Kenapa guna sampai 3 syarikat penerbangan? Ceritanya boleh baca kat sini. Alhamdulillah, ketiga-tiga flight kiteorang tak delay sangat (Batik Air dari Kuching ke KL je delay sikit dalam 30 minit kalau tak silap).


Malaysia Airlines
KL - Bintulu naik MAS (siap dapat sampul raya MAS yang comel ni!)


Apapun, sekarang ni jauh lebih baik dari 20 tahun lepas masa aku masih lagi bergelar student universiti. Masa tu takde pilihan kalau nak balik ke universiti kena naik MAS je. Syukur aku dibiayai oleh kerajaan negeri jadi tiket pergi dan balik ditanggung 2 kali setahun. Tiket sangat la mahal jadi kalau nak terbang esoknya, malam sebelumnya dah packing dan hafal nombor pintu pelepasan siap-siap, pagi-pagi lagi dah terpacak kat airport walaupun flight sebelah malam sebab takut terlepas flight.

Sebab tu aku tak boleh terima kisah budak-budak uni kena tinggal flight lepas tu buat Tiktok kisah sedih kena habiskan duit PTPTN beli tiket baru sampai tak cukup duit untuk makan. Sampaikan menteri kena beri sumbangan duit untuk dia survive sepanjang semester, padahal tanggungjawab student tu untuk lebih alert masa penerbangan dan pintu pelepasan. Harap student ni ambik pengajaran dari kesilapannya.

 
AirAsia
Bintulu - Kuching naik AirAsia

Back to zaman aku belajar dulu. Tahun kedua di universiti, baru Dato' Tony Fernandes menubuhkan syarikat tambang rendah AirAsia. Agak kekok jugak nak naik AirAsia masa tu sebab konsep dieorang self-service (pas masuk sekeping kertas je print sendiri, masuk dalam kapal terbang pulak free seating - siapa cepat dia dapat tempat duduk depan). Bila adanya Akta Persaingan, barulah industri penerbangan semakin meriah dengan lebih banyak syarikat penerbangan domestik (Malindo / Batik Air, Firefly, MASWing, MY Airline dsb.). Setakat ni, aku dah merasa naik semua airlines kecuali yang terbaru ni, MY Airline. 


Malindo Air
Kuching - KL naik Batik Air

Dan sampai sekarang aku tak faham kenapa harga tiket kapal terbang melambung-lambung naik bila musim perayaan padahal hari biasa boleh je bagi harga yang munasabah. Setiap tahun isu ni akan masuk dalam TV, Menteri Pengangkutan berjanji akan selidik dan akhirnya lepas raya senyap macam tu je. Tahun depan isu sama akan berulang lagi. Harap bila kerajaan Sarawak buat syarikat penerbangan Sarawak, kiteorang boleh balik ke kampung dengan harga yang muna-sarawak sikit.

11 comments:

  1. time peak tu la masa diorg akan ketuk harga.. untung byk hihi.. mama pernah naik dari kl-kuching, kuching - sibu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, tapi nak kaut untung tu agak2 la, kesian dgn family yg ada anak berderet2. Nak balik raya kena menabung setahun!

      Delete
  2. Kalau Carneyz harapkan harga yang muna-sarawak, kami pula harapkan harga muna-sabah. Waktu Fuad hendak balik KL selepas beraya di LD, saya hairan kenapa Fuad sanggup naik kereta dari LD ke KK ikut Fairuz. Kemudian naik My Airline ke KL dengan tambang 849+++. Setelah anak buah saya beritahu harga penerbangan dari LD ke KK, barulah saya faham kenapa Fuad buat begitu. Biasanya harga dari LD RM200+++ tetapi pada hari tersebut menjadi RM1,778 penerbangan sehala!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan2 dari Sabah lagi kesian sbb harga tiket balik kampung serupa macam bercuti ke Australia / New Zealand. Nak balik ke Sarawak pun kena kreatif cari route bukan setakat udara, darat dan air sekali!

      Delete
  3. Bukan setakat tambang kapal terbang je jadi mahal masa hari raya. Ayam, barang-barang basah pun sama. Lepas raya, harga turun sikit. Tapi kalau raya yang bukan raya kita, ok je, harga ayam tak naik pun. Nampak kan, permainannya... hu, sabor jer la.
    P/S: Saya baca blog guna laptop. Full screen, entri ni. Kiri ke kanan kepala bergerak untuk baca. Wah, wide betul template baru Carneyz.

    ReplyDelete
  4. nampaknya kalau sy teringin sgt nak beraya kat sarawak mkn kek lapis byk2 sy kena doploh lima kali kot sblm bli tiket hehehe...

    sepatutnya bla ramai org blk time raya dia kn bg murahlah sbb ramai akan guna perkhidmatan diorg. x naikkan harga pun boleh untung laa... kalau laa kapal.laut malaysia tu ada lg slrg tentu ramai org pilih naik kapal tu wpn perjalanannya lg lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena naik kapal kargo tapi kena ambik cuti sebulan kot! Pergi balik je dah 2 minggu hehe

      Delete
  5. Tak pernah naik Batik air...macam nak cuba la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang sama macam naik AirAsia je. Cuma kelebihannya dapat complimentary check-in luggage 20kg (AirAsia kena bayar).

      Delete
  6. Thanks for posting Such an amazing travel blog. You can also go on camping with your friends to spend your weekends differently. Going in the woods, hills, or near any beach and setting up a dome tent for all of your friends.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .