang boleh dibuat dengan lebihan kurma lepas bulan Ramadhan.


Mengajar teknik mencairkan coklat menggunakan teknik double-boiling

Kawan aku tengah mengajar cara mengisar isi kurma menggunakan food processor

Anak-anak menghias chocolate dates

Anak-anak memang enjoy habis kelas memasak bila buat-buat aktiviti hands-on macam ni tapi bila part kena salin resipi masa tu la nampak ada yang terkulat-kulat nak menyalin 😅. Memang kiteorang tekankan yang anak-anak kena salin balik resipi instead of bagi handout je sebab nak dieorang praktis menulis. Dengan cara ni, dieorang lebih ingat apa aktiviti yang dibuat masa sesi memasak tadi.

Kesimpulannya lepas dah mengajar kelas memasak ni, aku makin respek dengan cikgu-cikgu sebab mengajar 2 jam je pun aku dah penat berdiri sambil mulut pot-pet2. Cikgu-cikgu lagi la kena tahan berdiri depan kelas mengajar lebih lama dan bercakap berjam-jam. Belum lagi part kena membebel dekat murid-murid yang tak siap kerja rumah atau bising dalam kelas 😅. 

Apapun, semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpal kepada guru-guru yang ikhlas dan tak jemu mendidik para pelajar sehingga pandai. Bahkan dalam Islam Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Bukanlah dikalangan umatku mereka yang tidak memuliakan orang yang lebih tua, mereka yang tidak menyayangi anak-anak kecil, dan mereka yang tidak memberikan hak kepada guru kami. (HR Ahmad)

Hak guru di sini ialah untuk dihormati dan diberi layanan baik dan mulia oleh para pelajar dan ibubapa. Tapi sayangnya ada ibubapa yang menyerang dan memalukan guru-guru sewenang-wenangnya hanya kerana tak berpuas hati bila anak-anak dihukum di sekolah. Sangatlah tak wajar ye perbuatan macam tu. Harap takde la kawan-kawan kat sini yang tergolong dalam spesies ibubapa yang cepat triggered!

14 comments:

  1. Ye la..ramai golongan guru dalam dunia blog...Selamat hari guru buat semua guru- guru, Buat Kak Amie, Kak Mim dan Abe Kie...yang SA kenal la setakat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu SA. Rasanya dieorg je saya kenal yg masih aktif dalam dunia blogging.

      Delete
  2. Pengalaman menarik ni Carneyz, jadi guru memasak 👍🏽

    Akak pernah jadi guru ganti di SK, pun terasa lelahnya. Memang tabik kat semua para pendidik, lebih lagi di zaman canggih banyak cabaran.

    Pernah juga diterima masuk program KPLI, tapi terpaksa menolak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi guru kena ada passion dan sabar melayan karenah anak2 lagi2 anak2 zaman skrg.

      Kan, salute dgn para pendidik bukan senang nak mengajar berjam2 setiap hari 😅

      Delete
  3. Thank you ktk... selamat hari guru juak buat cikgu memasak mdm carney... best juak ya ada parents dtg ngajar... ajar polah western giklah kompom miak suka.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha padahal sik da la terer gilak pun memasak setakat menu basic ya boleh la 😅

      Delete
  4. Jasa guru-guru memang tak mampu kita balas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Nur. Hanya Allah je yang mampu membalasnya.

      Delete
  5. Wah, dah jadi cg kelas masak memasak ye sis, tahniah! Bagusnya sekolah ni, involve parents 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sis, saya ambik time-sharing supaya dapat kurangkan yuran bulanan sekolah sambil isi masa lapang jugak hehe

      Delete
  6. penah baca komen mak mak ms PKP yg ajar anak kat rumah. katanya x sampai sehari dia bkn jadi rimau je malah singa, beruang semua ada😂 pd hal ajar anak buat karangan je... mmg salute para guru ni. hati kental. sabar pun tinggi. dulu penah jg bercita2 jd guru. tp mgkn sy ni bkn je is sabar jd rezeki tu x menjadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya mmg tak pernah bercita2 nak jadi cikgu sbb sejenis yang tak suka explain benda berulang2 kali 😅 Mmg mencabar masa PKP, lagi2 anak no. 2 masa tu sekolah Cina. Homework banyak tapi nak tolong ajar tak boleh.

      Delete
  7. besar jasa seorang guru.. selamat hari guru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu mama. Hanya Allah je mampu membalas pengorbanan guru mendidik anak bangsa.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .