Masa di Kuching, entah apa mood Suami Terchenta tiba-tiba mengajak aku berjalan-jalan ke Kampung Telaga Air. Dulu masa duduk di Sarawak tak pernahnya la terfikir nak terjah kawasan-kawasan ni tapi bila dah tak duduk di Sarawak baru berminat nak meneroka tempat sendiri.

OK la, sis layankan je sebab memang begitulah perangai kiteorang dari sebelum ada anak lagi. Kalau rasa nak berjalan, onz aje. Lagi seronok bila budak-budak taknak ikut, makin panjang langkah mak bapaknya! 😂


Kampung Telaga Air Kuching
Perjalanan ke Kampung Telaga Air mengambil masa sejam lebih dari Samarahan

Hajat ke sini sebenarnya nak cari makanan laut segar sebab selalu dengar orang lain cakap kat sini makanan laut terutama ketam segar dan murah. Tapi kiteorang lupa, time pergi tu kan orang masih lagi sibuk beraya. Hmm. Maka takde la jumpa seafood segar.

Memandangkan dah sampai kat Kampung Telaga Air tu, kiteorang pun ambik kesempatan berjalan-jalan menyusuri tebing sungai. Cuaca yang panas terik menjadikan pemandangan langit dan air menjadi biru. Cantik! Dah la airnya jernih pulak tu, boleh nampak ikan berenang-renang di permukaan.


Kampung Telaga Air Kuching
Menyelusuri waterfront Kampung Telaga Air

Kampung Telaga Air Kuching
Kiteorang tengok ramai pengunjung ke Esplanade Jeti Telaga Air jadi kiteorang pun follow rapat-rapat

Kampung Telaga Air Kuching
Tak sangka rupa-rupanya ada perkhidmatan boat tour. Sewa satu boat RM50 maksimum 5 orang, tapi kiteorang naik berdua je.

Macam biasa kiteorang ni tak membuang masa dan berfikir panjang terus setuju naik bot sebab cajnya cuma RM50 untuk satu bot. Dah naik bot baru teringat nak tanya ada buaya tak kat sungai ni (jawapannya mestilah ada, sungai di Sarawak dan buaya berpisah tiada). Mampu berdoa dalam hati je janganlah bot ni terbalik sebab pemandu bot ni cakap ada beratus-ratus buaya kat dasar sungai ni!


Kuching Wetlands National Park
Dalam risau ada buaya, tetap enjoy menikmati pemandangan langit biru dan angin yang sedikit masin

Pemandu bot bawak kiteorang meninjau hutan paya bakau di Taman Negara Hutan Lembap Kuching di seberang Kampung Telaga Air. Barulah aku tau yang kat Sarawak ni pun ada jugak monyet hidung panjang (proboscis monkey). Kesian kan aku? Selama ni aku dok bercita-cita nak ikut mangrove tour di Sabah sebab ingatkan kat Sarawak tak wujud spesies monyet hidung panjang ni 😅 Rupa-rupanya this monkey lives in our own backyard! Bak kata Rajah Brooke. Hehe.


Kuching Wetlands National Park
Kuching Wetland National Park - ye, aku baru tau jugak kewujudan taman negara hutan lembap ni 😭 Teruk nau orang Sarawak ni, macamana la nak jadi duta negeri sendiri camni huhu...

Aku rasa RM50 tu berbaloi sangat-sangat sebab sejam jugak pemandu bot tu bawak kiteorang meninjau dari luar hutan paya bakau ni. Katanya kalau nak masuk ke dalam, kena join tour sehari. Yang tu pakej lain, harganya pun lain. Tapi lebih puas hati sebab dia akan bawak masuk ke dalam hutan paya baka (dalam bot) sambil cari monyet, buaya, ikan lumba-lumba dan segala macam spesies binatang yang tinggal dalam hutan paya bakau tu.


Kuching Wetlands National Park
Mengabadikan kenangan naik bot menyusuri sungai penuh dengan buaya tanpa memikirkan masa depan anak-anak

Dari jeti Kampung Telaga Air, kiteorang dibawa menyusur sungai sampai ke muara. Dari jauh dah nampak Gunung Santubong. Percubaan melihat ikan lumba-lumba melompat keluar dari air di kawasan ni tak berjaya sebab angin agak kuat dan air laut bergelora. Ikutkan pemandu bot kiteorang, kalau air tenang barulah ikan lumba-lumba akan naik ke permukaan dan bermain-main. Kadang-kadang depan bot ikan lumba-lumba tu melompat-lompat sebab tak takut dengan orang.


Kuching Wetlands National Park
Nun di depan dah sampai ke muara sungai

Kampung Sibu Laut
Kampung Sibu Laut - satu-satunya kampung yang tak dihubungkan dengan jalan darat. Nak ke sini kena naik bot. Tapi kampung ni ada bekalan air bersih dan sumber elektrik, sumbangan dari arwah Tok Nan bekas Ketua Menteri Sarawak menurut pemandu bot

Tak jauh dari situ, ialah lokasi Pulau Satang. Pemandu bot bagitau yang ramai pelancong dari luar negara melawat pulau tu untuk aktiviti snorkeling. Airnya jernih kadang-kadang boleh nampak penyu berenang. Ternganga aku dengar kat Sarawak ada tempat snorkeling! Terus rasa malu sangat sebab aku ni nama je orang Sarawak tapi tak tahu kewujudan tempat-tempat menarik macam ni kat Sarawak. Cis.

Dalam perjalanan pulang ke jeti, aku dan Suami Terchenta berjanji next time akan bawak budak-budak ke sini untuk aktiviti snorkeling dan explore hutan paya bakau. Tu pun lepas pemandu bot tu bersungguh-sungguh meyakinkan kiteorang sepanjang berpuluh tahun dia kerja sebagai pemandu bot, tak pernah sekali pun ada insiden dengan buaya kat sini. Sebenarnya, buaya seboleh-bolehnya mengelak manusia walaupun saiz buaya tu menggerunkan. Dia pernah terserempak dengan buaya berukuran sama panjang dengat bot dan lebar separuh dari bot, sampai menggigil penumpang yang dia bawak. Kalau aku jadi penumpang tu, mau pengsan agaknya huhu.


Kuching Wetlands National Park
Dah nak sampai ke jeti

Maka dengan tu berakhirlah boat tour kiteorang yang cukup padat dengan ilmu baru tentang keistimewaan Sarawak yang kaya dengan alam semulajadi.


Kampung Telaga Air
Cantik pemandangan jeti nelayan ni

Dalam perjalanan balik, sempat lagi singgah beli coconut shake, mango shake dan lemang. OK la not bad.


Serapi Virgin Coconut Shake

Oh ya, kalau sesiapa berminat nak join tour macam ni, boleh la contact nombor kat bawah ni:


De ABF Circle
Sumber: Facebook De ABF Circle

Yang ni pulak pakej yang aku cakap - 2 jam menyusuri hutan paya bakau tengok monyet, buaya dan ikan lumba-lumba:


De ABF Circle
Sumber: Facebook De ABF Circle

Untuk trip snorkeling pulak:


De ABF Circle

Insha Allah, tahun depan balik ke Kuching kiteorang akan bawak anak-anak pulak meneroka hutan paya bakau dan snorkeling di Pulau Satang.

22 comments:

  1. wah bestnya.. subhanallah...what a view, cantiks sgt . but bab buaya tu alamak, seram jugak la kan.. he he he.. kira dating2 la ni yer... best best!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... dupdapdupdap je jantung sepanjang tour ni tapi excited jugak sebab suka tempat2 mcm ni hehe

      Delete
  2. pernah dulu masa pi Sukau, Sandakan abe kie n kwn2 naik bot mcm ni tengok monyet hidung panjang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum saya ingat cuma kat Sabah je ada monyet proboscis ni rupa2nya kat Sarawak pun ada.

      Delete
  3. Tidak sangka di Sungai Sarawak ada ikan lumba-lumba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada, cuma baru tau di sini pun ada lumba-lumba.

      Delete
  4. sy br tahu di sarawak ada ikn lumba-lumba tp bila dengar ada buaya tiba2 seram..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah, rasa seram-sejuk je masa dalam bot tu.

      Delete
  5. new discovery...menarik aktiviti boat tour...view cantik, mcm2 haiwan boleh dilihat...cuma buaya tu yg seremm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaki adventure boleh la cuba aktiviti boat tour ni. Memang menarik.

      Delete
  6. Bestnya, sudah jumpa tempat menarik untuk dilawati.
    Yang gambar di jeti nelayan tu, macam scene dari cerita melayu, isteri menunggu suami pulang menangkap ikan. Hehe... nice shot!
    Kalau saya pun, mesti takut, kalau ada banyak buaya dalam sungai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik, tenang dan damai je kat tempat ni. Cuaca panas lit2 tu je hehe.

      Delete
  7. What a wonderful trip!
    Moga satu hari ada rezeki melawat bumi kenyalang 🤲

    ReplyDelete
  8. Wah…seronoknya! Akak suka join nature trip macam gini.
    Ketawa sorang akak baca caption kat gambar sweet tu 😂

    Akak pernah naik bot di Taman Negara Niah, memang seram bila baca notis buaya. Tapi buat-buat berani teruskan jugaklah hajat nak meneroka.

    ReplyDelete
  9. Dalam pada seram tetap rasa nak tau dan nak tengok jugak kewujudan buaya tu kan Kak Ujie hehe.

    ReplyDelete
  10. cantiknya view dari waterfront Kampung Telaga Air mesti best lepak sini kan

    ReplyDelete
  11. Subhanallah!
    Cantiknya air nan membiru! Rasa tenang dan nyaman sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kelebihannya ambik gambar masa cuaca panas. Gambar jadi terang dan cantik sangat.

      Delete
  12. menarik ni! kalau g kuching mesti akan pegi tmpt2 famous ne. so bla ada tarikan mcm ni... mmg syok lah! sesekali layan nature kan...

    tak silap sy pernah tertgk tmn negara ni kat majalah 3 tp x ingat bla...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la selalu klu org tanya tempat best kat Kuching kiteorg akan jawab Kampung Budaya, Muzium Budaya, tugu kucing atau Taman Negara Bako. Tak pernah pulak terfikir kewujudan Taman Negara Hutan Lembap.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .