Lepak di Kafe Donutes @ Solaris Dutamas
Hari ni lepas hantar Khadeeja ke kelas programming, kiteorang duduk lepak di kafe kat bawah sementara tunggu kelasnya habis. Ternampak kafe Donutes yang nampak menarik je jadi kiteorang pun masuk dan pesan minuman.
|
Donutes Solaris Dutamas |
Bila aku Google, rupa-rupanya jenama kafe ni berasal dari Taiwan. Sekarang memang banyak kafe dari negara belah sana yang masuk ke Malaysia kan.
|
Kafe dari Taiwan rupa-rupanya |
|
Tiba-tiba berkenan pulak tengok mesin kopi ni |
Konsep kafe ni ialah cafe bakery, jadi separuh kedai ada pelbagai jenis roti dan kek. Aku ambik gambar kek je la sebab roti macam tak banyak sangat.
|
Keknya macam kek yang biasa kita jumpa di kedai kek |
|
Swiss roll nampak menarik |
Lama jugak kiteorang nak pilih air sebab ada banyak menu minuman kat sini. Selain dari kopi dah teh, ada jugak smoothie, jus soda dan kopi+soda pun ada. Boleh eh air jadian. Entah macamana la rasanya.
|
Suami Terchenta tengah baca menu minuman yang dijual kat sini |
Lepas 10 minit bersoal jawab dengan pekerja yang sabar je melayan karenah kiteorang ni, akhirnya kiteorang pilih mangsa juice dan mango smoothie. Khayla pulak macam biasa nak makan croissant.
|
Mencuba mango smoothie dan mango juice di sini. Mango smoothie takde beza dengan mango juice dari segi rasa cuma lebih banyak ais je |
|
Duduk menunggu Khadeeja habis kelas |
Bagi aku biasa je la makanan dan minuman kat sini. Harga minuman kiteorang dalam lingkungan RM18.80, tapi ada promo diskaun 15% sebab guna kad debit CIMB. Agak mahal bagi aku. Lain kali duduk menunggu di sini beli satu minuman dan kongsi lebih jimat.
nampak swiss roll tu alamakkk terus lemah lutut👍👍👍
ReplyDeleteKann.. swiss roll memang kegemaran saya jugak 👍🏻
DeleteKopi campur soda? Macamanalah rasanya, yek. Kedai dia nampak selesa, macam boleh lepak lama-lama. :)
ReplyDeleteEntah la Nur, sebab tengah pantang minum kopi jadi takde niat nak mencuba hehe
Deletememang potong kalau cafe cantik..tetapi minuman atau makanan tak sesedap mana..tambah harga macam tak setimpal kan..
ReplyDeleteAah, takpe la sekadar mencuba. Lain kali mungkin kongsi je beli minuman huhu
DeleteMungkin karena saya dah mengurangi manis2, jadi memang kek manis atau minuman seperti ini dah tak terlalu saya gemari kak. Kalo kesana, mungkin saya hanya pesan roti yg savoury daripada yg manis, dan cappucino, dah cukup 😄.kalo kopi memang lah tak bisa lepas 😂
DeleteYa kan, sekarang dah kurang sikit makan yang manis2. Yang tak bestnya, kopi pun dah tak boleh minum 🥲
Deletenampak kek cantik2 dekorasi..
ReplyDeleteLebih kurang pergi kedai kek yang lain jugak nohas.
Delete